Akubi memerhati sabit gergasi milik Raksasa Kelas Malapetaka. Bunyi besi dipotong parang kedengaran kuat namun semua askar kekal tegak tanpa ada niat untuk melarikan diri. Janeral Uzpach Itachi berdiri disebelah parameter besar yang dilukis oleh Pawani berbaju unggu dengan dua belah pedang dibelakang.
Pawani ini adalah ketua unit khas yang memberi cadangan untuk menyerang dengan cara teleportasi,namun dalam kumpulan dicipta dialah ketua dan dialah ahlinya. Disebabkan gadis ini mampu memindahkan ruang secara neutral,misi kali ini diberikan kepadanya.
"Dungeon Master...tuan betul nak buat nie...??" Pawani berkenaan bertanya dengan wajah teruja.
"Hmmm...betul ler...takkan aku nak main-main....satu pusingan tembakan sahaja....jangan tanya banyak-banyak aku pun seram nie..." Akubi menggosok kedua belah tangan.
Rancangan kali ini mudah,bina parameter pindahan dan tembak Meriam Utama AO Judi dari dalam inventori dan salurankanya kearah Raksasa Kelas Malapetaka. Tapi untuk rancangan ini berjaya,parameter yang dibina perlu kuat dan mampu untuk menahan limpahan tenaga padu keluar. Kalau bocor maka gg(good game).
"Baiklah Dungeon Master...semua sudah sedia...saya akan menjaga dari bahagian dunia belah sana...semoga berjaya..." Pawani berkenaan baru sahaja mahu melangkah tetapi sebuah tangan tegap memegang bahu kecil.
"Sebelah sana my ass...kau jaga kat sini tolong aku...takkan ler aku sorang je..." Akubi membantah dengan muka bergaris hitam.
Senyuman bunga muncul dimuka gadis Pawani.
"Dungeon Master kan hebat...jadi mesti boleh punya..." Dia cuba melepaskan diri namun tetap gagal. Akhirnya gadis berkenaan menerima nasib.
Janeral Uzpach Itachi dan Pengetua Natasha menggeleng kepala dan waktu ini lelaki harapan kelihatan sungguh tidak meyakinkan. Namun nasi sudah menjadi bubur,tiada jalan berpatah balik daripada kejadian kali ini.
Hembusan Mana tersebar luas seperti nila memasuki kolam susu,segala manusia yang berdekatan merasakan tubuh badan mereka sejuk seperti jatuh kedalam ais. Perlahan laksana ditarik,askar Unit Komando berundur jauh seraya menaiki kapal Tursinar.
"Janeral dan Pengetua...kamu berdua pun lebih baik naik atas kapal sebab manusia bukan Ahli Kitab tidak boleh menahan kesan radiasi Mana."
Akubi berkata tenang dengan mata penuh prihatin.Meskipun keberatan dua individu berkenaan melangkah naik keatas kapal angkasa Tursinar sebelum kapal berkenaan mengundur jauh daripada ruang angkasa Uncle Spike. Dengan bunyi kuat,lapisan gam penampal Lubang Angkasa Tahap Tiga terkoyak. Daripada tengah lubang,sebuah kepala besar dengan jutaan gigi muncul.
Diikuti ratusan kaki panjang berselirat,makhluk berkenaan kelihatan seperti ratusan lipan gergasi digabungkan bersama kedalam sebuah jasad. Aria SilverHeart memerhati dengan serius. Bagi dia,makhluk berkenaan jikalau masuk kedalam Dunia Putin,maka tiada harapan buat manusia tanpa Mana mahu melawan.
"Dah tunggu apa lagi tembak!." Suara tidak sabar kedengaran daripada mikrofon Bilik Operasi Utama AO Judi. Hazwan menghela nafas geram sebelum dengan kuat menekan butang merah.
Seperti hembusan naga berang,bahagian tengah Kapal Angkasa AO Judi menembak pancaran putih kearah parameter merah gergasi dilukis atas sebuah layar besar. Mata ribuan ahli Dungeon Pulau Terbang memerhati dengan jantung berdebar kerana eksperimen seperti ini sungguh merbahaya.
"Dungeon Master....sila bersedia..."
"Wokay.....Aria mari dekat kat aku....kalau tak nanti lebur..." Akubi memanggil segera.
Aria dengan pantas berlari lalu masuk kedalam ruang Simbol Infiniti. Dalam ruang berkenaan,ada seorang gadis dan seorang lelaki berdiri sambil membuat menggerakkan tangan untuk mengawal parameter. Haba membara mula tersebar apabila cahaya putih sebesar pokok balak dewasa keluar melalui parameter biru diatas Uncle Spike.
Akubi dan Pawani Dua Pedang mengawal dengan jantung penuh debaran.
"Tahan...urgh...!! Kenapa kuat sangat nie..." Suara Akubi membuatkan muka Pawani dan Aria putih ketakutan.
YOU ARE READING
Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )
AvventuraZuran Akubi terpaksa melarikan diri daripada serangan bersepadu Bangsa Syaitan dan Bangsa Hantu. Disebabkan kapal angkasa AO Judi rosak teruk semasa perang dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk di perbaiki,Akubi perlu bertahan sambil bersemb...