• 01 •

6.2K 699 44
                                    

Gila tak? Baru sampai malam tadi lepastu hari ni terus kena pergi sekolah. Mama kata sebab ayah dah tolong daftarkan dan lagipun sekarang dah jejak pertengahan bulan Febuari jadi aku agak ketinggalan sikit dalam silibus pelajaran yang aku patut belajar.

Okay mama. You're the queen.

Tapi aku tak faham parents aku ni. Kenapa perlu bazirkan duit untuk hantar aku ke sekolah swasta? Selama hari ni elok je hantar aku ke sekolah harian. Nak kata takut apa-apa jadi kat anak sulung dia sorang ni? Please, seorang Adriana Delisya bertali pinggang hitam dalam taekwondo tak akan apa-apa. Lagipun aku lagi banyak membuli dari dibuli hahahahaha okay geng aku gurau je.

Belajar seni mempertahankan diri untuk pertahankan diri ya bukannya untuk membuli, okay? Good.

Aku dah tanya soalan ni dekat mama beberapa minit lepas tapi takde sebarang jawapan. Jadi aku akan tanya lagi.

"Kenapa mama? Kenapaaaaaaa", mode drama queen activated, again.

"Cik Adriana Delisya, kenapa banyak sangat tanya ni hmm? Lagipun yang keluar duit mama dengan ayah. Tugas Rian sekarang ni, pergi sekolah, belajar rajin-rajin. Jangan. Buat. Masalah. Ingat tu." Tegas mama pada aku sambil tangannya sibuk menyapu kaya pada roti bakar. Sempat juga dia hadiahkan satu jelingan maut pada aku.

"Rian bukannya apa mama, tapi kenapa tiba -tiba? Kenapa tak hantar je Rian ke sekolah harian biasa?" Aku membahas sambil mengunyah bijirin kegemaran aku yang aku dah tuangkan bersama susu.

Tak senonoh okay mengunyah sambil bercakap. Jangan tiru guys. Kes aku ni darurat.

Lagipun, aku tanya macam-macam bukannya apa. As we grew older, kita akan mula rasa yang kita dah banyak membebankan ibu bapa kita walaupun kita tahu yang itu memang tanggungjawab diorang as a parent but I can't help myself. Aku rasa bersalah lagi-lagi bila aku tahu yang parents aku dah daftarkan aku ke sekolah swasta. You feel me now? Haih.

Nak tahu apa yang aku fikir sekarang ni? Sekolah private, anak orang kaya, anak Tan Sri, pelajar perempuan yang diva, pelajar lelaki yang digilai ramai, anak emas parents berjawatan tinggi etc.

I know guys, pemikiran yang sangat tipikal bukan? Tapi nak buat macam mana? Lumrah pemikiran manusia terhadap sekolah swasta atau nama umumnya, sekolah untuk anak-anak orang kaya. Mana-mana manusia pun akan fikir benda yang sama macam mana aku fikir. Meh.

Okay, boleh berhenti cerita pasal sekolah swasta.

Selesai saja sarapan, aku mencium tangan mama seraya meminta izin untuk ke sekolah dulu.

Aku mencapai kunci kereta yang tergantung pada dinding setelah siap memperkemaskan diri. Aku mengenakan uniform sekolah yang telah siap dijahit oleh tukang jahit yang telah diupah oleh mama beberapa hari lepas.

Sekolah ni lain macam sikit. Pakaian seragam sekolah kena jahit sendiri. Bayar yuran mahal-mahal, ribuan ringgit tapi pakaian seragam kena jahit sendiri. Cunning. Heh.

Aku tatap sekilas wajahku pada cermin kereta Mini cooper yang ayah hadiahkan sempena hari jadi aku ke-15. Warna mint pastel. Warna favourite aku.

Setelah berjaya menatap diri sendiri dalam masa tidak lebih lima saat, aku masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin kereta.

Adjust rearview mirror, pasang seatbelt, pasang lagu slow rock and I'm good to go!

•-•

Sempat terpegun juga lah bila sampai je depan pagar sekolah ni.

NERDS Where stories live. Discover now