Bab 22

16.8K 85 3
                                    

Setelah bersiap , Alif turun ke tingkat bawah rumah banglo milik mertuanya itu . Dia melihat Daniel yang sudah terpacak di ruang tamu rumah itu .

' Laa .. Aku ingat nak ambil masa satu dekad lagi nak siap ' perli Daniel kepada adik iparnya yang sudah tua bangka itu . Belum pun sempat Alif menjawab perlian Daniel , Elisya datang menghampiri mereka .

' Sorry lambat . Tadi aku cari barang kejap . Hehehe '  Sengih Elisya apabila menyadari dua jejaka yang handsomelah sangat bak buntut ayam itu menjelingnya tajam .

Lama berkeadaan jeling menjeling antara sepupu sepapat dan ipar itu , akhirnya Daniel mengajak mereka untuk menaiki kereta .

' Dah dah , kata nak outing harini . Jomlah pergi sekarang '  Pintanya . Elisya dan Alif hanya tersengih dan akur sahaja . Mereka bertiga menaiki kereta Volkswagen milik Daniel . Tapi , yang menjadi driver tak berbayar ialah Alif !

Hahah kejam kan author ? Cuba teka kemana tiga ekor ni pergi ?

************************************************************************************************************

Setelah hampir setengah jam memecut kereta abang iparnya , Alif akhirnya berhenti di sebuah lokasi . Tertera nama Country Garden di hadapan jalan masuk ke tempat itu . Daniel di sebelahnya memandang Alif aneh .

' Actually aku ajak korang keluar ni sebab nak sambung plan pagi tadi . ' kata Alif menyedarkan Daniel dari kekeliruannya .

' Dah sampai ke kita ? ' Elisya mencelah di tempat duduk belakang . Kelihatan dia membetulkan tudungnya yang senget dek kerana dibuai mimpi semasa dalam perjalanan .

' Dah . Tapi tanak turun bawak air basi kat mulut tu ! Hahaha ! '   Seloroh Daniel , mengusik sepupunya itu . Elisya hanya mencebik kerana pusing melayan kerenah Daniel .

Setelah selesai membeli minuman bertin dan memesan makanan , mereka bertiga duduk di restoran open air di situ . Mereka menunggu makanan yang dipesan hanya beberapa minit sahaja .

' Wow , bagus juga ya tempat ni '  Celah Elisya sambil mengunyah makanan yang ada di dalam mulutnya .

' Kau tu yang jarang datang sini sejak family kau pindah Melaka '  Kata Daniel kepadanya .

' Eish korang ni . Aku bawak korang kesini sebab nak bincang plan yang tertangguh pagi tadi , bukan nak suruh korang describe tempat ni '  Celah Alif . Mereke berdua hanya memandang Alif .

' Jadi , apa yang kau nak kitorang bantu ? '   Tanya Daniel serius kepada Alif .

' Okay , macamni .. ' Belum sempat Alif habiskan ayat , Elisya mencelah
' Macam apa ? ' katanya . Daniel dan Alif menjelingnya menandakan bahawa mereka sedang serius . Elisya hanya tersengih dan meminta maaf .

' Aku tau yang El kena paksa kawin dengan aku . Dan korang pun kena tau yang aku pun dipaksa . Tapi itu dulu . Lama lama aku mula ikhlas terima El . Masa first aku sampai rumah kau masatu Daniel , aku nampak El termenung luar jendela . Aku jadi excited nak jadikan dia bini aku . Aku mula redha , belajar terima dia walaupun aku ada rasa terpaksa tu . '  Alif diam seketika . Riak wajahnya seperti sedang berfikir .

' Emm .. Bila nak sambung ni ? '  Tanya Elisya apabila dia melihat Alif diam membisu melihat pinggan kosong di hadapannya .

' To be honest , aku mula sayangkan dia . Sedar tak sedar dah nak masuk bulan dah alam perkahwinan kitorang . Tapi , aku keliru dengan signal yang El bagi dekat aku . Aku cuma nak tau kalau dia rasa apa yang dia rasa . Aku buntu samada nak teruskan perkahwinan kitorang atau tak . Aku tau El masih muda . Terlalu muda untuk aku , sebab tu aku tanak seksa dia jadi bini aku . Kalau dia tak rela , apa gunanya aku teruskan . ' 

Daniel memandang wajah adik iparnya itu dengan rasa simpati . Dia bukan tak tahu perangai adiknya yang satu itu . Sudahla degil , tambah lagi ego dia yang tinggi macam gunung tu .

' Apa kata kalau kita plan vacation berempat holiday bulan 12 ni ? Lagi dua bulan kan . Masa pergi vacation tu , kita jalankan rancangan kita . '

Daniel dan Alif memandangnya pelik .
' Aikk bila kita dah buat plan pulak ? '  Tanya Daniel pelik . Alif juga keliru dengan apa yang Elisya katakan sebelum akhirnya mindanya dapat menghidu apa yang Elisya katakan .
' Jadi , apa plan kau yea '  Tanya Alif semangat .

Elisya memandang kedua jejaka itu dengan senyum jahat sebelum mula berhujah tentang rancangannya semasa percutian tersebut . Daniel dan Alif mendengar Elisya dengan bersungguh sungguh . Saat jadi minit dan minitnya hampir jadi jam . Hampir sejam Elisya berbicara tentang hujahnya , akhirnya dia menamatkannya .

Alif dan Daniel mengangguk tanda faham akan penjelasan yang Elisya lakukan tadi . ' Bijak jugak eh kau ' kata Daniel kepada Elisya . Elisya hanya mendabik dada .

' Okay , jom balik sekarang . Kesian El dekat rumah sorang sorang nanti kalau dia dah balik '  Kata Alif . Daniel dan Elisya hanya mengangguk . Mereka bertiga membayar makanan yang dipesan dan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah .













Hye hye hye !! Apalah nak jadi lepasni ye ? Elisya pun satu bisik ii plan dia tanak bagitau readers :( emm .. Terus support by votements guys ! Sis panjangkan story sebab idea mencurah since lama menghilang . Selamat membaca !

Ego VS NafsuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang