" Hoseok hyung! Hoseok hyung! Ppaliwa! Bangunlah Hoseok hyung. Temankan Taetae main boleh? "
Kim Taehyung ataupun di gelar sebagai V mengejutkan abangnya yang sedang lena dibuai mimpi.
(Gelaran Taetae tu abang dia yang bagi XD)Jhope pula mengeliat sebaik sahaja dia terjaga dari tidurnya kerana kejutan adiknya,V.
" Mianhae Taetae,hyung penat sangat tadi. Sebab tu hyung tidur. Lepas ni hyung teman Taetae main okey? " Ujar Jhope sambil mengusap lembut kedua dua pipi adiknya itu.
" Okey ! Taetae tunggu tau ! " V dengan segera pergi ke ruang tamu dan mengeluarkan sekotak permainan berjenis papan sambil menunggu abangnya itu.
•• skip ••
" Taetae.. " Panggil Jhope lembut setelah mereka habis bermain dengan permainan mereka.
" Nae hyung? " Jawab V pula sambil memasukkan dadu ke dalam beg kecil.
" Taetae boleh bagitau hyung tak..Kenapa omma dan appa Taetae meninggal dulu? " Soal Jhope dengan lembut supaya adiknya tidak terasa dengan soalan yang diberikannya itu.
" Sebenarnya,Taetae taknak bagitau lah sebab..Taetae tak nak ingat dah semua tu hyung. "
" Takpe,Taetae bagi tau je. Sedikit pun takpe. Hyung akan faham. "
V hanya mengangguk lemah sebelum bersuara.
" Omma dan appa Taetae meninggal sebab diorang kemalangan. Kemalangan yang melibatkan kereta dengan lori. Taetae dapat tau,yang lori tu rempuh kereta omma dan appa.
Diorang meninggal masa Taetae berumur 5 tahun lagi. Selepas diorang meninggal,halmeoni lah yang selalu jaga Taetae. Masa tu..Taetae belum tau apa² lagi.
Pasal omma dan appa meninggal pun Taetae tak tau. Yang Taetae tau,diorang meninggal semasa dalam perjalanan ke satu tempat untuk buat suprise hari lahir Taetae.
Tapi apakan daya,hari lahir Taetae adalah hari paling tragik dalam sejarah hidup Taetae. Hari yang mengorbankan nyawa dua insan tersayang yang tak dapat di ganti,hyung.
Taetae rasa sedih sangat. Orang yang Taetae sayang pergi secara tiba-tiba sebab tulah masa Taetae berumur 8 tahun dulu,Taetae berniat nak bunuh diri sebab Taetae tak tahan hidup tanpa diorang.
Niat itu pun hilang sebab Taetae masih ada halmeoni lagi. Taetae ada dia dan Taetae..Tak sanggup tinggalkan dia keseorangan.
Omma appa termasuk halmeoni Taetae..
Diorang segalanya bagi Taetae. Hilang diorang tak dapat di ganti apatah lagi di cari,hyung. Tak dapat. "V menangis teresak-esak di hadapan Jhope setelah selesai bercerita tentang kisah silamnya dahulu.
Jhope dengan rasa simpatinya memeluk adiknya itu seketika untuk menghilangkan kesedihan yang melanda adiknya dan akhirnya meleraikan pelukan nya sambil mengesat air mata Taetae.
" Taetae,Taetae kena kuat dengan semua ni okey? Biarkan diorang pergi dengan tenang Taetae.
Lagipun,Tuhan lagi sayangkan diorang. Taetae jangan risau. Selagi Taetae tak kuat dengan semua ni,diorang takkan tenang di sana.
Taetae kena dengar cakap hyung ni.. Apa yang terjadi semuanya dah tertulis. Tuhan dah merancang yang terbaik untuk diri Taetae. Move on Taetae. Omma dan appa Taetae mesti tak nak tengok Taetae menangis kan? Dah dah..Hyung ada ni. Kalau Taetae sayang hyung,Taetae kena dengar cakap hyung okey? "
Kata² Jhope mampu menghentikan tangisan V yang semakin kuat menangis di hadapannya. V sekadar mengangguk lemah.
" Taetae sayang diorang,hyung. "
" Kalau Taetae sayang diorang,Taetae kena kuat. Hyung yakin,diorang mesti tak nak Taetae menangis macam ni. "
" Taetae tahu semua itu hyung. Tapi Taetae rindukan diorang sangat sangat. "
" Hyung faham apa yang Taetae rasa.. Memang setiap anak akan merindui omma dan appa diorang yang dah pergi.
Tapi kalau nak rindu,jangan obses sangat Taetae. Tu je.Hyung takut nanti Taetae digelar orang gila pula sebab bercakap seorang diri. Kalau hyung tanya Taetae cakap dengan siapa,takut² nanti Taetae jawab Taetae cakap dengan omma dan appa Taetae.
Taetae pun tau hyung ni penakut orangnya kan? Sebab tu hyung tak suka. " Jhope tersenyum dihadapan V.
V segera mengesat air matanya dan tergelak kecil.
" Ish hyung ni takkan lah Taetae sampai tahap tu. Takde papelah hyung. Taetae okey. Hyung tu yang penakut sangat. " V sambung gelak.
Jhope gembira melihat adiknya itu yang telah kembali gembira.
" Bagus Taetae. Jangan takutkan hyung okey? Hahahaha "
" Okey hyung. Hahaha. "
Mereka berdua pun berbual kemudiannya ketawa bersama sama di ruang tamu itu.
Tbc...
YOU ARE READING
Brother [VHOPE]
FanfictionMengisahkan dua adik beradik angkat yg berlainan personaliti :) Abang digelar sebagai 'mood maker' di dalam keluarga kerana perwatakan nya yg selalu ceria dan tenang manakala adik nya digelar sebagai 'alien' kerana perwatakannya...pelik sangat. Wal...