Bab 3-Berubah

8K 109 20
                                    

Setahun kemudian...

Malas aku menjadi-menjadi bila masuk ke kelas ni. Tahun ni aku akan menduduki peperiksaan SPM. Mama kata aku tk boleh main-main lagi. Tapi aku rasa aku lagi byk main-main ada la dari belajar. Aku punya sifat "playgirl" makin menjadi-jadi kat sekolah ni. Jgn kata adik angkat, "girlfriend" angkat pun bertukar-tukar okay.

Flashback

Masuk tahun di mana aku boleh main-main kerana SPM tahun depan. Sejak kejadian aku berjumpa dgn Aina di bandar, sehingga sekarang aku tidak berjumpa dgn dia lagi. Aku dpt tahu yg dia telah berpindah ke sekolah lain. Jujur hati aku sakit dan kecewa.

"Far kau ada tanya Aina tk kenapa dia pindah sekolah?" Tanya Izwani

"Tah la, aku malas nk amik tahu pasal dia lagi" jelas aku. Izwani dan Laila tahu tentang apa yg berlaku antara aku dan Aina

"Kau tk try contact dia ke?" Tanya Laila pula

"Buat apa wei aku nk cari dia lagi ? Aku dh buang jauh-jauh dia dlm hidup aku." Jelas aku sedikit marah

"Alaaa relax la, aku dgn Laila cuma nk ambil berat pasal kau je. Okay tk ckp dh pasal dia" pujuk Izwani sambil memberi isyarat mata pada Laila

"Ye Far, sorry la kalau kiteorg buat kau marah. Kau tahu la kan Izwani ni mcm mana? Kepoh gila" gurau Laila

"Aku pula kau kata kepoh ? Kau tu pun sama je. Aku tanya Far asl kau menyampuk jugak?" Izwani tidak puas hati

"Dah-dah jgn nk gaduh depan aku. Aku ketuk kepala sorang-sorang baru tahu. Dah jom masuk kelas. Jap gi mesti si singa tu bising tgok kita masuk lambat" aku malas melayan kerenah kawan-kawan aku

Dlm pejalanan masuk ke kelas tiba-tiba ada seorang junior menahan aku

"Akak, ni ada org bgi surat" kata junior itu sambil tersipu malu

"Siapa bagi ni?" Tanya aku

"Akak bukak nanti akak tgok la" dia pantas berlalu pergi

"Pehhh Far makin hot sekarang. Asyik dpt surat dari peminat je ni" ejek Izwani

"Diam la kau. Hahahaha" aku terus masuk ke kelas

......................................................................................

Aku campak beg aku di atas kati dan terus melabuhkan bdn aku tanpa menukar baju yg aku pakai. Aku tk tahu apa yg penat sgt hari ni. Aku terfikir kan Aina. Aku masih lagi tk boleh melupakan dia. Sedang aku mengelamun tiba-tiba aku teringat akan surat yg di beri junior tadi. Aku lantas menyelongkar beg aku mencari surat tersebut.

"Hi, kak Far. Sebenarnya saya lama suka dekat akak. Tapi saya malu nk cakap. Dari mula-mula saya nampak akak masa hari sukan sekolah yg lepas saya terus tk boleh lupa pasal akak. Saya tahu akak ramai peminat. Agak-agak akak baca tk surat saya ni? Akak, kalau saya nk jumpa akak dekat taman area rumah akak boleh pukul 5 ptg hari ni? Terpulang akak la nk dtg ke tk. Saya ada dekat sana sampai 5.30 pm."

Aku tenung surat itu lama. Ini bukan yg pertama, sudah byk kali aku mendapat surat mcm ni tapi kali ni aku rasa lain. Mungkin dia ni boleh tolong aku lupa kan Aina.

"Patut ke aku dtg jumpa budak ni?" Kata aku dlm hati

......................................................................................

5.10 pm

Aku datang dan duduk di salah satu bangku yg ada di taman tersebut. Tiba-tiba ada seseorang datang dan duduk di sebelah aku.

ChangeWhere stories live. Discover now