L A P A N B E L A S

312 43 1
                                    

Ding Dong!

"Kau lagi?" Yaffa ujar. Menyampah melihat muka Rayyan.

"Oh, tengoklah bekas isteri mana yang dah lupa darat."

"Haha, merepek."

"Jooheon tak percaya, pak cik ni mesti nak buat jahat kat Jooheon, hyung." Jooheon memeluk lengan aku dan menyorok di belakang aku.

"Tak percaya eh? Tengok gambar."

Haqeem mengeluarkan lagi sekeping gambar. Di dalam tersebut terdapat sepasang suami isteri yang bahagia. bersama seorang bayi.

Dan perempuan dalam gambar itu..

adalah Yaffa.

Yaffa kelihatan cemas. Dia mengurut dada beberapa kali untuk menenangkan diri.

"Dalam dunia ada 7 orang muka sama. Kau percaya orang freehair ni aku?"

"Apa nak didustakan lagi Yaffa? Bayi ni serupa dengan muka budak ni." Haqeem sudah muak untuk memberitahu Yaffa.

"Ini yang kau nak kan? Ambil lah, hutang aku kau dan selesai." Yaffa meluahkan marahnya.

"Bagi budak tu." Dia menujukkan jari telunjuk ke arah Jooheon.

Kau fikir aku nak bagi ke? Syaitonnirojim sungguh.

"Rindu mama tak?" Yaffa melemparkan soalan kepada Jooheon.

Jooheon mengangguk. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan daripada memeluk lengan aku.

"Ini...papa kamu. Akak ingat lagi, akak pernah kawan dengan dia. Dia lah yang tinggalkan kamu." ujar Yaffa.

Jooheon memberanikan diri ke Haqeem.

"Pa...Papa?" Dia memandang tepat ke muka Haqeem.

Air mata yang membanjiri mata Haqeem kian tumpah. Dia memeluk insan kecil tersebut

"Papa...rindu kamu." Dia menangis teresak-esak.

"Mama mana, papa?"

"Mama kamu kat sebelah je."

"Yaffa? Tapi dia dah bertunang!" Aku berkata.

"Kau ni bod*h sangat kenapa? Dia freehair dulu." Nampak sangat diri Haqeem dipenuhi marah.

Mata aku membuntang luas.

Yalah, tak percaya!

"Yaffa bukan macam tu orangnya!" Aku protes.

"Salah ke betul, setiap orang ada masa silam yang tak nak mereka tahu."

Yaffa mendiamkan diri. Tangan kanannya memeluk tangan kiri. Jooheon kembali semula ke aku.

"Hyung, terima kasih sebab jaga Jooheon. Jooheon dan jumpa keluarga Jooheon."

Aku gembira Jooheon jumpa semula keluarga.

Tapi perasaan pelik yang sakit ini lebih tetasa dalam diri aku.

Aku mengenggam hujung baju aku. Terus aku berada di sisi yang sama taraf dengan tinggi Jooheon dan memeluk bahunya.

"Jooheon, janganlah tinggalkan hyung."

"Hyung..."

Tidak dapat menahan lagi, air mata kian tumpah. Aku memeluk Jooheon.

"Hyung...Jooheon..minta maaf." Joohen menyambut pelukan aku sambil mengusap belakang aku.

"Jooheon, ingat. Jaga makan, jangan nakal sangat. Lawatlah hyung bila ada masa. Hyung dah anggap kamu macam sebahagian daripada keluarga hyung.."

"Hyung..terima kasih sebab selamatkan Jooheon semasa Jooheon hampir mati kelaparan. Dan yang paling penting hyung..."

Aku terdiam. Tidak mampu untuk berkata kata.

"Terima kasih sebab bagi Jooheon nama."

Jooheon menguntumkan sebuah senyuman kepada aku.

Selamat tinggal, Jooheon.

✔ || Ramadhan With You + pjmWhere stories live. Discover now