Muhammad Al-Fateh

52 2 0
                                    

Siapakah Muhammad Al-Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar *'sebaik-baik raja'* dan *'sebaik-baik tentera'* ?

Muhammad Al-Fateh menaiki takhta ketika berumur 19 tahun. Cendekiawan ulung pada zamannya ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab , Latin , Greek , Serbia , Turki , Parsi dan Hebrew. Beliau seorang yang bersifat tawaduk serta sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Selama dua tahun , Muhammad Al-Fateh mengkaji titik kelemehan Kota Konstantinopel pada setiap malam dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang . Bersama bala tentera 150 000 orang , beliau menggempur Kota Konstantinopel selepas Raja Byzantine enggan menyerah diri. Kota Konstantinopel menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukannya yang strategik antara Eropah dengan Asia. Kerana itu Napoleon Bonaparte pernah berkata, "Sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia".

Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi . Ekoran daripada itu pada tahun 1054 kerajaan Rom berpecah dua, satu di Rom yang dikenali mazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Ortodoks.

Kerajaan Rom Timur ini meliputi negeri-negeri di *tenggara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan pulau-pulau di Corsica dan Sicily.* Ketika itu Konstantinopel menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelosok dunia. Pedagang dari pantai Laut Hitam membawa bulu binatang, dari Caucasus pula mereka membawa gandum , garam , arak dan hamba abdi. Dari Itali pula mereka membawa rempah ratus , batu berlian, sutera dan buah-buahan segar.

--

Sebelum Sultan Murad (ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh) mangkat , beliau sempat mengatakan tentang Empayar Turki Usmaniah ni ditegakkan oleh moyang mereka yang bernama Usman kepada anakandanya ; Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebelum Usman mangkat , Usman ada tinggalkan wasiat dan wasiat ni mesti dipatuhi oleh sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah.

--

Wasiat tu berbunyi macam ni  ,

' _Surat wasiat ini ditulis oleh Usman bin Sauji bin Artugrul bin Sulaiman Shah bin Kia Alp. Harapan pertamaku kepada anak-anak , cucu-cucu , keturunanku dan sahabat-sahabatku ialah kamu junjung tinggi agama Islam yang agung ini. Terus berjuang menegakkan syariat Islam selagi hayat dikandung badan. Bagi mencapai kesempurnaan dan kejayaan dalam berjihad , kamu hendaklah sentiasa mengibarkan bendera suci Nabi Muhammad SAW._

_Aku berwasiat kepada kamu, hendaklah sanggup mengorbankan jiwa raga kamu demi berbakti kepada Islam kerana Allah yang Maha Berkuasa sudah mempertanggungjawabkan kepadaku, hamba-Nya yang hina ini bagi menguasai negara-negara lain. Kamu hendaklah meneruskan perjuanganku ini bagi menyebarkan kalimat tauhid ke merata dunia. Yakinlah sesungguhnya sesiapa yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan ini mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW._

_Anakku , semua manusia tidak ada yang terlepas daripada kematian. Sekarang dengan hendak Allah SWT kematian kian menghampiri aku. Dengan ini aku serahkan kepada kamu kuasa pemerintahan ini. Dan kamu serahkan urusan kamu kepada Allah yang Maha Mengetahui. Aku berwasiat kepada kamu, hendaklah kamu tegakkan keadilan dalam pemerintahan kamu_'

             *TENTERA YANG BAIK*

Pulau Magnesia yang sepi dan terpencil itu tiba-tiba menjadi sibuk apabila Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan 250 000 tentera Turki menjalani latihan di pulau itu. Mereka adalah tentera pilihan yang terbaik daripada kalangan tentera Turki. Sultan Muhammad Al-Fateh menetapkan syarat pemilihan hanya mereka yang taat kepada ajaran agama sahaja dipilih.

Sultan Muhammad Al-Fateh berpesan supaya tentera-tentera ini menjaga tingkah laku dan akhlak. Tidak dibenarkan mengganggu penduduk di pulau tersebut. Serta , mereka tidak dibenarkan mengambil tanaman ataupun buah-buahan tanpa kebenaran tuannya. Para tentera sentiasa solat berjemaah, puasa sunat pada siang hari & melakukan solat malam.

Sharing Is CaringWhere stories live. Discover now