Reda Allah

6 0 0
                                    

السلام عليكم ورحمة الله
Salam jumaat sayyidul ayyam

Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara daripada perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, *"Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda."* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapangi dan bahagia.

KITAB *Mukasyafatul Qulub*,
KARYA
*Imam Al-Ghazali*.

Sharing Is CaringWhere stories live. Discover now