Sebulan berlalu, aku sudah dpt biasa kan diri dgn persekitaran kem ini. Aku agak rapat dgn Mimi. Dia tahu akan perasaan aku yg suka kan perempuan dan dia tidak kisah. Aku senang berkawan dgn nya kerana Mimi seorang yg open minded. Bagi Mimi tidak perlu utk menidas seseorang dari personality mereka. Setiap manusia berbeza-beza. Mimi juga pandai bermain gitar. Sedikit sebanyak aku ada belajar bermain gitar dgnnya.
"Wei, Aina ada kacau kau tk ?" Tanya Mimi pada aku. Ketika itu kami melepak di bilik rehat.
"Biasa la dia, jumpa aku ada je nk kacau. Tpi aku buat tk tahu je la" kata aku
"Dari cerita yg kau bagi tahu aku la kan, aku rasa yg Aina tu ada masalah hati" kata Mimi
"Menda plak masalah hati ? Dia tu mental kau tahu tk ? Sah-sah la dia dah ada boyfriend, lepas tu sebok nk kacau-kacau aku, lain la kalau dia single. Lama dah aku terima dia" kata aku lagi
"Itu dulu wei, dua tahun lepas. Ni sekarang, kau tk rasa yg dia dh putus dgn boyfriend dia tu ? Aku tgok cara dia pun mcm nk dekat dgn kau. Cuba kau tanya dia" Mimi memberi pandangan
"Entah la wei, nanti-nanti la aku tanya dia" aku menjawab sambil lewa. Aku malas nk amik pusing hal Aina. Yg aku tahu aku nak cepat-cepat habis kan latihan ini. Jujur aku katakan yg perasaan aku dekat Aina dulu datang kembali, tetapi dlm masa yg sama aku masih teringkan Ju.
"Haa, yela Far. Ikut kau, aku bagi pendapat je. Yela dari aku tgok kau asyik ignore si Aina tu. Sian aku tgok dia" kata Mimi lagi
"Haaa tu, panjang umur kau ckp pasal dia." Aku separuh membisik kepada Mimi. Tiba-tiba sahaja Aina masuk bersendirian bersama mug air di tangan.
"Hai Mimi, hai Far. Boleh aku join duduk tk ?" Aina terus duduk di sebelah aku. Kebetulan Mimi duduk di kerusi yg memuatkan satu org manakala aku duduk di kerusi utk dua org duduk.
"Dah duduk pun kan ? Baik tak payah tanya" kata aku sambil mata tertumpu di screen tv. Aku tidak melihat Aina langsung.
"Kau ni Far, biar la Aina join kita. Lagi pun bukan ada siapa dekat dlm ni. Kita dua je dari tadi. Ni ada Aina ramai la sikit" Mimi segaja mahu kena kan aku
"Kau nk tgok tv ke nk cari pasal dgn aku ?" Aku sudah mula naik angin
"Eh relax la Far, kalau aku kacau kau dgn Mimi aku boleh pergi." Aina sudah mahu bangun meninggalkan kami
"Eh Aina, takpa kau duduk je sini. Pedulikan Far tu, dia tiba-tiba ada angin kus-kus dtg memang mcm ni" kata Mimi pada Aina
Aku hanya mendiam kan diri. Aina tidak jadi pergi. Dia diam sambil melihat screen television. Kami bertiga diam selama beberapa minit.
"Eh Mimi, aku gerak bilik dulu la. Dah mengantuk ni" aku tiba-tiba bgun
"Eleh, relax ar. Malam masih muda. Takpa la kalau kau nk pergi bilik, aku nk lepak sini jap." Kata Mimi
"Haa okay" aku terus keluar meninggalkan Mimi dan Aina
"Mimi, aku pun nk masuk bilik. Kau okay ke sorang-sorang ni ?" Aina bertanya pada Mimi
"Aku okay je, kau pergi la." Mimi membalas
"Okay bye." Aina keluar
"Far, ikut aku jap" Aina tiba-tiba menarik tangan aku
"Pehal kau ni ?" Aku melepaskan tangan aku dari pegangan Aina. Kami berdua berada di belakang koridor asrama. Lagi 20 minit lampu akan ditutup dan kami semua dikehendaki utk masuk ke bilik utk tidur. Kami tidak dibenarkan utk berlegar-legar di luar bilik.
YOU ARE READING
Change
RandomFar tk pernah terfikir yg dia akan suka dgn kaum sejenis. Sejak dari kecil dia dibesarkan dikelilingi dgn kawan-kawan lelaki dan menjadikan dia bersifat seperti lelaki sehingga menigkat dewasa. "Aku suka kau Far" - Aina "Wei Aina, kau tahu kan aku...