°confession°

487 85 59
                                    


Mahu saja aku menangis di dalam dakapannya. Jantung aku hampir terhenti apabila Baekhyun yang datang entah daripada mana memegang tangan sejuk aku. Jaket kulit yang dipakainya kini menjadi payung kami.

Suasana memang janggal tetapi aku suka. Apa ni! Kenapa perlu sekarang Baekhyun! Berhenti buat aku seperti ini. Jujur aku tidak selesa.

"Maaf, Baekhyun tertidur. Nasib baik Baekhyun dah kunci alarm sebelum tidur. Maaf buat Jeun tertunggu." Kata katanya sangat menyenangkan dan aku juga tidak sedar yang keadaan kami begitu dekat. Yelah, besar mana saja dia punya jaket jika mahu masukkan dua orang manusia dibawahnya.

Bunyi hujan sangat menyenangkan pendengaran aku. Sejujur-jujurnya waktu beginilah aku akan merenung ke bahagian taman di rumah ketika waktu hujan. Membayangkan aku akan berkejaran di situ bersama dengan Baekhyun.

Ha ha.

Bodoh betul aku ini. Selalu memikirkan perkara yang tidak akan terjadi. Aku bukan untuk Baekhyun. Aku perlu ingat perkara itu.

"Hey, Jeun marah Baekhyun ke?" Kaki masih terus melangkah walaupun suaranya mampu membuat aku mengandung.

"Eh tak. Saya tak marahkan awak." Lengannya yang berada di atas kepala aku, aku pegang. Menyuruh dia lepaskan bahagian yang dipegangnya untuk benarkan aku memegang bahagian itu pula.

Kebanyakan kedai yang kami lalui, semuanya telah ditutup :)

Makin aku rasa sejuk menggigit gigit bahagian kaki aku yang terdedah. Rasa menyesal untuk pakai baju sebegini makin menebal.

"Hmm, kita nak kemana ni, Baekhyun?"

"Entah. Ada cadangan?"

Perlahan sahaja aku menggeleng. Aku harap appa tidak risaukan aku. Aku harap juga tiada siapa yang datang merosakkan masa bahagia aku ini.

"Hahaha, Jeun menggigil. Peluklah badan Baekhyun. Baekhyun rasa, Baekhyun masih panas." Serta merta aku rasa muka aku yang memanas. Susah betul jadi wanita ini. Jarang aku lihat lelaki apabila malu, mukanya dahulu yang memerah. Biasanya telinga.

"Eh jangan. Saya takut awak tak selesa. Takpe, saya boleh teruskan berjalan lagi walaupun sedang sejuk. Jangan risau." Aku memandang ke arahnya dan ouh fuckit. Mengapa bibirnya begitu dekat denganku?

"Hmm, Baekhyun. Maaf susahkan awak."

"Nahh, sokay. Saya buat semua ini dengan rela."

"Jadi, awak sudah ada teman wanita?" Selesai sahaja aku ucapkan perkataan itu, sebelah tangan aku menutup mulut aku. Lancang mulut. Takguna.

Baekhyun tersenyum manis kemudian menggeleng.

"Masih awal untuk cari. Ahahaha."

"Awal awak cakap. Umur dah 27 tahun, takkan tak nak cari lagi?" Saya ada depan awak ni tak nak cuba ke?

Baekhyun kembali dengan cheeky smile dan dia meniup rambut yang menutup bahagian matanya.

"Nahh, saya tak jumpa lagi. Tapi sekarang, rasanya sudah jumpa."

Mendengar dia cakap begitu, terus aku kakukan senyuman. Tidak mahu menunjukkan riak yang sangat menyakitkan dengan kata katanya.

"Ouh, mesti dia cantik kan?"

Mata aku sudah bergenang. Astaga. Kenapa masa ini dia perlu diisi? Janganlah. Aku tidak mahu menangis sekarang.

"Iya, sangat cantik."

"Saya harap awak bahagia dengan dia. Mesti sepadan." Aku gagahkan juga diri untuk senyum walaupun perkara itu yang paling menyakitkan sekarang.

"Lah, kenapa cakap perkataan dia. Sepatutnya diganti dengan saya. Haa, cuba semula ayat tadi."

Huh? Maka dengan itu, aku cuba semula menyusun ayat tadi.

"Saya harap awak bahagia dengan saya. Mesti sepadan." Muka berkerut aku tayang kepada Baekhyun. Lelaki itu sudah sakan gelakkan aku. Jaket kulit tadi sudah elok disarungkan kebadannya.

Hah, ingat sweet lah tu confess masa hujan?

Sebenarnya, memang sweet pun! Ahahahaa.

Tubuh aku dipeluknya dan kepalaku direhatkan dibahagian bahunya. Ya tuhan, tidak sangka begini sweet permulaan kisah cinta kami.

"Saranghae. Sangat sangat sangat sangat sarangkan Jeun. Maaf, Baekhyun malu untuk bertembung dengan Jeun selepas Jeun datang rumah Baekhyun tempoh hari."

Mendengar dia menyebut namanya sahaja sudah buat aku tersenyum sampai ketelinga. KENAPA DIA COMEL SANGAT ASTAGA. DIA TAK PATUT DERA AKU MACAM NI ㅠㅡㅠ

"Jadi selama ini awak juga simpan perasaan yang sama? Kenapa awak tak luahkan juga semasa saya luahkan dekat awak? Tahu tak saya ingat awak dah ada peneman hidup?"

"Ya ya. Baekhyun tahu. Maafkan Baekhyun."

Baekhyun lepaskan pelukan dan kemudian dia memusingkan badannya seperti kipas sambil tangannya didepakan menyebabkan dirinya disentuh air hujan.

Aku yang sudah basah kuyup tersenyum melihatnya. Hahaha. Tak sia sia aku confess dengannya dahulu. Mungkin sehingga dia muak. Ahahaha.











Geng, kalau suka orang kan,,, tayah confess. Jom single sama sama AHHAHAHAHHAHA












-the end of confession-

Thank you for read. Be happy and yes, I hope my future will be brighter than now! Saranghae!

 Be happy and yes, I hope my future will be brighter than now! Saranghae!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
:17: [C] Confession || bbhWhere stories live. Discover now