"Jeun, memang kau nak tenung dia sampai bila bila ke? Tegurlah dia."Perlahan sahaja aku menggeleng. Soalan yang ditanya juga sebenarnya samar samar sahaja aku dengar. Baekhyun sedang membancuh air teh tarik dengan senyuman di mukanya. Ya, dia pekerja cafe appa.
"Jadi, memang kau tak nak cuba apa apa untuk beritahu dia?"
Sekali lagi aku menggeleng. Haeun sudah tersenyum sambil menyisip secangkir latte.
"Semoga kau berjaya."
