s

331 77 9
                                    

Sudah seminggu aku tidak menjenguk kafe appa. Dan seminggu itu juga aku tidak lihat Baekhyun.

Rindu :(

Jadinya, setelah appa benarkan aku keluar, aku pergi ke kafe miliknya. Untuk berjumpa Baekhyun.

Aku mengambil tempat biasa aku setelah memesan mocha panas. Sengaja aku pandang ke arah kaunter, mencari lelaki itu. Tapi nampaknya, dia tiada.

Sebaik sahaja mocha yang aku pesan tadi sampai terus aku tanya tentang Baekhyun kepada lelaki itu.

"Baekhyun balik kampungnya cik. Kakaknya sakit."

"Sudah lama dia cuti?"

"2 hari yang lalu. Saya tak tahulah bila dia bekerja semula."

"Terima kasih."

Jadinya, aku masuk ke bahagian office appa dan lihat data pekerja. Alamat rumahnya aku cari dan juga nombor telefon miliknya. Appa ada juga tanya mengapa aku cari Baekhyun dan dengan ringan mulutnya aku jawab,

"Appa, Jeun suka Baekhyun. Takpekan kalau Jeun nak Baekhyun?"

Geez, tak malu.

:17: [C] Confession || bbhWhere stories live. Discover now