L I M A B E L A S

351 45 10
                                    

Dumpling dah siap, yeah!

Aku menutup api dapur. Mengorak langkah menuju ke bilik aku untuk mencari Jooheon.

"Jooheon yah!"

Senyap sahaja.

Aku duduk di birai katil. Mana Jooheon ini? Aku memandang katil aku. Sekejap, macam ada bonggol mayat sahaja kat atas katil aku ini. Perlahan-lahan aku membuka selimut katil.

"Lahhh. Jooheon rupanya. Dah tidur sudah dia ni." Penat sangat dia ini.

Aku menyelitkan rambut dia ke telinga. Tiba-tiba mata dia terbuka. Terkejut aku.

"Dah terjaga? Hyung minta maaf ganggu tidur kamu."

Jooheon mengusap matanya. Dia tertawa.

"Pandai...hyung...cari...saya!" Kata dia dalam nada gembira separuh ngantuk.

Hati aku dup dap! Dup dap! Berbunga hati aku tengok dia ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hati aku dup dap! Dup dap! Berbunga hati aku tengok dia ini.

"Hyung dah masak, jom pergi makan."

"Hyung dah siap? Yeay!"

"Tapi sebelum tu, kamu pergi mandi dulu. Bau busuklah kamu ni. Dahlah tidur atas katil hyung. Dahi kena gigit dengan nyamuk. Nanti hyung sapukan ubat." Aku menuju ke arah almari aku dan mencari tuala lebih.

"Nah." Aku menghulurkan pada dia.

Jooheon menggentel hujung baju dia.

"Hyung, saya tak pandai mandi."

"Huh??"

"Biasanya orang tolong mandikan kami kat rumah anak yatim."

***

"Bapak ganas sia engko ni!" Aku melindungi muka aku daripada percikan air Jooheon.

"Nak banyak buih lagi!!!"

Habis sabun mandi aku kena bantai dengan dia. Aku mencapai batang paip dan terus splash ke arah dia.

"Hahaha! Pandai muka kau!"

"Hyung! Sejuklah!" Dia kembali merendam diri dalam bath tub yang berisi air panas suam.

"Dah, jomlah. Kan melambung tinggi bil air hyung."

"Hyung. Keluar kejap."

"Kenapa?"

"Nak nyet nyet."

***

Aku memanaskan semua dumpling memandangkan dumpling sudah sejuk kembali. Tak dilupakan juga masak egg roll sementara menunggu Jooheon memakai baju.

"Hyung, besar sangatlah baju hyung ni."

"Nanti kalau hyung ada duit hyung belikan kamu baju baru."

Jooheon memanjat atas kerus lalu duduk menghadap meja.

"Nak makan!"

Aku menggulingkan mata aku. Aku mencendok nasi lalu meletakkan di atas pinggan.

"Kau ni tak nak jumpa papa mama ke?"

"Hyung, kan saya dah cakap. Saya dari rumah anak yatim."

Aku menepuk dahi. Lupa!

"Kamu lari dari rumah anak yatim tu dah kenapa?"

"Saya nak cari ibu bapa sayalah, hyung."

"Eik? Kamu kan anak yatim."

"Saya tak ingat sangat sebab masa tu saya muda lagi. Tapi saya yakin sangat yang ibu bapa saya yang hantar saya ke rumah anak yatim."

"Kau yakin ke? Tak marah dengan papa mama?'

"Yakin! Buat apa nak marah, ibu bapa hantar saya mesti ada sebab."

"Tetapi kenapa kau berkeras sangat nak cari diaorang?"

"Sebab Hari Kanak-Kanak dah nak dekat. Saya nak ibu bapa tengok saya lakukan persembahan."

Aku tersentuh. Mana tisu ini? Pandai betul budak ini memotong bawang depan aku.

"Nanti hyung berusaha cari mama papa kau!"

"Janji melayu ke hyung?" Budak ini perli sambil menyuapkan dumpling ke dalam mulutnya.

✔ || Ramadhan With You + pjmWhere stories live. Discover now