💖IMAN ADALAH KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA💚
1.Kalimah syahadah menjadi ikatan ikhlas dan ihsan kepada Allah Swt.Ikhlas ini bermaksud selepas mengucapkan syahadah,redhalah apa sahaja perintah Allah dan lakukanlah suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya.Jika tidak, renungi amaran Allah kepada orang yang engkar.Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ أَعْمٰى
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."(Ta-Ha:124)2.Iman menyukai tempat yang bersih.Justeru sediakan tempat yang bersih untuknya ketika beribadat sama ada waktu zikir,solat dan sebagainya.Jika hati kotor dan rosak,sukar iman untuk masuk ke dalam hati seseorang.Sesiapa yang membangkang Allah Swt,misalnya membantah hukum-Nya dan sebagainya,itu adalah tanda seseorang itu tidak beriman.Di akhirat nanti,mulutnya tidak menjawab pertanyaan Allah kerana ada anggota lain yang akan bercakap benar kepada Allah menggantikan mulutnya.
3.Orang yang tidak beriman dan tidak bergantung kepada Allah,(apabila masalahnya terlalu banyak dan terus tertekan) " stres dan depress" maka dia akan mengambil tindakan membunuh diri.Balasannya, Allah menghukum mereka;
وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصٰرَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِۦٓ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِى طُغْيٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ
"Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung."(Al-An'am:110).4.Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya.Allah berjanji
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا
"... dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),"
(At-Talaq:2)5.Lakukan amal soleh.Hati jadi tenang dan bahagia.Segalanya serah kepada Allah.
مَنْ عَمِلَ صٰلِحًا مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثٰى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيٰوةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."(An-Nahl :97)Kuliah Maghrib:🌖
Us. Azman b.Abd.Halim
(gambar di bawah)
Rujukan: Buku لا تحزن📖Catatan:✒
Hj.Mohd Yasinb.Hj.SulaimanTarikh:📋
21hb.Januari 2018

ANDA SEDANG MEMBACA
Sharing Is Caring
SpiritualSekadar perkongsian. Semoga bermanfaat. Yang baik datang daripada Allah. Sebaliknya datang daripada saya sendiri.