Bab 7-Takdir

4.3K 86 4
                                    

"Anna ! Kenapa lambat sgt tu ? Cepat la, dah pukul berapa ni." Jerit mama dari bawah

"Okay ma jap, Anna turun" aku cepat-cepat mencapai beg galas aku serta beg baju aku. Hari ini hari daftar aku ke PLKN. Tiga bulan aku akan berada di pusat latihan tersebut. Laila dan Izwani sudah bekerja sementara dia sebuah kedai serbaneka. Aku sahaja yg harus pergi ke PLKN. Aku tiada semangat mahu pergi, semalam pun mama yg kemas kan baju aku. Nak mengharapkan aku, memang sampai ke hari ini tk terkemas semuanya.

"Kenapa la lambat sgt ? Mama dgn abah lama dah tunggu ni. Letak beg dekat belakang cepat. Dh lambat ni" bebel mama padaku

"Ye ma" aku hanya menjawab sepatah.

Di dalam kereta aku hanya diam, aku ditempatkan di satu kem di kawasan mersing. Agak jauh ke dalam. Lebih kurang 2 jam pejalanan. Aku lihat mama yg terlebih happy dari aku. Padahal aku yg akan menjalani latihan ini. Mama dengan abah hanya menghantar aku di kawasan berkumpul utk mereka yg terpilih. Kami akan di bawa menaiki bus pergi ke kem.

Selepas meletakan beg aku di belakang bus, aku pergi berjumpa dgn abah dan mama utk bersalaman. Tiba-tiba..

"Eh, Aina ke tu ?" Aku terkedu dlm hati. Tk mungkin aku jumpa Aina. Ya sudah dua tahun aku tidak mendengar khabar berita darinya.

"Tk mungkin la" aku terus begegas pergi ke abah dan mama bersalam dan terus naik ke atas bus. Aku melambai mereka berdua setelah bus bergerak pergi.

Sepanjang perjalan aku asyik terfikir akan hal yg terjadi tadi. Betul atau hanya kesalahan mata aku.

"Far, kau nk tk ?" Tiba-tiba Mimi menghulurkan roti padaku. Aku baru saja berkenalan dgn Mimi, kebetulan dia duduk di sebelah kerusi aku

"Ah, tkpa la. Aku tk lapar" aku menolak dgn cara baik. Mimi yg tegur aku dahulu. Aku kalau org tidak menegur aku, aku akan hanya mendiamkan diri. Nasib aku baik kerana Mimi aku lihat agak friendly dan aku senang dgn nya walaupun baru sahaja kenal.

"Okay, aku habis kan" dia sengih dan terus memasukan roti itu ke mulutnya

Aku hanya diam hingga kami semua sampai ke kem. Sampai sahaja di kem, kami dikehendaki berkumpul di dewan makan. Dewan tersebut agak besar, boleh menempatkan sekurang-kurangnya 1000 org. Dewan tersebut direka bersama dewan utk kami makan dan terdapat satu koperasi utk kami membeli barang-barang keperluan atau makanan ringan. Kami semua dikumpulkan utk pembahagian asrama dan kumpulan, tanpa dijangka aku milihat Aina sekali lagi.

"Tk mungkin" kata aku dlm hati. Tk mungkin aku nampak Aina di sini. Aku rasa mata aku mungkin tk betul kerana sudah dua kali aku nampak kelibat Aina di dua tempat yg berbeza.

"Woi Far, nama kau kena panggil tu. Cepat la" tiba-tina Mimi menepuk bahu aku

"Haaa yeke ? Sorry aku tk dengar" aku terus bgun dan terus ke hadapan.

"Okay bagi talifon awak dgn ic." Pertugas di hadapan aku meminta brg peribadiku.

Aku memberikan apa yg di minta. Nampak gayanya aku hanya dibenarkan memegang phone aku semasa hujung minggu sahaja.

"Okay, ni kunci locker awak. Ini no asrama awak. Ini pula no unit awak. Awak boleh pergi dekat barisan Chalie. Nanti kita panggil utk pengambilan baju dan kasut. Oh lupa, awak kena pakai tudung ye sepanjang dekat sini." Panjang lebar pertugas itu memberi penerangan padaku. Aku hanya mengikut arahan yg diberikan. Fikiran aku masih memikirkan hal Aina.

Aku terus duduk di bahagian kumpulan Chalie yg di arahkan oleh pertugas tadi. Aku lihat Mimi di kumpulan yg sama dgn aku. Cepat-cepat aku duduk di sebelah Mimi.

ChangeWhere stories live. Discover now