"Bang, besarlah Korea ini!" Kata Mak Yaffa sambil membawa bagasi.
"Jom pergi kedai situ kejap. Papa nak beli makanan ringan sikit."
Ayah Yaffa meletakkan makanan ringan di atas kaunter. Juruwang menundukkan kepala sambil berkata
"Annyeonghaseyo!"
(Annyeonghaseyo = Hai dalam bahasa Korea)
"Eh bang, apa dia anyung sayur sayur ni?"
"Papa mana tahu, papa nak beli makanan ringan. Tiba tiba dia promote sayur." Kata Ayah Yaffa sambil menghulurkan duit.
"Wau, culture new and fresh!"
"Hebat orang asing ini. Positif." Jimin tersenyum.
***
Yaffa berhenti taip di komputernya. Hairan dia, sepatutnya mak dia sampai hari ini. Tapi tak ada sepatah khabar mengatakan kehadiran mereka di bumi Korea telah tiba.
"Diaorang lupa kut. "
Yaffa mengeluh. Nuraini mengetuk pintu bilik Yaffa.
"Yaffa, kau yakin ke dengan apa yang kau buat ini?'
"Kau tak percayakan aku?"
"Tak ada apa apa. Aku cuma gembira dapat tolong kau."
***
"Mak nak dengar kau orang explain. No derhaka in this talk."
"Urm..."
"Lelaki mula dulu."
"Rayyan...tak cintakan Yaffa."
"Nanti mak nak cakap apa dengan jiran?"
"Sayang...dia tak cintakan Yaffa. Kita lepaskan lah. Salah sayang juga heboh kat jiran pasal tunang dia." Suaminya mencelah.
"Abang diam! Sebab itu tak cukup lagi nak kukuhkan perputusan kamu."
"Saya cintakan orang lain." Serentak Yaffa dan Rayyan menjawab.
"Siapa?"
"Nuraini."
"..."
"Ha kamu Yaffa kenapa tak jawab?"
"Yaffa betul cintakkan orang lain. Tapi Yaffa tak pasti perasaan itu betul ke tak."
"Saya harap puan luluskan permintaan kami."
Mak Yaffa mengurut dahinya. Penatlah layan karenah anak.
"Dahlah. Malas nak layan. Saya luluskan. Kan kalau terkahwin lagi banyak masalah. Jangan panggil saya mak kamu lagi, Rayyan." Kata Mak Yaffa sambil mengipas.
"Terima kasih, puan." Rayyan tersenyum gembira.
"Sayang..anak kita dah besar." Ayah Yaffa bangga.
Namun, terdapat seorang yang sedang bergelutan dengan perasaan sendiri selepas kejadian tersebut.
YOU ARE READING
✔ || Ramadhan With You + pjm
FanfictionUntuk kali pertamanya, aku jatuh cinta dengan alunan Al-Quran yang diucapkan oleh engkau. "Kau bagaikan Doraemon, menolong aku si Nobita yang sentiasa malang." ____ MULA; 3 NOV 2017 TAMAT; 12 NOV 2018 ____ 11/10/2017 : #340 in fanfiction 19/12/2018:...