e

345 87 18
                                    


"Jadi, nama awak Jeun?"

Aku mengangguk. Muka masih aku tutup dengan tangan. Malulah. Kepercayaan aku pada lelaki masih lagi rendah. Semua tak boleh diharap.

Tak sedar diri muka macam kuda. Ada hati putus dengan aku.

Sial.

"Ambil lah coffee tu. Penat Baekhyun buat."

Kemudian, dia hulurkan tisu. Dengan cepat aku ambil dan lap seluruh muka. Aku tahu sekarang ni aku comot gila. Make up bersepah dekat muka.

"A-awak sorang je?" Tanyaku setelah dekat 30 minit menangis dekat tempat yang sama, masih tiada orang nak masuk atau keluar. Lagipun sekarang sudah pukul 10 malam. Sepatutnya kedai ini sudah ditutup.

Tambah penalti kerana aku menangis lama tadi.

"Ya. Baekhyun cuba untuk tenangkan Jeun tapi tak berhasil. Coffee tu pun dah sejuk. Sepatutnya shif Baekhyun dah habis."

"Maaf buat awak balik lambat."

"Takpe. Janji Jeun selamat."

Okay Baekhyun, saya makin suka dekat awak. Dan Hoseok, sila berambus dan jangan cari saya dan saya harap anda dilanggar kuda juga.

:17: [C] Confession || bbhWhere stories live. Discover now