Because You Are Beautiful

10 0 0
                                    

💓 Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah sunnatullah selamanya kita yang menjadi jahat akan terus menjadi jahat dan begitulah sebaliknya selamanya kita yang menjadi baik akan terus menjadi baik. Hakikatnya segalanya bermula dalam diri andai adanya *iman✨*. Baiknya Allah kerana sebanyak manapun dosa yang telah kita lakukan, pintu taubat-Nya sentiasa ada buat kita hamba-Nya yang serba khilaf ini.

💓 Banyak cara untuk kita berubah menjadi lebih baik sebenarnya bilamana titik KESEDARAN itu telah mula hadir dalam diri kita. So  ada 10 cara untuk membentuk diri kita menjadi seorang yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam. And Yes, because You're Beautiful! 🌸😍

1⃣ Memiliki *SALIMUL AQIDAH* [Aqidah yang sejahtera]  dalam diri

~Langkah untuk menjadinya;
🍩 Tidak mengkafirkan orang islam
🍩 Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
🍩 Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah pada uluhiyyah dan rububiyyah
🍩 Tidak mensyirikkan Allah pada asma', sifat dan af'alnya
🍩 Menguasai mazhab-mazhab Islam
🍩 Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
🍩 Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
🍩 Merasai kemanisan iman, ubudiyyah dan kewujudan malaikat

2⃣ Mengamalkan *SHAHIHUL IBADAH* [Ibadah yang betul]

~Langkah untuk menjadinya;
🍭Khusyuk dalam solat
🍭 Qiam 1x seminggu
🍭 Bersedekah
🍭 Puasa sunat 2x sebulan
🍭 Memelihara anggota
🍭 Mengerjakan haji jika mampu
🍭 khusyuk ketika membaca AlQuran
🍭 Khatam AlQuran 1x setiap 2bulan
🍭 Banyak mengingati Allah dan hafal ayat Allah mana yang mampu dan istiqamah menghafaz.
🍭 Banyak bertaubat
🍭 Amar makruf nahi mungkar

3⃣ Memiliki *MATINUL KHULUQ* [Akhlak yang mantap]

~Langkah untuk menjadinya;
🍟Tidak membantah
🍟Tidak banyak mulut
🍟 Sedikit senda gurau
🍟Tidak berbisik perkara kebatilan
🍟Tidak berhasad dengki
🍟 Rasa malu melakukan kesalahan
🍟 Lembut dan berani
🍟 Berterima kasih kepada orang yang melakukan kebaikan

4⃣ Menjadi seorang yang *QADIRUN' ALAL KASBI* [Mampu berdikari]

Okayh, berdikari macam mana ya?🤔  So berdikari yang dimaksudkan adalah seperti;
🍡 Bekerja dan berusaha
🍡 Tidak terlalu bergantung kepada manusia
🍡 Sentiasa berusaha
🍡 Sederhana dalam berbelanja
🍡 Utamakan syarikat-syarikat dan produk-produk orang Islam

💓 Berkenaan berbelanja dengan sederhana, orang sekarang ni mostly selalu membeli mengikut kehendak dan bukannya keperluan, so lets kita latih diri untuk membeli betul-betul mengikut keperluan kerana dalam kita berjimat, duit-duit yang lain kita boleh guna untuk bersedekah dan membeli makanan untuk fakir miskin dan seiring dengannya 💞semoga setiap apa yang kita lakukan akan diberkati 😌

5⃣ Menjadi seorang yang *MUTSAQQAFUL FIKRI* [Luas pengetahuan]

~Langkah untuk menjadinya;
🥨 Hafal serta membaca secara bertajwid dua juzuk AlQuran
🥨 Membaca tafsir sebanyak dua juzuk AlQuran
🥨 Menghafal hadis-hadis
🥨 Tahu fiqh
🥨 Mengetahui *isu-isu umat islam* dalam dan luar negara
🥨 Tahu apa kerugian dunia dengan kemunduran Islam.

6⃣ Memiliki *QAWIYYUL JISMI* [Tubuh badan yang kuat]

~ Langkahnya?
🍧 Makan makanan yang berkhasiat
🍧 Mengatur jadual makanan 🕗🕛
🍧 Bersenam 10-15 minit sekali sehari
🍧 Merawat diri jika sakit

💓 okayh back to the point last, sometimes orang yang sakit ni kadang-kadang sakit sikit pun dah merungut payah nak buat ibadat apa semua tp sebenarnya dengan ibadat kita akan lagi kuat and inshaallah sakit kita ni akan beransur kurang apatah lagi kalau membaca ayat AlQuran 💞

7⃣ Menjadi seorang *MUJAHIDUN LINAFSIHI* [bermujahadah]

~ Langkahnya ialah...
🍯Lawan dorongan nafsu
🍯Sentiasa niat berjihad
🍯Sabar di atas ujian dan dugaan
🍯Bersedia menanggung bebanan dakwah

8⃣ Menjadi seorang yang *MUNAZHIZHOM FI SYUUNIHI* [berdisiplin]

~ so hows?
🍵 Solat mengikut waktunya
🍵 Menjaga waktu kerja

9⃣ menjadi seorang yang *HARISHUN ALA WAQTIHI* [Menjaga masa]

~Caranya ialah;
🍰Mengisi masa dengan perkara bermanfaat seperti membaca AlQuran ataupun mendengar ceramah
🍹 sentiasa menepati masa

🔟 Menjadiseorang yang *NAFIUN LI GHOIRIHI* [bermanfaat]

~langkahnya;
🍼 Memberi khidmat umum kerana Allah
🍼 Memberi apa yang dimiliki
🍼 Menggalakkan kebaikan
🍼 Menolong orang dalam kesusahan
🍼 Cuba memenuhi keperluan orang lain

💜 "Sekiranya kabur pada kamu dua perkara, perhatikan yang mana terasa berat bagi nafsu lalu ikutlah kerana tidak ada yang terasa berat bagi nafsu kecuali perkara itu BENAR.. "
[Ibnu Athillah]

💓 Apabila jejaknya kaki kita di bumi waqqafan atau bumi tarbiah, kita umpama sebiji benih, tatkala keluarnya ia dari medan itu, terbentuklah ia menjadi beberapa keadaan.. 'Di mana kita?? '

1. Layu di sini, subur di luar
2. Subur di sini, layu di luar
3. Layu di sini, layu di luar
4. Subur di sini, subur di luar

💓 Orang yang ber *SYUKUR* sentiasa malu untuk dimiliki selain oleh Allah. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagian dalam hidupnya.. 'Ya Allah, sudilah kiranya Engkau memandang kami dengan pandangan rahmatMu.. Allahurabbi pimpinlah kami ya Allah..

*Dunia ni tipu je awak :'))*

Sharing Is CaringWhere stories live. Discover now