"Dah lama dekat sini?" Tanya Baekhyun. Aku sudah gugup mahu menjawab pertanyaannya. Aku patut tahu benda ini lebih awal.Mesti aku dimarahi dengan teruk :)
"Tak, baru sampai. Tiga jam yang lepas." Kataku sambil menilik jam. Jujurlah, Baekhyun kelihatan tegas ketika ini.
"Kenapa Jeun sanggup ikut Baekhyun sampai sini? Tuan tak marah ke?"
Dengan lajunya aku menggeleng. Aku tak nak dia risau. Aku buat sebab semua ni kerelaan aku.
"Saya.. hm-sayarinduawak."
Baekhyun tergelak kecil. Mungkin baginya lawak apabila aku berkata sebegitu. Tapi mahu buat bagaimana?
Rasa rindu memang tak dapat dibendung :)
"Jadi bila balik semula ke rumah Jeun?"
"Bila awak habis cuti?"
Soalan itu ditanya serentak. Dua dua hanya diamkan diri sambil bertentangan mata. Sungguh rasa seperti dipanah.
Dipanah apa?
Panahan cinta asmara Baekhyun!