Maka dengan itu, aku menjadi seperti orang bodoh menunggu untuk Baekhyun datang. Haha.
Mengarut betul perasaan ini. Kenapa aku perlu menunggunya? Mungkin juga dia tiada hati terhadapku. Atau patut aku cakap, aku yang terlalu menginginkannya?
Cafe yang tadinya penuh dengan pasangan juga sudah lengang dan hampir sahaja tiada orang.
Tidak mengapa. Aku cuma perlu tunggu 5 minit sahaja lagi dan jika dia tidak hadir juga. Apa yang patut aku lakukan? Memang dia tidak menyukai aku.
Senyuman hambar yang jarang sekali aku tayangkan kini menghiasi wajah. Aku memesan lagi black ice coffee dan sambung merenung nasib. Aku tahu semua ini bodoh. Tidak perlu rasanya aku menunggu Baekhyun untuk datang.
Selama tiga jam aku bertapa di sini setelah aku menghantar mesej tadi--yang amat bebal typonya--- dan sekarang, batang hidung Baekhyun juga tidak kelihatan.
Betullah kata appa, aku memang tidak layak bercinta. Bercinta dengan Jung Hoseok, kuda itu menduakan cinta aku. Mahu bercinta dengan Baekhyun, hahaha. Baekhyun hilang entah kemana.
Selesai habiskan black ice coffee, aku berjalan ke arah kaunter untuk membayar 5 cawan air yang aku minum.
"Cik tak perlu bayar. Ada orang sudah bayarkan." Pekerja itu tersenyum di akhir kata.
Halah halah. Siapa pula yang membayar ini? Aku masih dengan senyuman hambar tadi mengangguk kepada pekerja itu dan berlalu keluar dari cafe.
Dan elok sahaja sebaik aku keluar, hujan juga turun. Ya tuhan, mengapa engkau begitu memahami nasibku hari ini.
Bagus! Aku terlupa mahu bawakan payung.
"Jom redah, hujan makin lebat."
Dengan itu, tangan aku ditarik untuk mengikuti langkah lelaki itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.