o

295 78 8
                                    


Sejak hari itu, aku jarang melihatnya--lebih kepada dua bulan. Mungkin kerana aku terlalu sibuk. Waktu malam sahaja aku dapat pergi ke kafe appa. Ouh, aku baru bekerja di sebuah syarikat. Dan yang kelakarnya, boss aku si kuda itu.

Sangat kelakar.

Abaikan si kuda itu, dia layak ditindan dengan tanah berbanding ditindan dengan cinta aku dahulu. Ya, past is past, man. Dan aku masih lagi berharap agar Baekhyun,..

Haih. Baekhyun, bila nak sedar aku ni suka kau? Banyak kali aku luah tapi kau masih sama. Peranti elektronik aku keluarkan dan nombor miliknya aku tekan.

Tak, aku cuba untuk hantar pesanan kepadanya tetapi haha. Aku masih takut. Bagaimana kalau dia tidak membalasnya? Atau aku yang mengganggu tidurnya? Atau aku sedang mengganggu hubungannya?

Ouh, mungkin juga sekarang ini dia sedang berdua-duaan bersama sama kekasihnya. Ataupun dia masih lagi--Jeun berhenti mengarut. Sila ikut kata hati.

Kata hati?

Please tell him that you're here, idiot!

Ouh, ya. Betul. Maaf, aku terlalu nervous sehingga semuanya menjadi pelik pada penglihatanku. Maaf sekali lagi.

Apa perlu aku tulis?

Hai Baekhyun... emm ni Jeun. Saya dekat kafe dan sedang minum coffee seorang diri.

Ouh, bukankah itu lebih cheesy? Dan nadanya seperti mahu mengorat sahaja. Jadinya, aku padam semula ayat tadi dan tulis yang baru.

Annyeong Baekhyun-ah. Jeun ada dekat cafe. Okay saja bwrutshu. Datanglah kalau awak ftww. Ssup.

Dan terus aku tekan butang send. Ahahaha. Bodoh betul. Fikir ayat sahaja sudah berpuluh tahun untuk send. Sakai. Jadinya aku lihat semula skrin telefonku.

Bebal.
Mengapa typo perlu wujud. Bodoh, berhenti memalukan aku.

:17: [C] Confession || bbhWhere stories live. Discover now