Minggu terakhir utk semester pertama. Kami semua sibuk dgn final exam dan selepas itu kami akan bercuti selama dua bulan. Family aku sudah mengenali Sarah kerana tiap minggu aku akan balik ke rumah family aku dan Sarah ikut bersama aku. Family aku juga sudah menggangap Sarah sebagai ahli keluarga mereka. Sarah jarang balik ke rumah familynya kerana dia berasal dari Kuala Lumpur. Lagi pula Sarah berkata padaku yg tidak lama lagi ibu dan ayahnya akan tinggal di Kelantan. Di sebabkan Bandar Penawar dan Johor Bahru jaraknya hanya 1 jam perjalanan, aku selalu balik pada tiap minggu. Tetapi pada cuti semester yg pertama ini aku bercadang mahu ikut Sarah balik ke rumah Family nya di KL dan mama aku juga membenarkan. Sarah kata yg family nya juga sama mcm family aku, tidak kisah akan kawan-kawan yg Sarah bawak balik. Aku akan hanya menginap selama seminggu di rumah Sarah dan akan kembali ke JB utk berkerja sementara waktu.
"Far, kau ikut Sarah balik KL kan ?" Tanya Zue pada ku. Pada masa itu kami sedang belajar bersama-sama di ruang tamu
"Haah, tapi seminggu je. Asl ?" Tanya aku
"Then motor kau mcm mana ? Tk kan nk tinggal ?" Tanya Zue lagi
"Owh, aku balik rumah aku dulu hantar motor then aku dgn Sarah naik bus gi KL. Gila nk tinggal motor aku, bising ayah aku nanti" kata aku
"Mana la tahu kau tinggal. Bahaya kot, bukan nya sekejap kita cuti. Dua bulan pulak tu" kata Zue
"Hahahaha, tahu pun" aku gelak
"Sarah mana ? Aku dari tadi tk nampak dia" tanya Zue lagi
"Dia pergi rumah kawan dia study sama-sama. Apa kau igt aku 24 jam dgn dia je ke ?" Kata aku
"Takda la, aku tanya je pun. Wei aku nk tanya kau sikit ni" Zue mcm takut-takut mahu tanya aku
"Tanya apa ?" Aku membalas
"Kau dgn Sarah tu ada pape ke ?" Tanya Zue
"Aku dgn Sarah ? Takda la, aku kawan je la dgn dia. Lagi pun dia dh ada org yg dia suka" kata aku.
Sehingga ke hari ini aku tidak tahu siapa yg Sarah suka. Kadang-kadang aku lihat Sarah akan terseyum sendiri semasa bermain phone. Mungkin dia sedang text dgn org yg dia suka. Aku hanya memerhati kerana aku tahu yg aku tiada hak mahu halang Sarah berkawan dgn sesiapa pun walaupun hakikatnya yg hati aku sakit sgt. Aku tidak tahu kenapa yg aku sudah tidak fikirkan Ju lagi. Mungkin perasaan aku telah berubah ke Sarah. Aku pun tidak tahu.
"Aku igt kan kau dgn dia. Yela rapat semacam je aku tgok" kata Zue lagi
"Tak la, aku kawan je dgn dia. Dah la kau tak payah nk bzy body eh. Kalau aku ada pape dgn dia aku bgi tahu kau. Dah aku nk study" kata aku yg sudah malas mahu fikir tentang Sarah
"Yelaa" Zue tidak menyoal aku lagi.
.............................................................................
"Awak cepat la, dh nk pukul dua ni" kata Sarah pada ku
"Jap, nk pastikan brg apa yg kena bawak ni" aku membalas
"Awak tu seminggu je pun kat rumah saya. Tk payah nk bawak brg byk-byk" kata Sarah lagi
"Okay-okay jom" aku terus keluar dari bilik diikuti oleh Sarah.
Ketika itu kami akan berangkat ke KL pada jam 2.30pm. Aku lihat abah sudah menunggu di dlm kereta utk menghantar kami ke terminal bus. Aku agak takut mahu berjumpa dgn family Sarah. Sarah adalah anak terakhir dlm keluarganya. Sarah juga satu-satunya anak perempuan di keluarganya. Dia mempunyai lima org abg. Disebabkan itu dia agak manja dan kurang berdikari.
Di dlm bus aku hanya tidur kerana aku agak mabuk bus. Awal-awal aku sudah memberitahu Sarah yg aku akan tidur di dlm bus. Sarah memahami aku dan tidak kacau aku di dlm bus sehingga kami sampai KL dgn selamat. Sampai sahaja di terminal bus, ayah Sarah sudah menunggu utk menjemput kami. Family Sarah menyambut aku dgn baik sekali. Abang-abang nya juga tidak sombong dan suka bergurau. Sarah sudah macam-macam plan mahu membawa aku ke sana sini selama seminggu ini. Bukan aku tidak pernah tinggal di KL sebelum ini, cuma aku sudah lupa jalan di KL ini.
