Bab 5-Sakit

6.6K 87 0
                                    

Lagi beberapa bulan sahaja peperiksaan SPM akan belangsung. Aku melihat jam tangan yg diberikan oleh Ju kepada aku, lagi beberapa jam sahaja masa utk pulang. Aku seperti biasa tidak langsung pulang ke rumah, tapi aku melepak di sekolah sehingga waktu petang. Ada saja aktiviti yg aku akan lakukan di sekolah. Mcm-mcm kelab aku masuk utk menghilang kan bosan aku. Aku sudah tidak berani utk berlaku curang di belakang Ju. Aku sgt sayang denganya. Selepas kami meraikan anniversary kami yg lepas, aku sudah bertekad utk berubah dan hanya Ju seorang sahaja pasangan aku.

"Far, hari ni kita kena jaga koperasi kan ?" Tanya Izwani pada aku

"Eh, hari ni hari apa ?" Aku bertanya pada Izwani

"Kau ni, hari ni kan hari selasa. Hari kita jaga koperasi. Kau jgn nk lari eh" Izwani memberi peringatan pada aku

"Ohh, sorry la aku lupa. Alaaa, bukan aku lari pun. Kau tu je selalu hilang tinggalkan aku sorang-sorang" kata aku. Aku dgn Izwani adalah ahli koperasi sekolah. Setiap ahli koperasi sekolah akan diberi tugas utk menjaga koperasi sekolah tiap petang utk pelajar-pelajar junior. Aku dan Izwani ditugaskan utk menjaga koperasi sekolah pada setiap hari selasa

"Haha, aku hari ni rajin okay. Aku tinggalkan kau sorang-sorang bukan selalu pun." Izwani memberi alasan

"Ahhhh, kau tk payah nk bgi alasan dekat aku. Aku tahu kau gi dating je kan selalu ? Tk payah nk tipu aku. Ptg ni kau hilang siap kau eh" aku memberi amaran. Aku tahu Izwani selalu menghilang kerana pergi berdating dgn adik angkat nya.

"Yeee, aku suruh dia hari ni jaga koperasi dgn aku. Kau jgn risau eh" Izwani memujuk aku

"Haaa aku nk tgok ada ke tk kau ptg ni" kata aku malas mahu melayan Izwani. Tetapi aku tidak kisah kerana aku sudah masak sgt dengan peragai Izwani ni. Kata tk serupa bikin.

"Aku tahu kau sayang aku kan Far ? Hehehe" Izwani menyiku lengan aku

"Takda maknanya" aku buat muka malas melayan Izwani

"Okay Fine" Izwani terus diam

"Lantak kau la eh. Hahaha" aku terus mengambil beg aku dan keluar dari kelas. Lonceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu sekolah utk sesi pagi sudan selesai. Aku terus pergi ke bilik persalinan utk menukar baju sukan. Aku lebih selesa memakai baju sukan daripada memakai uniform sekolah. Waktu rehat pelajar sesi petang ialah pada pukul 3pm-4pm dan pada waktu itu koperasi sekolah akan di buka.

"Baru pukul 2.30 petang ni. Ada masa lagi" kata aku dlm hati sambil melihat jam tangan.

"Hoi Far !" Izwani menepuk aku dari belakang tiba-tiba

"Menda kau ni ?! Terkejut aku." Aku memarahi Izwani

"Hehe, sorry la. Aku tgok kau jalan laju sgt sampai aku panggil pun tk dengar. Fikir apa kau ? Ni kau nk gi mana ? Kejap lagi dh nk pukul 3 ni" kata Izwani mengigatkan aku

"Tahu la, aku nk pergi jumpa Ju kejap. Tpi mcm tk sempat je. Kau dh amik kunci belum ?" Tanya aku

"Dah ni awal-awal aku mintak kat Cikgu Hanim." Kata Izwani sambil memberi aku kunci tersebut

"Haaa, dh jom la. Aku rasa Ju pun dh balik ni." Aku menukar arah jalan ku ke koperasi sekolah sambil diikuti oleh Izwani

Aku dapat rasakan yg Ju mahu memberitahu aku sesuatu pada hari ni. Tadi pada waktu rehat aku lihat Ju tiada mood mahu berbual dgn aku. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Nak di katakan aku bergaduh denganya memang tidak ada. Lagi pun hubungan kami semakin baik selepas kami meraikan anniversary kami yg lepas. Tetapi dia sgt lain pada hari ini.

"Wei, kau tahu tk sejak aku upload gambar kau berdua dgn Ju hari tu kat fb ramai dh tahu pasal relationship korang." Kata Izwani

"Aku tahu, aku dh ckp dh bgi aku personal kan gambar tu semua. Kau pergi upload dekat fb kenapa ?" Tanya aku. Sebenarnya aku agak begang dgn Izwani kerana dia terus sahaja upload semua gambar aku dgn Ju di fb tanpa meminta izin aku dahulu. Di sebabkan itu juga ramai org terkejut dgn hubungan kami kerana sebelum ini aku hanya terkenal dgn hubungan adik dan kakak angkat sahaja. Tidak lebih dari itu. Bukan apa, aku tahu ramai sahaja di sekolah aku yg mempunyai hubungan sosang begini dan mereka sudah biasa, tetapi bagi aku ini adalah hubungan pertama aku dan aku tidak suka dihebohkan.

ChangeWhere stories live. Discover now