Chäpter 3

145 14 14
                                    

Jhope dan V bersama sama menuju ke sebuah pusat membeli belah yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Semasa mereka baru masuk, V sudah berlari mencari sebuah kedai yang menjual alat permainan.

" Taetae,tunggu lah hyung. Laju betul. " Jhope mengejar adiknya yang kian menjauh.

" Mianhae hyung. Taetae nak cari kedai jual game !! " V menjerit dari jauh supaya abangnya mendengar apa yang hendak di sampaikan. Banyak mata yang memandang mereka dengan pelik kemudian tergelak kecil.

" Aduhh Taetae ni.." Jhope mengejar V dan akhirnya tertangkap. " Haa dapat pun! " Jhope memeluk V dari belakang supaya tidak berlari lagi.

" Hyung !! Lepaskan lah.Taetae nak beli game !! " V meronta ronta minta dilepaskan. Akhirnya Jhope meleraikan pelukannya dan bertanyakan soalan.

" Macam mana Taetae nak beli game kalau takde duit? "

" Er..Entah hehehehe. Taetae excited sangat tadi sebab tulah. " V menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal akibat malu atas perbuatan nya tadi.

" Taetae Taetae..Dah jom ikut hyung. Kedai tu kat tingkat atas lah. " Jhope menarik tangan V sampai lah mereka menaiki tangga bergerak.

Sampai sahaja di kedai itu,V lari dan masuk ke kedai itu untuk mencari alat permainan yg diingini.

" Hyung,Taetae nak beli ni boleh? " Soal V sambil menunjukkan sebuah kotak permainan besar yg mengandungi sebuah kereta mainan serta alat kawalan jauh.

" Serious Taetae nak ni? " Jhope menyoal dengan reaksi yang agak pelik.

V mengangguk laju. Nak sangat apa yang dia idamkan selama ini. Jhope pula melihat tanda harga yang ditampal kemas di tepi kotak itu.

" Okey Taetae ambiklah. Ambik duit hyung ni lepastu bayar kat kaunter okey? " Jhope menghulurkan wang kepada V mengikut jumlah harga alat permainan itu tadi.

" Yeayy sayang hyung !! " V berlari kemudiannya bayar barang tersebut di kaunter.

' Kalaulah omma dan appa dia hidup lagi,mesti diorang gembira melihat anak diorang yang makin membesar ni. Walaupun dia ni sekadar adik angkat,tapi dialah segalanya. ' Jhope tersenyum sendirian.

" Hyung? Jom balik. Tersenyum pulak dia kat situ. " V yang melihat Jhope tersenyum sorang diri segera menarik tangan Jhope itu supaya sedar dari lamunan.

" Balik? Hyung belum beli barang lagi tau. "

" Hyung nak beli apa? "

" Apa yang jarang ada kat rumah? " Soal Jhope.

V terdiam sambil memikirkan jawapan apa yg nak di beri.

" Makanan? "

" Ha tau pun. Hyung nak beli makanan lah ni. Hyung tak bawak banyak sangat duit hari ni jadi hyung nak guna duit tu untuk beli makanan je lah. " ujar Jhope panjang.

" Haih yelah yelah hyung. "

V mengekori Jhope dari belakang dan mereka singgah di satu kedai yang menjual banyak jenis makanan.

" Sedapnya bau hyung~ " V yang sudah mahu meleleh air liur apabila melihat banyak makanan yang telah disediakan di atas meja.

" Haih Taetae..Jangan terleleh air liur pulak. Bukan rumah kita ni tau. " Jhope menyiku lengan adiknya itu.

" Yelah hyung em hyung...Taetae nak tu boleh? " V menunjukkan ke arah pinggan berbentuk segi empat tepat yg mengandungi lasagna.

" Taetae nak lasagna? Kejap eh hyung ambikkan. " Jhope mengambil lasagna itu menggunakan sudu besar kemudian di letakkan ke dalam bekas polistirena.

Brother [VHOPE]Where stories live. Discover now