S E M B I L A N

525 88 1
                                    

"Eh tak payahlah. Lagipun tak manis kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan. Nanti ada tetamu ketiga tak diundang datang."

"Haa.. siapa? Hantu ke? Jangan risau, saya tak takut."

Aku memalsukan senyuman aku. Pertahankan gentleman kau, Jimin.

"Syaitan lerrrrr."

Okay tak faham.

"Tapi sekarang dah lewat, kalau ada apa apa berlaku kat awak kan? Lagipun Haqeem kemungkinan ada kat sekitar kita sahaja sekarang. Lagipun kalau ada benda terjadi kat awak saya juga yang susah."

"Hmm.. kalau saya hilang dara saya sebab awak, awak bertanggungjawab."

Pipi aku kemerahan. Savage gila dia ini. Aku pun malu nak cakap benda macam itu.

"Percayakan saya, saya tak akan buat macam itu. Tunggu 10 minit kejap."

Aku memasuki bilik staf untuk menukar pakaian. Kunci yang aku letakkan di dalam beg aku gapai lalu keluar.

"Dah, jomlah."

***

Keadaan sunyi memenuhi ruang dalam kereta. Senyap. Janggal. 2 perkataan yang cukup untuk menggambarkan segalanya.

"Saya buka lagu dalam playlist radio kereta ini eh?"

"Eh keja-"

Belum sempat aku menghalang, dia lebih pantas membuka radio kereta aku.

"Jap, ini bukan ke..."

Tangan kiri aku hanya menutup mulut. Malu.

"Ini kan surah Al-Fatihah?"

"Y-ya... dalam playlist ini penuh dengan surah je."

Kami kembali senyap. Dan kesunyian mula menyerang kembali.

Sedang radio tersebut memainkan surah Al-Fatihah. Yaffa tanpa dia menyedari mengikut sekali bacaan tersebut.

Aku rindu nyanyian dia.

Terlepas segala kerinduan yang telah lama bendung dalam diri aku.

Surah tersebut tamat. Dan radio mula memainkan lagu inggeris. Ala, dia dah tak menyanyi.

"Erm..saya tahu ini agak sensitif. Tapi bekas suami awak itu... kenapa dia cari awak?"

"Oh tak ada apa-apalah. Just common ex wife husband things."

See? Dia takkan buka mulut.

Sebab aku tak ada dalam sudut hati dia. Aku hanyalah kawan biasa.

"Huhu.."

Aku memandang ke sebelah sambil tanya "Awak menangis ke?"

"Mana ada, tak nampak ke saya tengah menghayati ini. MochiPark dah lama tak memuat naik cover lagu dia!" Dia menunjukkan telefon pintar kepada aku.

Haah. Dah sebulan aku tak memuat naik apa-apa cover lagu

"Tahu tak? Selain bantal tempat mengadu saya, cover lagu dia ni pun tempat saya mengubati kesedihan."

Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya adalah ruang kecil aku sebagai MochiPark dapat mengembirakan hati dia.

✔ || Ramadhan With You + pjmWhere stories live. Discover now