🧡 Solat malam juga boleh disamakan seperti qiamullail. Qiamullail adalah memakmurkan dan menghidupkan waktu malam 🌌🌛dengan ibadat.
🧡 Pahala melakukan solat malam adalah berganda-ganda 😍 sooo korang tahu tak solat apa yang boleh dilakukan pada waktu malam? 😌
🧡Okay, kite straight forward je. So of course kan solat waktu malam yang kita boleh lakukan ialah solat- solat sunat💕 so, apa solat sunat yang boleh kita lakukan ea? Hehehe
Ada 6 solat-solat sunat yang boleh didirikan pada waktu malam.🧡 *Antara solat-solat sunat tersebut ialah:*
1⃣ *Solat Tahajjud*
~ Solat Tahajjud mempunyai banyak kelebihan antaranya mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya, dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin, percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana 💫, dimudahkan hisab ke atasnya, mendapat catatan amal dari tangan kanan dan doanya akan dikabulkan oleh Allah swt 😌Ha, banyak kelebihan solat Tahajjud kan? Tu baru solat Tahajjud ❣
💛“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’; 79)
2⃣ *Solat Taubat*
~ Selalu kita dengar, Allah akan turun di langit bumi ketika 1/3 malam setiap malam. Untuk apa ye ? 🤔
ALLAH berfirman; "Sesiapa yang berdoa kepadaKu akan Aku kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariku, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaku, akan Aku ampunkan. "(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Bestkan? 😍Kita mintak apa-apa, kita dapat.. Mesti semua berebut-rebut nakkan sesuatu perkara kan?
3⃣ *Solat Istikharah*
~ Solat Istikharah tak 🙅🏻♀ semestinya untuk mendapat petunjuk tentang jodoh sahaja tau 🤭😅 tapi juga elok untuk dilakukan sekiranya kita nak melakukan apa-apa tindakan atau nak mohon petunjuk dari Allah atas semua perkara. Kadang-kadang kita buntu kan, tak kisah lahhh buntu nak pilih universiti ke, nak pilih aliran apa ke ataupun nak buat sesuatu perkara.. Jadi istikharah lah jalan yang terbaik ☺.4⃣ *Solat Sunat Tasbih*
~Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun setahun sekali paling-paling tidak sekali seumur hidup. " Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini. 😌Takkan kita tak mampu nk dirikan dua rakaat kan? Malu dengan nabi yang ma'sum pun solat sunat selalu, apatah lagi kita hamba yang penuh dosa, Allahu 😔
5⃣ *Solat sunat Hajat*
~Dalam hidup di dunia ni, mesti semua orang ada hajat kan? Tak kiralah hajat dari segi apa-apa pun contohnya nak dapat result yang cemerlang dalam exam, nak sembuhkan penyakit atau nak dapat suami / isteri yang solehah 💖🙈 hm tak salah kita nak mintak apa pun dengan Allah tapi hajat yang baik tau 😉Allah adalah Maha Pemberi. Apa yang kita nak, hanya Allah tempat kita meminta. Itulah sebaik-baik cara bagi kita yang berkeinginan kerana semua yang kita nak datangnya dari Allah yang mengatur ✨ Lazimkan bercakap-cakap dengan Allah bukan sahaja di dalam solat bahkan di luar juga 😇.6⃣ *Solat Sunat Witir*
-Solat sunat witir adalah solat yang paling sedikit. Paling minumun ⬇ menunaikan solat witir adalah satu rakaat, tapi ramai yang malas nak solat witir 😔 kenapa ya? 🤔 Meh tgk apa kata Rasulullah, mesti lepasni dah tak malas nak buat kan 😊 .Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat witir walaupun sekali. Sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah; "Sesiapa yang tidak berwitir maka bukanlah dia termasuk golongan kami" (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Allahu, takkan korang taknak dibangkitkan nanti bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, orang yang berseri wajahnya 😍 bestkan?Siapa yang taknak mesti dia ni rugi buat seumur hidup 😔
Rasulullah bersabda ; "Sesungguhnya Allah SWTmenganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu solat witir " (Hadis Riwayat Al-Turmudzi dan Al-Hakim r.a)
🧡Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian, mungkin ada di antara kita yang merasakan sukar untuk memulakan amalan ini, jangan bimbang biasalah permulaan kepada perkara yang baik, memerlukan semangat dan azam yang tinggi 💪🏻 Namun ia akan menjadi lebih sukar kalau kita hanya mampu duduk dan menangis meratapi nasib. Apa pun ujian yang mendatang kecil atau besar, kita tidak punya kuasa untuk menolaknya melainkan kita perlu bangun dan terus berjalan ke hadapan.
🧡 Yakinlah bahawa hikmah di sebalik kepayahan bangun malam untuk menunaikan solat malam adalah hikmah yang amat besar, yang sedang menanti jika kita terus menerus istiqamah dalam menunaikannya 💞
🧡Jika hati kita ikhlas dan berazam untuk bangun, dengan sendirinya kita akan terjaga. AWAS! syaitan ada di mana-mana. Menunggu hanya akan memusnahkan azam yang kita bina. Malah pada waktu kita terjaga itulah, hati perlu betul-betul kuat. Jangan *melayan perasaan*, 'nantilah.. Nantilah.. ' terus bangun dan berwuduk 😌
🧡 Pada saat kita berasa ingin rebah, rupanya kekuatan untuk kita masih ada. Jika sebelum ini kita hanya mampu mendengar cerita orang tentang kenikmatan bangun dan bersolat di keheningan malam. Ayuhlah mencuba 🙌🏻 sulit untuk disebarkan kenikmatan yang datang, mungkin kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi namun hati ❤ akan menjadi lapang, jiwa seakan redha dan kaki 👣masih mampu melangkah melalui hari-hari 📆⏳ dalam hidup 👏🏻.
*DIA TETAP ADA*
Hening malam itu memintaku hadir,
Sepi malam itu memohon aku datang,
Seakan DIA menunggu penuh pengharapan,
Menunggu aku untuk tetap datang,
Sungguh pada saat sepi menggigit,
Rupanya aku tidak sendiri,
Sungguh pada saat perit tersepit,
Aku masih tidak sendiri,
Rupanya DIA tetap ada 💓
YOU ARE READING
Sharing Is Caring
SpiritualSekadar perkongsian. Semoga bermanfaat. Yang baik datang daripada Allah. Sebaliknya datang daripada saya sendiri.