Bab 205 : Lubang Angkasa Ditutup III.

21 2 0
                                    

Dua hari selepas perjanjian pertukaran senjata berlaku antara Akubi dan Janeral Uzpach Itachi,seluruh media massa menghebohkan berita berkenaan. Pemimpin negara Dunia Putin segera berbincang dan memanggil Janeral Uzpach Itachi untuk berkumpul dan bermesyuarat.

Seratus lima puluh lima pemimpin negara bertemu di Pekan Pasar yang kini sering tak tumpah seperti kilang pembekal senjata. Emak Geram 3 dihimpun seluas mata memandang. Ditengah pekan,sebuah Kapal Angkasa berbentuk empat segi dengan lurah ditengah terdampar padu sambil ribuan pekerja pelbagai bangsa mengerumuni sambil memperbaiki jentera berkenaan.

Melihat jumlah senjata dan kekuatan mekanik pembaiki kapal angkasa misteri,segala rancangan pemimpin baik diatas atau bawah meja bertukar celaru. Mereka menjadi tidak yakin apabila kekuatan rakan kerjasama Janeral Uzpach Itachi dipamerkan.

Didalam Kapal Angkasa Tursinar yang sudah mendarat,semua pemimpin duduk sambil memerhatikan Janeral muda dan seorang gadis berambut hijau  berjalan perlahan lalu meletakkan punggung diatas kerusi pemerintah tertinggi.

Dimulakan dengan ucapan Janeral Uzpach Itachi,perbincangan hangat bermula. Semua negara diberikan dua pilihan iaitu bersetuju dengan idea yang dibentangkan atau perlu membayar pampasan setaraf dengan harga membeli Emak Geram 3. Muka pemerintah negara bertukar merah menahan marah,namun mereka kembali waras apabila tayangan kekuatan Ahli Kitab Lvl4 dipamer.

Dengan nafas tertahan,manusia yang memerintah negara kini merasakan betapa kecilnya mereka jika dibandingkan dengan kekuasaan Ahli Kitab. Setelah itu,kekuatan Emak Geram 3 dicuba,sewaktu hujan peluru biru meratakan sebuah gunung dalam beberapa saat,pemimpin negara seraya dan sebulat suara bersetuju. Seratus manusia untuk setiap blok senjata,ini memang sangat berbaloi.

Dua minggu setelah tiga Lubang Angkasa ditutup,kebanyakkan askar Briged Guldan dihantar pulang untuk bercuti. Mereka telah lama tidak pulang dan kebenaran kali ini benar-benar menyentuh perasaan askar muda serta tua. Kebanyakkan askar berpangkat rendah dikerah pulang untuk berehat.

Berita pertukaran tenaga manusia dengan senjata berkuasa telah tersebar keseluruh pelusuk dunia. Dalam dua minggu setelah perbincangan pemimpin dunia tamat,puluhan kilang Dp dibina didalam setiap negara. Ada negara besar memerlukan ratusan kilang dp,namun itu tidak menjadi masalah.

Pawani Dua Pedang terpaksa berkerja keras untuk mengendalikan portal teleportasi sebelum portal yang lebih baik dibina. Majoriti penduduk Dunia Putin bukan Ahli Kitab,namun setelah menggunakan sistem pembelajaran maya,segala data berkenaan ahli kitab dihantar kedalam setiap manusia dan robot patung yang dipilih untuk berkerja.

Perpindahan data untuk manusia biasa tidak boleh melebihi tahap dua kitab, jadi kemampuan mereka sangatlah terhad. Ada juga genius yang mampu mencapai tahap tujuh sehingga sepuluh kitab dan mereka ini dipilih menjadi askar.

Sebulan setelah Lubang Angkasa ditutup,semua askar mendapat maklumat berkenaan Ahli Kitab dan majoriti mereka mencapai tahap kitab sembilan. Kali ini,mereka dilatih tentang cara bagaimana mahu mengendalikan bekalan Mana untuk menggunakan Emak Geram 3.

Mak cik dan pak cik tua yang menjadi ahli kitab mendapat balik usia mereka hampir sepuluh tahun secara purata,jadi tiada yang tidak menyumbang bakti pada negara masing-masing kecuali kanak-kanak. Malah pesakit yang lumpuh,cacat atau terencat juga diberikan ubat HP secara percuma oleh wakil Dungeon Pulau Terbang.

Hospital yang sarat penyakit kini menjadi lengang, doktor dan misi semuanya dikerah untuk berkerja di kilang Dp. Hanya polis dan askar serta beberapa agensi pengurusan penduduk tidak dibubarkan sementara,selain mereka,semua manusia lain hanya ada dua pilihan iaitu sama ada berkerja sebagai kuli Kilang Dp atau menjadi askar.

Dua bulan selepas Lubang Angkasa ditutup.

Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )Where stories live. Discover now