• 02 •

5.8K 469 79
                                    

Dari aku berdiri depan pintu masuk Zenith High sampai lah aku berjalan sepanjang kaki lima sekolah untuk ke pejabat, aku rasa macam ada entiti yang memandang aku membuatkan bulu roma tengkuk aku meremang.

Okay bukan entiti. Cuma pelajar-pelajar perempuan sekolah ni je. Perlu ke tatapan sedemikian dihadiahkan kepadaku? Apakah dosaku? Aku tahu aku kentang, tapi tak payah lah bagi tatapan macam aku ni pembunuh bersiri.

Oh ya lah, pelajar yang dilabel sebagai 'budak baru' memang akan jadi tatapan pelajar-pelajar lain dekat sesebuah sekolah tu, kan?

Tapi ada je makhluk alam satu ketul ni yang pandang aku sebagai kentang.

"Kentang."

Seorang pelajar perempuan yang bersandar di loker sambil mengoles lip gloss di bibirnya mengutuk aku sejurus selepas aku berjalan depan dia.

Dia pandang aku sebelah mata je beb!

Kau tak rasa macam nak bagi kasut saiz 9 ke kat dia tu?

Aku rasa macam nak, tapi sebab hari ni first day aku, jadi aku tak nak layan somepah yang buang masa dan tenaga ni.

Anyways,

Aku mula perasan yang diorang pandang aku semacam bila ada satu suara yang berbisik dekat telinga aku,

"Jalan pandang depan, jangan fikir macam-macam, buat bodoh je."

Guardian angel aku.

Patut lah semacam je perempuan-perempuan kat sekolah ni pandang aku.

Sebab aku berjalan dengan salah seorang hot guy dekat sekolah ni. Mana aku tahu?

Aku terdengar perbualan seorang pelajar perempuan dengan kawan dia bercakap dengan nada yang perlahan,

"Siapa perempuan yang berjalan sebelah hot guy tu? Adik dia ke?"

"Dia mana ada adik. Mana member hot guy yang lain? Tak nampak pun."

"Kenapa diorang jalan rapat-rapat ni? Gedik gila perempuan tu."

Lepastu baru lah aku dengar seketul pelajar perempuan sekolah ni tadi yang kata aku kentang. Biadab sungguh.

Aku pandang lelaki yang digelar hot guy sebelah aku ni. Jarak bahu kitorang 1 meter kot. Takde lah rapat mana.

Aku masih mengamalkan halal gap ya biarpun lelaki ni hot guy.

Please you guys, tak kisah lah kalau kau berjalan atau bergambar dengan lelaki kacak ke, putera idaman ke, artis korea ke, artis mat salleh ke mahupun Fattah Amin, sila kekalkan halal gap tak kira di mana anda berada.

Kenapa?

Senang cerita, tiada halal gap, anda akan dipandang murah oleh orang lain dan dimurkai yang maha Berkuasa.

Sekian.

Dan satu perkara lagi, menurut kawan aku, Delle, definisi dia bagi orang yang gedik sebenarnya ialah perempuan yang tak ada rasa malu depan lelaki dan perempuan yang tak tahu jaga adab, lagi-lagi bila depan lelaki.

Definisi diterima Delle, tahniah.

•-•

Setelah berjaya melalui kaki lima sekolah yang penuh dengan homosepiens yang cemburu dengan keberadaan aku di sebelah so-called hot guy ni, dan mendaki lapan belas anak tangga, kami akhirnya tiba di pejabat Zenith High.

Pejabat sekolah ke pejabat syarikat ni?

Okay abaikan.

NERDS Where stories live. Discover now