• 15 •

2.6K 274 15
                                    

Siapa kata budak hot sepanas bahangan suria seperti budak berlima ni tidak dibuli?

Korang kata. Aku tak kata.

"Dami, kau okay?" Nazri membantu memapah Damien yang jatuh terduduk di atas lantai.

"Tak okay. Aku rasa bontot aku dah leper. Tsk tsk." Damien mencebik sambil menggosok perlahan bontotnya.

"Selama hari ni kau ingat bontot kau macam Niki Minach ke?" Rayyan yang bersandar di loker memusingkan bebola matanya.

"Bukan ke!?" Dami berpura-pura terkejut dan menekup mulutnya.

"Okay guys, cut the crap. Sam?"

"I'm okay Rian." Sam menaikkan ibu jari dan tersengih.

Comel. Gewam.

"Diorang buat apa je kat korang kali ni?" Serius benar muka Syed Nazri bertanya.

"Nothing. Just blocking our way and hit us on the shoulder."

"Langgar bahu je pun dah jatuh?"

Rayyan menyapu kepalaku ke depan menyebabkan tudung aku ke depan.

iPhone milik Damien secara tiba-tiba berada di depan mataku dan lampu berkelip dua kali.

"Sugoi! Boleh tambah koleksi meme aku HAHHAAHHAHA!"

Dasar monyet.

"Aku ingatkan korang je geng terhangat di pasaran. Bukan ke?" Tangan aku mengusap dagu sambil memandang mereka berlima.

"Tak hangat mana pun Rian, tapi diorang lah saingan kita." Nazri sesekali membetulkan kaca mata yang dipakai.

"Dari segi fizikal, diorang saingan kita tapi dari segi mental, kitorang menang." Damien mencekak pinggang sambil menayangkan muka bangga.

Aku memerhatikan mereka dari atas ke bawah. Nazri, Rayyan dan Edward mempunyai badan yang tegap jadi aku percaya kalau diorang kata budak bertiga ni ahli sukan.

Tapi, lagi dua orang ni...

"Kau pun? Dengan Sam?"

"Okay, what's with that look? Kami pun atlet juga ya. Jangan pandangku sebelah mata tauuuuu." Samuel mengangkat sebelah alisnya.

Tergelak yang lain mendengar intonasi lain macam dari Samuel.

"Aku nak teh tarik, ikat tepi." Suara seorang lelaki garau kedengaran di corong pembesar suara.

Apahal tiba-tiba nak teh tarik ikat tepi pula ni?

"Encik Hamid, mikrofon menyala tu." Kali ini, suara seorang wanita pula kedengaran.

Pelajar lain yang berada di kaki lama hanya tertawa mendengar perbualan secara live tersebut.

"Demand orang tua ni, dah lah nak teh tarik, ikat tepi pula tu." Seloroh seorang pelajar lelaki kepada rakannya yang berada di hadapan kami.

Edward melangkah ke arah pelajar lelaki tersebut dan memeluk bahu pelajar lelaki tersebut.

Dia membisikkan sesuatu kepada pelajar tersebut menyebabkan kumpulan pelajar lelaki tersebut meminta maaf dan berlari meninggalkan kawasan tersebut.

"Kau cakap apa kat diorang sampai diorang mencicit tercirit lari tu?"

Jangan dipukau budak-budak tu sudah.

Edward hanya melekapkan jarinya pada mulut dan mengenyitkan sebelah matanya.

"We call it Edward's Charm. Kalau ada kes macam tadi tu memang kerja Edward. Bukan kerja kitorangㅡ "

"Tapi kalau kes macam tadi berpunca daripada perempuan, Rayyan lah orang pertama yang handle kes tu." Celah Damien.

"Sebab Rayyan ni hati batu? Kan?"

"Atau sebab dia ni kunyit. Kita tak akanㅡ sakittt dik sakittttttt aduhhhh." Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada bahu Nazri daripada Rayyan.

"Ehem, perhatian kepada semua pelajar dan penghuni Zenith High. Pada hari Khamis hadapan akan diadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Oleh itu, setiap rumah sukan dikehendaki mengadakan latihan hari sukan dan bersedia untuk menghantar wakil-wakil dari setiap rumah sukan. Sekian, terima kasih."

"Hari sukan huh?"

"Hari sukan geng."

"Hari sukan."

Edward dan Samuel hanya mengangguk dan memandang sesama sendiri.

"Iye, semua orang tahu dia cakap pasal Hari Sukan, nak diulang-ulang buat apa?"

Sudah terang lagi bersulug semua orang dengar pengumuman tadi. Perlu diulang banyak kali ke?

Perlu ke?

"Wait and see." Rayyan mematah-matahkan jarinya dan tersenyum sinis.

Seketika kemudian, terlihatlah tiga gadis bertocang jalan dengan megahnya di kaki lima Zenith.

Yang anehnya, budak bertiga tu dah jarang dan memang jarang lah melakukan aksi gediknya kepada Nazri berasaudara.

Tapi itu sesuatu benda yang bagus lah kan? Aku pun kurang rasa terancam sejak dua menjak ni.

"What a relief. They didn't even look at us."

"Ya. Bagaimana dan mengapa? Kita abaikan je lah ya? Janji hidup kita tenang. Tak gitu Rian?" Nazri bersandar pada loker dan memandang aku dengan penuh bangga.

Aku hanya tersengih janggal dan menganngguk.

•-•

Hanya sedikit update yang bosan daripada susyae kepada para pembaca.

Ada orang tu ha, suruh kita update sebab hari ni hari jadi dia emm happy birthday budak ketot. Everyone wish dia kalau tak dia merajuk hm keciannn

Asalnya susyae ingat nak bagi double update tapi wattpad gue problem so ya...

Anyways, happy new year! Have a great 2019 everyone!

Nerds will be back next year huhuhuhu ciaoooo

NERDS Where stories live. Discover now