🍇 ALLAH telahpun memberi peringatan dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3, bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan ? Dan demi sesungguhnya KAMI menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu, nyata apa diketahui ALLAH mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketahui mengenai orang yang berdoa."
🍇 Ayat itu mengingatkan kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan ALLAH . Ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang ALLAH turunkan .
🍇 Berapa ramai antara kita yang redha bila Allah beri dugaan atau ujian ? 🤔
🍇 Bagi mereka yang beriman, mereka menganggap itu adalah ujian yang akan meningkatkan keimanan ⬆🆙
🍇 Tetapi bagi mereka yang tidak beriman ❌ , pasti menganggap ALLAH tidak sayangkan mereka dan sengaja mahu menyusahkan .
🍇 Hadis Imam Muslim, Rasulullah S.A.W berkata, "Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya."
🍇 Rasulullah S.A.W sendiri diuji dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sepanjang menyebarkan agama Islam kepada kaumnya . Hebatnya ujian itu bukan sedikit malah kaum keluarganya juga menerima ancaman . Selain itu para sahabat juga menghadapi perkara yang sama 😨 .
🍇 Di dalam keadaan seperti ini, tidak ada yang lebih utama selain kesabaran dan keimanan terhadap ALLAH ☝ dan menganggap ia bukan penghalang untuk menyebarkan agama ✨❤ .
🍇 Perlu diingat ☝😉 , *ujian juga adalah tanda kasih dan cinta ALLAH ❤ terhadap kita✨* . Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah S.A.W berkata, "Apabila ALLAH cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, ALLAH redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka ALLAH murka kepadanya."
🍇Ramai yang tidak sedar ❌ , sesuatu ujian yang ALLAH turunkan pasti ada hikmah yang tersembunyi ✨✨ . Mereka yang menyedari tidak akan merintih sebaliknya tabah menghadapi 😊❤ .
🍇 Ini dijelaskan di dalam satu hadis daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W berkata, "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan ALLAH menghapuskan sebahagian daripada dosanya. "
🍇 Setiap ujian yang menimpa seseorang muslim itu pasti akan diberi pahala oleh ALLAH S.W.T. . Sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi ❤ . Sebagai hamba, seseorang itu hendaklah sentiasa redha dengan ujian yang melanda . Orang yang redha akan menjadi hamba yang dikasihi oleh ALLAH ❤ . Apabila ALLAH mengasihi, maka tempat yang paling layak buat hamba yang redha ini adalah di sisi ALLAH di syurga kelak . In shaa ALLAH .
🍇 Oleh itu segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin merupakan penghapus dosa yang pernah dilakukan sebelum ini . Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpa sebagai nikmat dan menerima setiap musibah dengan redha akan mendapat balasan pahala daripada ALLAH selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya .🐰 So kesimpulannya kat sini, sayang2 semua 😘❤ jangan ingat ALLAH beri ujian atau dugaan tu nak susahkan kita & tak sayang kita , no ❌ tidak sama sekali. Sebenarnya ALLAH bagi dugaan tu semua sebab DIA sayang kat kita ❤ . Setiap dugaan yang ALLAH kirimkan kat kita, sebenarnya terselit hikmah .
🐰 Setiap dugaan yang kita terima tu semua sesuai dengan kemampuan kita ✨ , ALLAH tak kejam sayang2 semua , DIA tak kan beri dugaan tu melebihi kemampuan hamba-hambaNya . Dugaan2 yang kita dapat tu pun ajar kita erti kekuatan, ketabahan dalam masa yang sama kita pun makin matang ❤ betul tak ? 🙈💕
🐰 Dugaan yang kita dapat tu pun menyebabkan kita makin dekat dengan ALLAH 🙈❤ . Yelah, bila kita terima dugaan atau ujian tu mesti kita berdoa minta kekuatan daripada ALLAH kan 🙈💕 . ALLAH taknak kita lalai , ALLAH taknak kita hanyut . DIA sayang kita , DIA rindu kita . Dugaan atau ujian yang kita terima tu pun akan hapuskan dosa2 kita .
🐰 So, setiap dugaan atau ujian yang kita terima kita kena redha ✨ . Bila kita redha , percayalah kita akan rasa tenang sangat-sangat 🙈✨ .
Bersabarlah wahai Hati
Dalam kita menangis dipijak ujian,
Mungkin didalamnya terselit berjuta hikmah yang kita sendiri tidak tahu.Bersabarlah wahai Hati
Dugaan itu bukannya utk membuatkan kita lebih lemah, tetapi sebaliknya akan jadikan kita manusia yang lebih matang dan tabah dalam kehidupan.Pesan pada Hati,
"Ma Qadarallah Khayr"
Apa yang ALLAH takdirkan itu baik baik belaka. Maka bersangka baiklah pada qadha' dan qadharnyaWalau seremuk mana Hati,
Bentuklah ia semula,
Dan serahkan pada ALLAHALLAH Hears every unspoken word,
Sees every unseen wound,
Mends every unbearable pain
YOU ARE READING
Sharing Is Caring
आध्यात्मिकSekadar perkongsian. Semoga bermanfaat. Yang baik datang daripada Allah. Sebaliknya datang daripada saya sendiri.