• 06 •

4.2K 357 53
                                    

PostScript: Kata-kata kesat di bab ini hanyalah gurauan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Luls.

"Aduh... Perlahan sikit lah mama. Sakit tau?"

"Tak tahu. Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali Rian? "

"Rian tak ingat pula boleh berdarah. Ini mesti terlanggar paku kat pokok masa panjat tadi. "

"Rian panjat pokok!? Haa memang patut pun sakit-sakit ni. Rian berkawan dengan anak monyet mana main panjat-panjat pokok ni!? Mama tak suka lah. Nah, rasakan. "

"Anak monyet yang banyak du-- aduh, sakit mama, sakitttttttt! "

Mama menekan kapas pada bahagian lukaku sedikit kuat menyebabkan aku menjerit kesakitan.

Tapi bukan menjerit tahap budak-budak lelaki kena sunat tau.

Itu, wayyyy inappropriate.

Aku baru perasan luka di bahagian kaki bila ternampak tompokan darah di atas lantai bilik.

Memandangkan jadual haid aku sangat teratur dan effisien, jadi hipotesis tentang darah haid ditolak sama sekali.

Aku mendapati luka yang besar terhasil di bahagian betis kiriku dan serta-merta aku melaung memanggil mama.

Aku ingatkan aku dipujuk dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, tapi sebaliknya aku dipujuk dengan bebelan berdas-das pada kedua-dua telinga aku.

Saya sayang mama saya.

"Rian pergi rumah Uncle Arif, belajar dekat rumah pokok anak dia. Kalau namanya rumah pokok, for sure lah kena panjat. "

"Uncle Arif? Dato' Arif? "

Aku hanya mengangguk.

"Rian kawan dengan anak dia? "

Aku mengangguk sekali lagi. "Kenapa ma? "

Mama hanya menggeleng perlahan, "takde apa pun. Nanti dah okay ni, turun makan tau? Jiran sebelah bagi pudding caramel petang tadi."

Mata aku bersinar-sinar mendengar perkataan pudding caramel dari mama.

Favourite!

"Mama dah habis bubuh ubat kan? Kita turun makan lah apa lagi. Jom! " Aku mencapai iPhoneku dan turun dari birai katil.

"Sebut pasal pudding favourite dia tu, laju je ya? " Mama memimpinku menuruni tangga dan menuju ke meja makan.

•-•

Seusai sahaja solat Isyak dan berjaya menghabiskan satu per dua daripada pudding caramel tersebut, aku melompat ke atas katil dan mencapai semula iPhone 6s berwarna merah aku setelah mendapati phone aku tidak berhenti berbunyi dari waktu makan tadi.

Bila aku cuba untuk mengintai siapa yang hantar chat kat aku, mama berdehem dan menjegilkan matanya tanda 'tidak'.

Dia macam, 'kalau kau berani kau sentuh lah phone kau tu! Aku nak tengok! '

Haaa, tak ke creepy kalau mak kau dah warning macam tu?

Aku pun membuka aplikasi Whatsapp dan melihat dua group WhatsApp sedang bergiat aktif waktu-waktu malam ni.

NaNaNa Triplets
Suziyana is typing... 400

Berborak berdua pun nak berborak dekat group juga ke? Nak menyemakkan phone aku lah tu. Hmmm.

NERDS Where stories live. Discover now