• 17 •

2.4K 242 27
                                    

(Aku cadangkan kau baca balik dari chapter satu 😔✊)

"Semua pelajar diminta untuk bergerak ke dalam barisan rumah sukan masing-masing untuk menjalankan aktiviti pemanasan badan. SEKARANG!" Wisel ditiup berkali-kali oleh cikgu yang mengajar matapelajaran PE menyebabkan para pelajar berlari ke dalam barisan masing-masing.

Aku tersesat di dalam lautan manusia menyebabkan aku gagal mencari barisan rumah sukan aku.

Secara tiba-tiba, lengan baju aku ditarik oleh seorang lelaki dan kami akhirnya berhenti di barisan rumah aku.

Aku menoleh ke sebelah kanan dan mendapati Edward berdiri di barisan rumah sukan yang sama.

"Kau rumah Sapphire jugak ke Ed?"

Edward hanya mendepakan tangan dan memandang baju rumah sukan berwarna biru yang dipakainya.

Aku membuat bentuk mulut O dan mengangguk tanda faham.

Kenapa aku tak tahu yang Edward satu rumah sukan yang sama dengan aku?

Sebab aku ponteng hari pemilihan sukan haritu.

Aku meliarkan mata mencari kelibat yang lain.

Aku memandang ke sebelah kiri dan mendapati Samuel dan Cynt sedang berbual-bual di dalam barisan rumah sukan Ruby, iaitu rumah merah.

Di sebelah barisan rumah sukan Ruby, terdapat barisan bagi rumah sukan Topaz, iaitu rumah sukan kuning. Aku mendapati Nazri sedang berbual-bual bersama beberapa orang pelajar perempuan, tak lupa juga ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dia.

Rayyan?

Rayyan sedang berbual-bual bersama Suzi di barisan rumah sukan Emerald, iaitu rumah sukan hijau bersebelahan dengan rumah sukan aku dan Edward.

"Rosnah! Penat aku tunggu kau kat dalam tandas tadi tau, kat sini kau rupanya." Lengan aku ditarik secara paksa menyebabkan aku berpusing 180° oleh seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali. Junior rasanya.

"Muka saya macam muka orang bernama Rosnah ke?" Aku memandang pelajar tersebut dan mengangkat sebelah alisku.

"Eh kak sorry, salah orang rupanya. Saya ingat akak kawan saya tadi. Dah 30 minit saya tunggu dia kat tandas tapi tak keluar lagi. Eh, hai abang Ed!" Pelajar tersebut melambai laju tangannya setelah ternampak Edward yang berdiri di belakang aku.

Edward melambai dan melemparkan sekuntum senyuman kepada pelajar tersebut.

Jap, apahal aku yang cair ni?

Kerana sekuntum senyuman itu seindah sekuntum mawar yang mekar di hati ini.

Aha.

"Emm okay lah kalau macam tu, saya pergi cari dia semula. Sorry akak." Lalu pelajar perempuan tadi pun berlari mencari rakannya semula.

Aku memandang Edward dan mendapati dia sedang menggelakkan aku.

"Asal gelak?"

"Rosnah." Bahunya terhenjut-henjut menahan gelak.

Mulut buka, tapi gelak tak ada bunyi.

"Okay Ed, okay. Aku tahu kau kacak walaupun tengah gelak tapi aku serius ni. Rosnah? Really?"

"She's serious about her friend."

"Tapi, Rosnah? Come on lah, 2019 kot mana ada orang namakan anak dia Rosnah lagi. Orang sekarang namakan anak pun unik tauu."

"Soalan?"

"Silakan."

"Dia lahir tahun 2019 ke?" Soalan Edward berjaya mematikan aku.

NERDS Where stories live. Discover now