Masa aku bekerja pada hari ini ialah pagi. Aku melihat jam tangan aku.
Pukul 8:30 a.m.
Ding! Dong!
Yaffa ke? Tak akanlah. Sekarang ini dia ada kelas kut. Aku memandang me arah pintu.
Alah, budak kecil sahaja rupanya.
Dia melihat sekitar kedai. Dia mengeluarkan duit. Mengeluh.
"Tak cukup." Kata dia.
Budak itu berjalan ke arah kaunter.
"Hyung, saya nak beli makanan. Tapi tak ada duit." (Hyung- panggil abang *lelaki kepada lelaki*)
"Kalau tak ada duit macam mana nak beli makanan? Mama kamu tak bagi duit ke?"
Budak itu berdiam. Dia keluar dari kedai. Rasa serba salah mula menyerang diri aku. Kejam sangat ke aku ini? Aku cuma jalankan kerja sahaja.
"Weh kepala pink. Tolong gantikan shift aku kejap."
***
"Yahh budak! Hyung ni!" Aku kerja dia sebaik sahaja keluar dari kedai.
Dia memalingkan muka. Wajah suram dia berubah menjadi ceria.
"Hyung bawakan roti dan susu strawberi ni."
Dia hanya mengganguk dan menyambut. Ceh, terima kasih tak ada ke?
"Kau makan boleh tahan kuat makan juga eh?" Aku perli.
"Saya ingat saya akan mati kelaparan. Terima kasih, hyung."
"Sama-sama. Kau ni dah berapa lama tak makan."
"Dah sehari saya tak makan, hyung."
Aku terkejut.
"Mama kau mana?"
"Saya lari dari rumah anak yatim..."
"Rumah anak yatim kau mana? Sekarang juga hyung tolong hantarkan."
Budak itu menarik kuat baju aku.
"Saya tak nak balik, hyung. Tolonglah jangan hantae saya balik!"
"Nanti orang sana risau!"
"Tolonglah hyung... saya janji bila saya dah kaya nanti saya bayar balik hyung. Tolong.. Jangan hantar saya balik."
Aku mengeluh. Inilah kau Jimin, baik sangat hati kau ini.
"Erm.. kamu nak duduk kat rumah hyung tak?" Dia kembali ceria.
"Nak nak nak hyung!"
***
"Hyung, tak ada apa apa saya boleh tolong ke?"
"Eh tak payah. Kerja kau duduk diam dan layan aku je."
"Alah hyung, bila nak balik rumah ni?"
"Hyung mana boleh tinggalkan kerja. Kena potong gaji nanti. Dalam 30 minit kita baliklah. Nanti kau tinggal rumah aku, aku pula kena tanggung makan tidur kau."
Senyap akhirnya dia ni.
***
"Wow! Luasnya rumah hyung!"
"Perabot je tak banyak."
"Lagi luas dari rumah anak yatim saya."
Aku meletakkan barang barang keperluan di atas meja. Budak kecil ini tak habis habis berlari dalam rumah. Excited benar.
"Budak." Dia datang ke arah aku.
"Ya hyung?"
"Nama kau apa?"
"Nama saya..." dia memikir lama.
"Haik takkan nama sendiri tak tahu?"
"Hyung panggil saya Bibimbap jela!"
"Kau ni seriuslah tak ingat nama?" Main bantai nama saja dia ini, mentang mentang ada bibimbap atas meja.
Muka dia gusar. Hairan betul aku dengan budak ini.
"Saya tak tahu nama sayalah hyung...."
"Kau ni biar betik?!"
"Betik berbuah sekalipun saya tak tipu hyung."
"Erm. Hyung panggil kamu Jooheon jelah."
"Saya suka nama tu hyung!" Aku rasa macam proud father. Wah. Hati aku berbunga, perut aku terasa ada rama rama.
"Hyung! Saya laparlah! Nak makan lagi!"
"Perut kau ni lohong hitam ke apa?"
Aku membuka langkah ke arah dapur. Mengeluarkan bahan bahan yang sedia ada. Jooheon menarik kerusi ke sebelah aku lalu memanjat ke atas agar kami di sama taraf. Pendeklah katakan.
"Hyung nak masak apa? Jooheon nak tolong boleh?"
"Hyung nak buat dumpling. Kamu pergilah depan tengok cerita pororo. Hyung tak suka makanan hyung tak sempurna."
"Rumah hyung ni boring lah. Kosong je. Mainan tak ada pun." Aku mengulingkan mata.
Jooheon POV
"Ei rumah ni takkan ada sofa dengan tv je."
Aku berjalan sekeliling rumah. Nampaknya bilik tidur dia tak berkunci. Aku masuk sahaja tanpa pendulikan kebenaran dia.
"Wah, bilik dia warna pink!"
Ada juga mainan yang aku nampak. Tapi itu anak patung! Aku tak main. Aku nak main kereta mainan!
"Ni apa?" Sebatang barang yang kelihatan seperti kon aiskrim menangkap perhatian aku.
Aku menolak butang barang tersebut ke "on". Aku cuba bercakap. Wow! Suara aku jadi lebih kuat! Aku terus membantai benda tersebut sampai bergegar satu rumah.
"JOOHEON! JANGAN SENTUH BARANG HYUNG. NANTI HYUNG DATANG, SIAP KAMU." Kedengaran suara hyung Jimin memberi amaran dari dapur.
"Alamak! Mati aku!" Aku memanjat katil hyung. Terus aku menyarungkan selimut sehingga menutupi semua badan aku.
YOU ARE READING
✔ || Ramadhan With You + pjm
FanficUntuk kali pertamanya, aku jatuh cinta dengan alunan Al-Quran yang diucapkan oleh engkau. "Kau bagaikan Doraemon, menolong aku si Nobita yang sentiasa malang." ____ MULA; 3 NOV 2017 TAMAT; 12 NOV 2018 ____ 11/10/2017 : #340 in fanfiction 19/12/2018:...