Bab 200 : Raksasa Kelas Malapetaka.

43 3 0
                                    

Muka Janeral Uzpach Itachi bertukar putih ketika laporan baharu diterima.

"Tuan Janeral...raksasa kelas Malapetaka sedang menuju kearah pintu keluar Lubang Angkasa Tahap Tiga. Kami tidak boleh memerhati lagi......"

Tzzz.....

"Kebenaran untuk mengaktifkan Alat Penampal Lubang...ulang....mohon kebenaran mengaktifkan Alat Penampal Lubang...." Ketegangan suara menekan suasana.

Janeral Uzpach Itachi termenung jauh dan akhirnya dia memberikan kebenaran. Suara disebelah kelihatan gembira apabila lampu hijau diberi. Seperti cairan besi menutup lubang terbuka,Lubang Angkasa Tahap Tiga berjaya ditampal.

"Kamu semua pergi cari Prebet Akubi...dia sepatutnya berada berdekatan situ....aku sedang menuju kesana."

"Baik tuan Janeral..."

Arahan ringkas diberi dan diterima. Pada waktu seperti sekarang, sedang bumi dan langit sibuk berperang, Jeneral Uzpach Itachi perlu mendapatkan aset terbesar dimiliki dalam perang ini. Aset berkenaan tidak lain tidak bukan adalah remaja berambut Perak menjunjung nama Akubi.

"Laju lagi....kita kena cepat..." Uzpach Itachi berkata tegas.

Penampal Lubang hanya boleh bertahan lima hari,dicampur dengan masa membina senjata ketika Akubi sedia membantu,keadaan sekarang memang sangat terdesak. Itu kalau prebet Akubi bersetuju,jika tidak maka akan lebih banyak lagi masalah timbul.

Diatas Uncle Spike.

Akubi memerhati tenang pada keadaan siraman cecair seperti logam keatas Lubang Angkasa Tahap Tiga.

"Benda tu tak boleh tahan lama dan dengan seluruh angkatan tentera porak peranda..jika raksasa berkuasa yang mereka gelar kelas Malapetaka itu tiba..maka seluruh dunia ini akan musnah rata..."

Akubi mengusap dagu sambil berfikir.

"Tapi takkan penjaga dunia nie nak biar sahaja...kalau dia bagi raksasa tu datang maknanya dia tahu bahawa ada benda dapat menghalang..." Akubi berkata seorang diri sambil memikirkan keadaan sekarang.

Aria memerhati radar dengan jelas bagi menangkap sebarang pergerakkan sama ada daripada raksasa atau manusia. Semenjak berlepas,pelindung biru tidak pernah disentuh bermakna raksasa tidak mampu melepasi penekanan serangan bertubi-tubi Mak Geram 3.

Aria mahu bertenang,tetapi Akubi senantiasa mengingatkan dia supaya bersiap siaga kerana musuh boleh datang tanpa diundang.

Tapi siapa lagi yang nak datang....tenaga berperang manusia dan raksasa terlalu lemah....Akubi nie terlalu paranoid ler...

Namun habis sahaja dia berkata sedemikian,radar menangkap sebuah objek tersangat besar dengan kekuatan serta teknologi tahap tertinggi yang mampu dinilai oleh alatan radar didalam kubu kecil. Mata Aria terbeliak seketika sebelum dia berlari kearah Akubi.

Apabila kelibat Akubi dilihat,lelaki berkenaan sedang duduk dengan tangan menongkat dibelakang. Mata perak memandang jelas keatas sebuah bayang besar diudara. Dia tidak berkata apa-apa sebaliknya Aria yang berkata perlahan.

"Kapal Angkasa Kelas Ibu, Tursinar....kenapa salah satu dari tiga senjata terkuat dunia Putin boleh datang kesini." Aria dalam kehidupan lepas pernah memerhati kejadian yang lebih hebat lagi. Tetapi diwaktu itu, dia memandang dari atas puncak kuasa,ini kali pertama dia merasakan bagaimana makhluk lemah memandang pemusnah gergasi diatas awangan.

"Duduk dan bertenang....perasaan takut tu biasa tapi jangan risau selagi aku kat sini kau tak akan apa-apa..." Mata perak Akubi bersinar dengan cahaya tajam. Seperti pedang tersimpan menanti detik menyerang,dia menanti dengan segala aura sudah tertumpu.

Dalam beberapa saat puluhan askar berpakaian Hitam dan Hijau gelap turun mengelilingi dua manusia. Senjata Uncle Spike sengaja direndahkan kerana Akubi tidak merasakan sebarang niat jahat dari musuh. Hanya ketakutan dan sedikit tamak dapat dirasai.

Tamak adalah benda biasa dan ketakutan boleh menjadi penjaga terbaik buat makhluk berakal daripada melakukan perkara bukan-bukan.

Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )Where stories live. Discover now