Bab 24

20.9K 137 35
                                    

Pagi itu , Alif bangun apabila merasakan tiada figura yang tidur dalam keadaan mesra bersamanya semalam . Dia menggosok matanya lalu anak matanya melilau mencari kelibat isteri mudanya . Alif fikir mungkin El Nina dalam bilik air . Dia hanya mendiamkan diri dan berfikir tentang kejadian semalam . Sedang asyik dia berfikir , pintu bilik air dibuka dan El Nina keluar dari bilik dengan hanya memakai tuala singkat di atas lutut .

Alif memandang El Nina yang hanya selambanya berjalan ke arah almari untuk mengambil baju . Dia menelan air liur apabila melihat paha El Nina yang putih gebu . Dia sempat berfikir bahawa indahnya jika dapat meraba peha milik gadis itu pada setiap malam . Dia tersenyum sendiri apabila otaknya sekali lagi mengimbas perilakunya semalam terhadap El Nina .

El Nina yang merasa tidak selesa apabila sedar dipandang oleh suami tua bangkanya itu mula mengalihkan pandangan matanya ke katil . Dia melihat lelaki itu tanpa seurat benang lalu menutup matanya . Alif merasa geli hati melihat tindakan El Nina itu .
' Tutup cepat ! ' Arahnya kepada Alif . Dia mulai meninggi suara apabila Alif mengabaikan arahannya itu . Dia segera berjalan ke arah pintu bilik mahu keluar .

Alif yang sedar akan tindakan El Nina itu pantas berlari anak ke arahnya dan menariknya ke dalam pelukan .
' Woi ! ' Jerit El Nina yang terkejut dengan tindakan Alif . Alif hanya tersengih .

' Sorry laa . Terimbas kenangan semalam ' Katanya lalu mengenyitkan mata kepada El Nina . El Nina hanya menjelingnya tajam .
' Kau jangan macam macam dengan aku eh . Semalam aku mamai sebab ubat aku ! Jangan perah santan sangat kat sini ! ' Sergahnya geram kepada Alif walaupun hatinya terasa berbunga apabila diusik begitu oleh Alif . Alif hanya diam memandang El Nina .

Tiba tiba pintu bilik mereka diketuk .
' El , Alif ! Aunty dengan uncle ajak breakfast sama . Diorang baru balik lewat malam semalam ' Panggil Elisya dari belakang pintu . Alif mencium bibir El Nina sebelum meleraikan pelukannya .




************************************************************************************************************

' Mana Alif sayang ? ' Tanya Puan Jennifer kepada anak bongsunya itu apabila melihat El Nina hanya berjalan berseorangan ke arah meja makan tempat mereka sarapan . Belum sempat El Nina menjawab pertanyaan mamanya , Alif muncul dari belakang sambil membuat gaya tangan peace . ' Morning mama . Rindu dengan menantu mama ke risau tak tentu pasal tanya El ni ? ' Sengih Alif dengan senyuman gurau kepada ibu mertuanya .

' Perasan ! ' Jeling El Nina lalu membuat muka menyampahnya apabila mendengar Alif menegur mamanya begitu . Sambil sambil itu , tangannya gatal mencubit Alif merata rata tubuh Alif yang terdedah kepadanya . Alif mengaduh kesakitan apabila cubitan El Nina bertalu talu dilakukan kepadanya .

' Sudah lah tu . Nak kitorang tengok drama mecubit cubit korang ni sampai bila . Lapar dah kitorang ni ha . Perut pun dah nanyi lagu disko ni ' Seloroh Daniel apabila tiada tanda perang cubit El Nina dengan Alif masih berlanjutan selepas dua minit .
' Entah . Sya pun lapar dah ! ' Sambung Elisya dengan memek muka yang lucu .

Pagi itu keluarga El Nina sarapan dengan perbualan yang rancak di meja makan . Namun , El Nina tidak mengeluarkan sepatah kata pun ketika yang lain sibuk berlumba membuka cerita sebagai lauk perbualan . Entah kenapa dia rasakan tidak berminat untuk join diorang bersembang . Alif yang perasan dengan keadaan itu agak aneh .
' Kenapa ni ? ' Soalnya lembut kepada El Nina yang hanya cukup didengari mereka berdua sahaja . El Nina hanya menyahut dengan senyuman dan menggelengkan kepala menandakan dia tidak apa apa .

El Nina pamit dari meja makan untuk naik ke biliknya . Selepas beberapa minit , Alif mengekori El Nina sehingga ke biliknya . ' Saya minta maaf kalau awak tak selesa dengan perlakuan saya semalam dan pagi tadi . Saya tau saya tak patut sentuh awak tanpa izin ' Tegur Alif mematikan termenung El Nina di birai katil . El Nina sengih perli
' Cakap jela yang kau desperate nak tebuk perempuan . Kenapa kau tak buat je ? Acah macam alim pulak depan aku . ' Balasnya kepada Alif lalu meninggalkan Alif sendirian di bilik itu .

Alif mengeluh kecewa . Dia merasa sangat bersalah kerana telah mengeruhkan lagi hubungannya dengan El Nina . Jujur dia akui dia juga dipaksa seperti El Nina dalam perkahwinan ini . Dia cuba untuk tarik hati El Nina kepadanya . Dia tahu bahawa El Nina tidak mempunyai hati kepadanya , tapi dia tidak mahu melepaskan El Nina . Mungkin dia sudah jatuh cinta ? Siapa tahu . Tapi intinya , dia mahukan perkahwinan ini kekal .

Sikap El Nina yang terlalu tidak matang dan tidak membuka hati untuk berbincang dengan Alif benar benar membuat hati kecilnya kecewa . Dia cuma mampu berharap agar suatu hari nanti dia dapat lembutkan hati El Nina untuk sedar yang dia juga bermatian melawan untuk selamatkan perkahwinan yang dipaksa ini . Ya , dia tahu El Nina masih terlalu muda untuk itu . Tapi , apa salahnya mencuba kan ? Dia juga tidak mahu mengecawakan mama dan papanya , begitu juga ibu bapa mertuanya . Alif buntu memikirkan cara untuk melembutkan hati El Nina yang egois itu .








Egonya bini Alif ni :( Kesian Alif fight sorang sorang untuk bina masjid diorang seindah indahnya . Apala nak jadi dengan perkahwinan dioranf kalau El Nina stay dengan ego dia :( emm ..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ego VS NafsuWhere stories live. Discover now