Bab 208 : Berita Dari Luar Angkasa.

19 3 0
                                    

Izra SilverGlow,Pengetua Natasha dan Janeral Uzpach Itachi berdiri dihujung sebuah meja empat segi besar. Diatas meja berkenaan,ada hologram yang memaparkan tentang pergerakkan berlaku pada empat buah planet lain. Hologram ini sangat jelas dan terperinci sehingga makhluk sebesar manusia juga boleh diletakkan dengan sempurna.

Melihat teknologi teramat canggih yang dimiliki oleh Kapal Angkasa AO Judi kepunyaan Akubi,Janeral dan Pengetua hanya mampu menggelengkan kepala sambil hilang dalam rasa rendah diri dan kerdil. Janeral Uzpach pernah meminta Akubi untuk memasang sistem berkenaan diatas Kapal Angkasa Kelas Ibu Tursinar,namun tenaga dan litar yang dimiliki tidak mampu menanggung beban tenaga besar diperlukan oleh sistem.

Jadi harapan baharu diterima lantas terkubur sayu.  Tiga pasang mata memerhatikan seluruh pergerakkan musuh,dan mereka berdua boleh menarik nafas lega diwaktu ini kerana musuh membuat keputusan untuk menyerang empat planet lain dan mengabaikan Planet Putin.

Namun Izra masih lagi bermasam muka. Dia tahu musuh tidak menyerang tetapi jikalau dibiarkan, maka setelah empat planet tumbang,maka planet Putin perlu menahan serangan daripada empat planet serentak. Meskipun AO Judi dan askar Dungeon Pulau Terbang gagah,mereka bukan serba mampu.

Ada batasan dan ada perkara yang terlalu besar wujud sehingga kemampuan sebuah organisasi sahaja tidak mampu melawan arus. Berita pengunduran musuh sudah disampaikan pada Akubi dan mungkin disebabkan itu Projek Mega Lautan Tengah bermula.

Diwaktu sekarang,Izra sedang sibuk mencari kelemahan musuh dengan mata mencari kelemahan. Meskipun tidak melihat secara berdepan,melihat corak kehidupan dan aktiviti harian serba sedikit dapat membentuk peta minda sehinggalah kelemahan mereka terpamer.

Sedang Izra sibuk memerhati,Janeral Uzpach Itachi Dan Pengetua Natasha pula berkerjasama membuat beberapa lakaran khas akan lokasi sesuai untuk dijadikan kubu. Peperangan ini akan berlangsung mungkin daripada empat arah,jadi kedudukan tentera yang menahan mestilah tepat agar segala jenis tindakan menjadi lebih efisien.

Mereka bertiga tekun membuat perubahan pada hologram diatas meja dan setelah seminggu, meja yang pada asalnya hanya sebesar beberapa meter telah berubah menjadi sebesar hampir menyerupai padang bola. Didalam hologram separuh fizikal ini,segala unit dan pasukan telah diletakkan.

Rancangan balas akan segala tindakan musuh sudah diramal, disediakan dan dimasukkan kedalam sistem agar apabila perang meletus,sistem yang baharu dicipta dapat memberikan cadangan terbaik bagi mendapatkan keputusan paling cemerlang daripada sesuatu situasi.

Secara tidak langsung, AO Judi telah menjadi tempat kawalan utama untuk Dunia Putin. Dari sini semua Janeral pemerintah tertinggi seluruh dunia menerima arahan sambil mereka juga memberikan cadangan bernas. Banyak kakitangan Unit Komando ditugaskan untuk mengatur segala maklumat dan data keluar masuk.

Siang malam rancangan dikemaskini dan laporan tentang pergerakkan musuh ditambah. Perkara ini sangat meletihkan sehingga Janeral Uzpach Itachi Dan Pengetua Natasha terpaksa berehat. Namun bagi Izra yang merupakan Ahli Kitab dengan ratusan Jasad Imaginasi,dia boleh bertahan tanpa sebarang masalah.

Pada satu malam,perkara pelik berlaku pada hologram yang memaparkan musuh. Tiga planet yang sememangnya sudah menjadi sarang lipan kini bergegar dan mula bergerak kearah Planet Putin. Selain itu,ada tiga lipan teramat besar bergerak laju dari tiga planet dan meluru kearah planet keempat.

Planet malang berkenaan sudah bertahan lama namun,jikalau tiga lipan gergasi tadi tiba,maka semestinya planet keempat akan ditawan dan dijadikan sarang baharu. Izra dengan cepat membuat beberapa perkiraan dan berdasarkan kelajuan planet,mereka memerlukan masa lima bulan untuk sampai kesini.

Tiga lipan itu pula memerlukan lebih kurang tiga bulan. Maka Planet Putin masih ada lagi masa untuk bersedia. Diwaktu ini,muka Janeral Uzpach Itachi Dan Pengetua Natasha bertukar putih. Mereka menjangkakan perang besar tetapi tidaklah sampai ketahap menggerakkan planet itu sendiri kedalam medan perang.

Syukur kerana teknologi AO Judi mampu mengesan pergerakan awal musuh,jikalau berdasarkan radar sedia ada,mereka mungkin akan menerima tiga planet secara tiba-tiba entah dari mana.

Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )Where stories live. Discover now