"Far, kau okay tk ni ?" Tanya Laila pada aku
"Kau rasa aku okay ke tk ?" Aku tanya Laila kembali.
"Dah la Far, dia pun dh tk fikir pasal kau, buat apa kau nk fikir pasal dia ? Kau tgok dia sekarang happy je dgn boyfriend baru dia tu. Siap post sana sini konon acah-acah sweet. Masa dgn kau dulu takda plak nk tunjuk-tunjuk. Geram je aku. Ish !" Izwani membebel kepada aku.
Aku hanya mendiam kan diri. Memang betul apa yg Izwani kata kan. Ju sudah melupakan aku. Selepas dia minta putus dari aku, tidak sampai sebulan dia sudah ada org lain. Selepas kejadian itu aku agak murung dan tiada semangat untuk belajar. Kini sudah hampir 3 bulan dan lagi beberapa bulan sahaja SPM akan belansung. Sehingga sekarang aku masih tidak tahu kenapa Ju meninggalkan aku. Aku cuba utk menalifon, text, dm di fb tetapi dia telah block aku di semua media sosialnya. Di sekolah juga aku tidak dpt berjumpa dgn nya kerana dia selalu bersama kawan-kawannya.
"Ish kau ni Iz, tk payah nk igt kan Far boleh tk ?" Marah Laila kepada Izwani
"Alaa, aku geram sgt. Ju buat kawan aku mcm ni kot. Siapa tk begang. Dh la tk bgi tahu sbb lepas tu terus mintak putus." Sekali lagi Izwani melepaskan geramnya
"Biar la dia. Aku okay je ni. Dari dengar korang bertekak baik aku buat benda lain. Aku nk pergi library ni, nk ikut tk ?" Tanya aku pada Laila dan Izwani.
"Haaa jom la. Tinggal kan Iz ni. Biar dia bebel sorang-sorang" Laila sudah bgun mahu meninggalkan kantin
"Alaa, aku nk ikut !" Laju sahaja Izwani bgun
Aku terus bgun dan berjalan pergi. Malas aku mahu memdengar mereka berdua bertekak. Lagi-lagi aku tadi perasan yg Ju lalu di belakang Laila dan Izwani sambil ketawa bersama kawan-kawannya. Aku lihat dia mcm tiada rasa bersalah langsung dengan aku. Aku tekad yg aku akan cuba juga utk cari masa berjumpa dgn Ju.
......................................................................................
Hari berganti hari dan tanpa sedar lagi seminggu SPM akan belansung. Aku sudah boleh menerima yg Ju bukan lagi bersama aku. Sehingga sekarang aku masih tidak tahu apa punca Ju minta putus dgn aku. Aku masih berfikir tentang perkara itu tetapi SPM lagi penting bagi aku. Soal Ju aku letak tepi dulu dan aku bzy kan diri dengan kawan-kawan aku yg lain.
"Far, kau punya nama kena masuk PLKN wei" Izwani mcm biasa lebih kepoh tentang hal begini.
"Mana kau tahu ?" Tanya aku. Aku tahu yg sekarang agak kecoh tentang nama-nama yg tercalon ke PLKN . Selepas habis SPM akan ada beberapa org akan dipanggil ke PLKN dan aku tidak mengharapkan aku akan dpt masuk.
"Aku tgok list nama dekat Cikgu Said tadi. Aku perasan nama kau je. Aku dgn Laila tk dpt. Cuba kau cek online, aku tk tahu la betul ke tk kau kena" terang Izwani
"Haaa balik nanti aku cek, jgn la list Cikgu Said tu betul" aku mengeluh. Aku tidak kisah akan aktiviti lasak, yg aku kesah kan aku akan berada dia sana selama 3 bulan. Ada juga aku dengar-dengar yg sesiapa yg tercalon ke PLKN akan dibuli. Biasa la mulut-mulut org bercerita.
Balik sahaja rumah aku terus membuka computer aku. Aku melayari web PLKN utk membuat semakan dan apa yg Izwani katakan memang betul, aku tercalon pergi ke PLKN. Aku hampa. Bukan aku tidak aktif di sekolah. Yg aku tahu sesiapa yg kurang aktif di sekolah akan ada kemungkinan besar dapat ke PLKN. Nasib aku baik kerana aku kena pada panggilan yg pertama pada bulan Januari. Aku turun mahu memberitahu mama.
"Ma, Anna dpt masuk PLKN" aku memulakan bicara. Mama yg sedang memotong buah berhenti
"Bagus la, bila nya ?" Tanya mama pada aku
"Anna kena panggilan pertama. Bulan Januari. Mama kena ckp dgn abah la." Kata aku
"Oh, sebulan lagi la ni. Nanti mama ckp dgn abah. Boleh beli brg sikit-sikit. Anna tu dh sedia dgn SPM ?" Tanya mama lagi pada aku
YOU ARE READING
Change
RandomFar tk pernah terfikir yg dia akan suka dgn kaum sejenis. Sejak dari kecil dia dibesarkan dikelilingi dgn kawan-kawan lelaki dan menjadikan dia bersifat seperti lelaki sehingga menigkat dewasa. "Aku suka kau Far" - Aina "Wei Aina, kau tahu kan aku...