" Dah dah lah tu bersangka buruk kat Jiwoo noona. Tak kesian ke dengan dia? "
Hoseok bernada sayu mengharap simpati daripada V supaya berasa kasihan akan Jiwoo.
" Buat apa nak kesian? Pompuan macam tu nak di kesian? Baik tak payah lah hyung. Nanti tak pasal² kita makin kesian,dia makin bermaharajela blablabla ahh sudahhlah muak Taetae dengar pasal pompuan tu. "
Naik angin V bila dengar pasal pompuan tu lagi. Dengan segera dia menuju ke bilik.
" Kalau hyung cakap pasal dia lagi,Taetae tak nak main,sembang dan lain² yang sama waktu dengannya! With you! Hmph! "
V menutup biliknya dgn kuat menandakan dia sedang marah.
" Marah nampak.. Hmm apa patut aku buat kat dia ni? Aku suka Jiwoo je, dia yang panas pulak. " Kata Hoseok sendirian di ruang tamu.
" Ha Hoseok dah kenapa dengan Taetae tuh? " Soal omma Hoseok sebaik sahaja dia melihat adegan tadi.
" Takde apelah si Taetae ni tiba² je badmood bila Hoseok cakap pasal Jiwoo. "
" Hmm.. Sebenarnya Hoseok.. Omma ada perkara penting nak bagitau. "
Hoseok memandang ommanya dengan penuh curiga. Seakan akan mahu jawapan dari ommanya segera.
" Apa benda tu? "
" Taetae sebenarnya, ada masalah sikit dengan Jiwoo. "
" Maksud omma? "
" Dia..mangsa buli Jiwoo waktu dia masih bersekolah dulu. Waktu tu dia belum kenal kamu lagi.
Sebelum omma dia pergi, omma dia selalu cita kat omma yang Taetae ni selalu kena buli Jiwoo dengan kawan dia.
Jadi,sampai sekarang bila Taetae ni nampak Jiwoo,dia akan rasa dirinya terancam.Sebab tulah,omma nak nasihatkan kamu sikit. Jangan sekali kali kamu biarkan Jiwoo dengan Taetae bersama. Diorang tu bermusuhan. Omma tak nak Taetae trauma macam dulu lagi. "
Hoseok terdiam sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada ommanya.
" Taetae ni seorang yang berjiwa cekal. Kamu kena jaga dia baik baik. Kalau dia diam maksudnya,dia berasa sedih yang teramat Hoseok. Dia sengaja diam sebab,omma tau..Dia tak nak kamu terlibat dalam masalah dia juga. Itu perangai dia. "
Hoseok mengangguk lemah mendengar semua itu. Tak sangka V berkelakuan begitu setelah sekian lama rapat dengan Hoseok. V seorang yang sukar untuk kongsi masalah.
" Baiklah omma. Hoseok akan ingat semua tu. Hoseok akan jaga Taetae baik baik. "
" Baguslah kalau macam tu Hoseok. Kamu kena ingat,kalau kamu sayang seseorang tu,kamu kena jaga dia baik baik sebelum ada orang lain yang gantikan kamu dan akan sayangkan dia lebih dari kamu sayangkan dia. Faham? "
Hoseok tergamam seketika.
"Fa-Faham omma.. Hoseok faham semua tu. "
Ayat boleh tahan deep.
Tok! Tok!
Hoseok mengetuk pintu bilik Taetae perlahan. Kedengaran Taetae masih bermain game dan belum tidur lagi.
" Taetae belum tidur lagi ke? Boleh hyung masuk kejap? "
" Masuk jelah. Pintu tak berkunci. "
Balas V dengan nada yang sedikit geram dan segera menyumbatkan telinganya dengan 'earphone'.
Sebaik sahaja Hoseok masuk ke dalam bilik nya itu,V sudah menutupi badannya dengan selimut tebal. Tidak mahu bersemuka dengan abangnya.
YOU ARE READING
Brother [VHOPE]
FanfictionMengisahkan dua adik beradik angkat yg berlainan personaliti :) Abang digelar sebagai 'mood maker' di dalam keluarga kerana perwatakan nya yg selalu ceria dan tenang manakala adik nya digelar sebagai 'alien' kerana perwatakannya...pelik sangat. Wal...