Setelah habis sarapan , El Nina pamit meminta diri sambil menjeling Alif dengan meluat . Entah kenapa dia rasakan yang Alif cuba melakukan sesuatu di belakangnya . Malah , dia turut merasa curiga dengan abangnya Daniel dan sepupunya Elisya .
Tanpa menghiraukan panggilan tiga orang manusia di meja makan itu , El Nina berlari anak menjauhi mereka . Dia segera menggapai kunci motornya lalu memecut laju meninggalkan rumah banglo itu .
Setelah beberapa minit memecut , tibalah dia di tempat lepaknya . Kelihatan Along sedang gigih mengerjakan motor yang dihantar ke bengkel motornya . Anehnya , dia tidak menyergah lelaki itu seperti kebiasaannya . Dia hanya duduk menunggu di kerusi yang terdapat di situ .
' Ya Allah ! El buat apa dekat sini ? Kenapa takda bunyi dari tadi ? ' tanya Along kepada El Nina kerana terkejut dengan keberadaannya di situ .
' Tak adalah . El saja datang sini . Nak tengok jenazah siapa yang meninggal tadi ha ! ' seloroh El Nina apabila melihat reaksi terkejut Along yang lucu itu .
Mereka berdua hanya mampu ketawa dengan lawak yang disampaikan oleh El Nina ketika itu .
' Adoii El ni . Tak dating dengan suami ke weekend ni El ? ' mendengar soalan itu keluar dari mulut Along , senyuman manis El Nina mati serta merta . Entah kenapa dia teringatkan muka Alif yang sedang tidur pagi tadi .
' Dating buat apa ? Buang masa je . Bukan El suka dia pun ' jawab El Nina kepada lelaki itu . Terasa ego pula dalam diri bila dia bagi jawapan macamtu . Tapi memang ego pun !
' Apa El cakap macamtu . Seburuk dan sebaik apapun dia tu . Dia tetap suami El yang sah . Allah kirim dia bersebab . Bukan main kirim je . Dia ada hak ke atas El sebab El punya dia . El keluar ni ada mintak izin ke tak ? ' Tanya Along kepadanya .
El Nina seakan akan tersentak mendengar jawapan itu . Dia merasa bersalah kerana tidak menghiraukan pertanyaan Alif kepadanya sebentar tadi . Dia bangun lalu meminta diri .
Sorry sebab baru update readers semua . Semoga terus membaca ya . Jangan lupa votements guys . Dedaa !

ANDA SEDANG MEMBACA
Ego VS Nafsu
RomanceRumah tangga didirikan kerana penjodohan dari kecil . Bait cinta datang tanpa sedar . Ego menghalang mengucapkan cinta . Nafsu ? Sapa yang takda nafsu kalau tinggal berdua dengan yang halal ? Rumah tangga yang tidak tentu arah . Apa lah nak jadi d...