Selesai mereka berbual,Jhope bercadang untuk bawa adiknya itu ke taman. Untuk menggembirakan hati adiknya itu.
Sudah berusia 22 tahun pun perangai masih lagi seperti kanak kanak ribena. Kadang²,V mintak abang nya itu membelikan alat permainan.
Setiap hujung minggu,si V nilah yang selalu ajak abang nya itu pergi ke taman bunga. Kalau dia ubah fikiran,taman permainan lah jadi destinasi mereka jawabnya.
That's Kim Taehyung,guys. :)
" Hyung nak bawak Taetae pergi taman petang ni nak tak? "
" Nakk !! Lama tak pergi taman !! " V bersorak keriangan. Sudah berapa tahun dia tidak menjejakkan kaki dia disitu.
" Kalau nak pergi,bersiap cepat. Hyung tunggu dalam kereta okey? "
" Okey hyung !! Taetae pergi bersiap kejap. " Ujar V sambil berlari ketika menaiki tangga menuju ke bilik nya.
•• skip ••
Suasana di taman itu begitu tenang. Dengan bunga sakura yang tumbuh subur serta tiupan angin sepoi sepoi bahasa memberikan ketenangan setiap kali pengunjung pergi ke situ.
" Cantiknya taman ni hyung. Segar,aman,tenang je rasa. " V mendepakan tangan nya disebelah Jhope.
Jhope tersenyum gembira melihat adiknya berkelakuan begitu. Memang itulah hajat Jhope selama ini. Ada adik yang menjadi tanggungjawab nya untuk dijaga dan dilindungi.
" Cantik kan? Sebab tu hyung ajak Taetae ke sini memandangkan musim bunga dah tiba. "
" Gomawo hyung sebab ajak Taetae ke sini. "
" Cheoma Taetae. Hyung nak beli aiskrim kejap. Tak lama mana pun. Kejap je. Taetae tunggu tau. " Ujar Jhope sebelum pergi meninggalkan V di situ.
" Okey hyung. " Jawab V sambil duduk di sebuah bangku yang tersedia di taman itu.
Setelah lama menunggu,akhirnya V terlelap.
+
+
+
+
+
+
+" Jangan! Jangan kacau hyung Taetae! " V yang sudah menangis teresak esak sambil menjerit kerana ternampak Jhope diikat di bawah sebatang pokok dengan wajah yg agak lebam dan lemah dikelilingi dengan beberapa orang namja.
" Hyung kau ni tak guna. Dia ni patut mati. " Kata seorang namja sambil mengacukan sepucuk pistol di kepala Jhope. Jhope hanya diam dan tak mampu berkata apa².
" Tolonglah..Jangan buat Taetae macam ni. Taetae merayu sangat sangat. Tolong lepaskan hyung Taetae. Taetae tak boleh hidup tanpa dia tolonglahh.. " V merayu sambil memeluk kaki namja itu meminta abangnya segera di lepaskan.
" Eishh jangan sentuh kaki akulah budak hingusan!! " Namja itu menyepak V sampaikan pipi kiri V berdarah sedikit.
Jhope memandang V yang mengadu kesakitan dan kemudian menyepak kaki namja itu dengan menggunakan segala kekuatan yang dia ada.
" Kau ni dah kenapa bodoh ?! Nak mampus sangat kan?! Ambik ni. " Namja itu terus mengacukan pistol nya di kepala Jhope.
" Jangan !!!! Hyung !! "
Banggg !!
Semuanya telah terlambat.. Kepala Jhope tertunduk dan berlumuran darah. Akhirnya nafas nya pun terhenti.
" Ni lah balasan kau sebab tak ikut arahan aku. Dah mari pergi. Takyah kisah sangat dengan budak² tak guna ni. " Ujar namja itu kepada beberapa namja yang lain sebelum pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
V dengan wajah yg lebam menghampiri hyungnya itu.
" Hyung !! Hyung !! Tolong bangun hyung !! Taetae tak nak hyung tinggalkan Taetae !! "
V menjerit diselangi dengan tangisan namun semuanya tak berguna lagi kerana hyungnya telah pergi.
" Jung Hoseok hyung !! Jangan tinggalkan Taetae !! "
+
+
+
+
+
+
+
+Badan V tiba tiba di gerakkan oleh seseorang.
" Taetae? Taetae? " Jhope yang sedari tadi melihat V tidak bangun² tapi hairan,air mata dia pulak keluar masa dia sedang tidur.
Akhirnya V terjaga dan melihat abangnya ada lagi. Jhope memandang V dengan senyuman manisnya sambil memegang dua batang aiskrim.
" Hyung? Hyung ke ni? " V menyoal sambil menampar lembut pipi Jhope.
" Ha'ah hyung Taetae lah ni. Dah kenapa ni Taetae? "
" Hyung....Hyung !! " V memeluk erat abangnya itu sambil menangis.
" Eh Taetae,kenapa ni? Bangun² je dah peluk hyung. " Jhope hairan dengan perangai adiknya.
" Nasib baik hyung masih ada lagi. Nasib baik semua tu..mimpi Taetae je. " V memeluk abang nya itu semakin erat sambil menangis.
Jhope yang terdiam hanya membiarkan. Akhirnya V meleraikan pelukannya.
" Mimpi? Taetae mimpi ape tadi sampai menangis macam ni? "
" Taetae mimpi hyung kena bunuh. " Jawab V sambil mengesat air matanya.
" Kena bunuh? Dahsyatnya mimpi Taetae. "
" Tulah hyung..Taetae takut jadi apa² nanti dekat hyung. Taetae tak nak kehilangan hyung. "
" Hilang apanya? Hyung kan ada kat sini lagi. Dah dah jangan menangis lagi okey? " Jhope memujuk adiknya itu dengan menepuk bahu adiknya.
" Hahaha okey hyung. Taetae risau sangat. "
" Dah..Ni aiskrim Taetae. Makanlah. " Jhope mengulurkan sebatang aiskrim berperisa vanila dan coklat ke arah V.
" Gomawo hyung !! Perisa feveret Taetae nih. " V gembira sambil menikmati aiskrim itu.
" Cheonma..Dah makan cepat lepas ni hyung nak bawak Taetae pergi jalan jalan pulak. "
" Wahh jalan² ? Yeayy!! "
V bersorak keriangan dan Jhope hanya mampu ketawa melihat gelagat adiknya itu.
Tbc..Wait for chapter 3 okay? :)
YOU ARE READING
Brother [VHOPE]
FanficMengisahkan dua adik beradik angkat yg berlainan personaliti :) Abang digelar sebagai 'mood maker' di dalam keluarga kerana perwatakan nya yg selalu ceria dan tenang manakala adik nya digelar sebagai 'alien' kerana perwatakannya...pelik sangat. Wal...