Yasyarah Yaffa POV
Aku menatap gambar lama. Keluhan, keluhan dan keluhan. Itu sahaja yang keluar dari diri aku.
"Yaffa!" Kawan aku memanggil.
Aku membawa langkah menuruni tangga. Nuraini, adalah teman serumah aku. Juga merupakan sahabat aku.
Dia mencedok seseduk nasi untuk diberikan kepada aku. Aku mengangkat dagu.
"Apa respon kau?" Dia menanya.
"Aku tak nak jumpa dia."
"Tapi kauorang tak ada proper breakup lagi. Betul ke kau tak rindukan dia?"
"Tak, serius."
"Bak sini telefon kau." Aku dengan tidak ragu-ragunya menyerahkan telefon pada dia.
"Hai sayang, ni Yaffa. Tak rindu I ke?"
Aku memandang muka Nuraini.
"Jebon lah kau!" Aku terus merampas telefon dari tangannya.
"Rayyan?"
"Tak rindu I ke?"
"Eee dengan Allah guna aku kau. Ni apatah lagi kau yang guna I you."
"Ceh baru nak sweet."
"Tunggu lepas kahwin nantilah. Nanti kau nak sweet banyak mana pun boleh."
Rayyan ini tunang aku. Kalau ikutkan aku nak terus berkahwin, tak nak tanggung lama. Tapi sebab nak buat persediaan untuk perkahwinan, kami bertunang dahulu. Hantaran Rm20 ribu, sumpah dia anak orang kaya. Senangnya ada suami kaya. Kah! Kah! Kah!
"Bila nak balik Malaysia? Aku dah start rindukan kau. Ha lagi satu, mama kata tema kita pastel pink nanti."
Aku menenguk air liur.
"Hahaha..nanti aku habis belajar. Aku balik Malaysia semula, okay?"
END POV
***
Aku menyusun barangan di rak makanan. Sebaik sahaja aku habis menyusun, aku kembali ke kaunter dan menunggu pelanggan datang.
"Hmm aku rindukan nyanyian dia. Kat youtube tak ada ke?"
Aku mula selongkar Youtube. Pelbagai tajuk aku taip.
"Nyanyian orang hijab."
Bukan yang aku nak. Aku cuba mengingati nama buku itu.
"Membaca Al-Quran."
Yes! Jumpa pun!
Sejak aku jumpa nyanyian yang mengasyikkan ini. Aku sudah tidak mendengar lagi lagu-lagu barat yang laghat itu. Hari demi hari berlalu dan playlist music hanya dipenuhi alunan Al-Quran.
"Ah... tapi aku tetap nak dengar nyanyian dia."
Sudah lama Yaffa tidak mengunjung ke kedai ini. Seribu soalan membanjiri otak aku.
____
Dan tanpa dia sedari, suatu cahaya sudah memasuki hatinya. Keinginan dia berubah. Suatu perasaan yang tidak difahami dia, suatu perasaan yang inginkan ketenangan. Dia-
Jimin.
YOU ARE READING
✔ || Ramadhan With You + pjm
FanfictionUntuk kali pertamanya, aku jatuh cinta dengan alunan Al-Quran yang diucapkan oleh engkau. "Kau bagaikan Doraemon, menolong aku si Nobita yang sentiasa malang." ____ MULA; 3 NOV 2017 TAMAT; 12 NOV 2018 ____ 11/10/2017 : #340 in fanfiction 19/12/2018:...