Akhir Hayat Dengan Laailaa Haillallah

5 0 0
                                    

🍃السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh:  02 Februari 2018
               16 Jamadil Awal 1439
Tajuk:  Akhir Hayat dgn Laailaa
              Haillallaah
             
1) Firman Allah surah Az-zumar/11-14 bermaksud: "Katakanlah lagi (wahai Muhammad) ssungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengihlaskan segala ibadat kpdNya dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat bulat (kepada Allah)..................................................".

2) Kewajipan sebagai umat islam- beriman bahawa kehidupan dunia hanya sementara; akhirat tempat kekal selamanya; semuanya akan mati; melalui alam barzah; dihitung segala amalan samada ke Syurga atau Neraka.

3) Allah datangkan Rasul SAW- untuk bimbing manusia abdi diri kpdaNya; beriman kepada Allah dn RasulNya; perbanyakan amalan fardhu dituruti yang sunnat sunnat; menjauhi perkara makruh dan yang haram.

4) Firman Allah surah An-nahlu/61 bermaksud: "Dan kalaulah Allah menyiksa manusia disebabkan kezaliman mereka tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mreka hingga kesuatu masa yang tertentu......................................................".

5) Kalimah Laailaa Haillallaah Kalimah Agung yang perlu dijaga dan ditetapkan dihati kerana:-
5.1) Ia perkara pertama yang wajib diketahui dari rukun islam.

5.1.1) Firman Allah surah Muhammad/6 bermaksud: "............maka tetapkanlah pengetahuan dan keyakinan mu (wahai Muhammad) bahawa ssungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah ............................dan (ingatlah) Allah maha mengetahui akan keadaan gerak geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)".

5.2) Jaminan seseorang masuk ke Syurga dan terpelihara dari api Neraka.

5.2.1) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Barangsiapa berkata: Laailaa Haillallaah, Allah memasuknnya ke Syurga dan menjauhkanya daripada Api Neraka".
HR: Imam Ahmad

5.3) Mendapat syafaat Rasul SAW .

5.3.1) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Orang yang sangat berbahagia pada hari qiamat degan syafaatku ialah orng yg berkata Laailaa Haillallaah dgn ikhlas dari hatinya atau jiwanya".
HR: Ahmad

5.4) Kalimah yang Rasul SAW perjuangkan selama 13 tahun di Mekah.

5.5) Terpelihara dirinya hartanya dan pahalanya di sisi Allah.

6) Peringatan- manfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

7) Kematian- penamat segala ruang dan peluang untuk bukti keabdian kepada Allah; ssungguhnya mati, persoalan kubur, tiupan sangka kala, qiamat, hisab, Syurga dan Neraka itu semua adalah benar.

8) Firman Allah surah Al-mulk/2 bermaksud: "Dialah yg telah mentakdirkn adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha kuasa (membalas amal kamu) lagi maha pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

           باراك الله لي ولكم ...

*#kamiPerundingSahUnitAmanahSaham*

Sharing Is CaringWhere stories live. Discover now