Selama seminggu ini aku hanya mengikut Sarah berjumpa kawan-kawan nya sahaja di sekitar KL. Tiap-tiap hari aku dan Sarah keluar pusing-pusing KL. Esok aku akan berangkat balik ke JB kembali dan dlm masa dua bulan aku tidak akan jumpa Sarah. Aku mahu bertanya siapa yg Sarah suka tetapi aku takut aku yg tidak dpt menerima berita baru itu. Kesudahannya sehingga aku sampai ke JB aku hanya mendiamkan diri.
.............................................................................
Ting !!
Tanda ada WhatsApp masuk. Waktu itu kebetulan aku sedang rehat. Aku bekerja sementara waktu di sebuah kedai makan di bandar."Awak" satu WhatsApp dari Sarah masuk.
"Yup" aku membalas
"Bzy ke ?" tk sampai satu minit Sarah sudah membalas
"Tak, tgh rehat. Jap lagi masuk la ni" aku membalas lagi
"ohh okay, saya ada benda nak bagi tahu awak. Malam nanti awak WhatsApp saya k ?" Sarah membalas
"Okay babe" aku membalas dan terus menyimpan hp aku. Aku terfikir apa yg penting sgt sampai Sarah tidak mahu memberitahu aku sekarang juga. Malas mahu fikir panjang aku terus masuk ke kedai.Malam nya selepas balik dari kerja aku terus membuka WhatsApp aku. Aku lihat ada dua text dari Sarah menayakan aku sudah balik kerja ke belum. Aku melihat jam, sudah masuk pukul 12 tengah malam.
"Awak, saya baru balik ni" aku membalas
Aku menunggu hampir 10 minit. Hanya double ticks tapi tidak dibaca.
"Mungkin tidur kot" aku bicara sendiri. Aku campak hp aku atas katil dan terus masuk ke bilik mandi membersihkan badan.
Selepas mandi aku lihat tiada respond dari Sarah. Aku menggangap yg Sarah sudah lena.
"Awak tidur ke ? Sorry buat awak tunggu. Good night ❤️" aku memberi WhatsApp terakhir dan terus terlelap kerana terlalu penat bekerja seharian.
Ting !!
Aku tersedar dari tidur. Aku melihat phone aku . Sarah membalas WhatsApp aku. Aku buka dan membaca sekali imbas. WhatsApp yg Sarah bagi agak panjang, setelah membaca aku terus terlelap kembali."Anna ! Tak kerja ke ?!" Mama kejut aku dari tidur.
"Aaa, pukul berapa ma ?" Aku mamai
" 10 pagi dh ni." Mama membalas
"Owhh, Anna cuti hari ni" balas aku
"Tak kerja pun, bgun la. Anak dara mana elok bgun lambat-lambat" bebel mama dan terus keluar dari bilik aku
"Yela, bgun ni" balas aku malas.
Aku terus mencapai hp aku. Aku rasa yg semalam aku bermimpi yg Sarah ada membalas WhatsApp aku dan apa yg Sarah katakan itu tidak masuk akal langsung. Aku membelek laman instagram aku tanpa membuka WhatsApp aku. Setelah puas baru aku tergerak hati mahu membuka WhatsApp aku melihat kalau ada benda yg aku terlepas pandang dan aku terkejut kerana memang Sarah ada membalas WhatsApp aku semalam.
"Awak, saya nk jujur dekat awak. Saya tak tahu kenapa perasaan ni boleh tetiba muncul. Saya rasa saya dah sayang dekat awak. Saya kalau boleh taknk tgok awak layan perempuan lain. Saya tak tahu kenapa saya mcm ni. Sebenarnya dah lama saya pendam. Saya takut nk bagi tahu awak sbb saya tahu awak still tk boleh nk lupa kan ex awak kan ? Saya kalau boleh tknk awak tahu tapi makin lama saya pendam makin sakit. Saya ambil risiko jujur dgn awak sbb saya dah tak boleh nk simpan. Now, it's up to you nk bgi keputusan apa pun. Saya terima." Sarah membalas WhatsApp aku dgn panjang lebar.
Aku hanya diam terkaku sambil menatap lama hp aku. Tiba-tiba aku lihat Sarah online dan aku terus menutup aplikasi WhatsApp aku serta merta.
"Apa aku nk jawab ni" aku buntu..
YOU ARE READING
Change
LosoweFar tk pernah terfikir yg dia akan suka dgn kaum sejenis. Sejak dari kecil dia dibesarkan dikelilingi dgn kawan-kawan lelaki dan menjadikan dia bersifat seperti lelaki sehingga menigkat dewasa. "Aku suka kau Far" - Aina "Wei Aina, kau tahu kan aku...