Arqam dan Shaylin duduk tertawa didalam sebuah restoran pesisiran pantai. Mereka berdua memakai pakaian seragam berwarna Putih sedikit Perak dengan lencana jurulatih khas. Mereka berdua bergelak-tawa taktala mengenangkan kerenah anak buah yang sengsara ketika menjalani latihan.
Sebanyak hampir satu billion askar Bahru dan apabila dicampur dengan askar sedia ada,jumlah askar seluruh Dunia Putin mencecah angka hampir lima billion orang. Jumlah gergasi ini menunjukkan betapa kekuatan tentera sangat diutamakan berbanding agensi lain. Lima billion askar ini perlu dilatih semula tentang bagaimana mahu mengendalikan gadjet baharu yang dibekalkan oleh Dungeon Pulau Terbang.
Disebabkan Pemerintah Ketenteraan Tertinggi Sylu Fatiha masih lagi dalam pertapaan,tugasan dia diambil oleh Arqam dan Shaylin. Dua ahli kitab ini mengambil masa seminggu untuk mencipta model latihan relevan untuk proses latihan tentera segera. Dalam model berkenaan,pelbagai perkara memalukan tetapi bermanfaat untuk ahli kitab diatur.
Meskipun ada pihak yang tidak berpuas hati,mereka tidak sanggup mengutarakan pandangan kerana kewujudan ancaman dari pasukan penghapus pemberontak yang diketuai oleh Misha. Jadi dari satu negara ke satu negara,modul latihan dipraktik. Pada petang tadi,kumpulan pertama yang menamatkan latihan diberikan ujian khas oleh Arqam dan Shaylin sendiri.
Mereka adalah askar terbaik dari setiap negara,oleh itu, upacara berkenaan boleh dijadikan sebagai kayu ukur akan keberkesanan taktik latihan dibina. Pada permulaan,semua Jasad Imaginasi Arqam keluar lalu menyerang musuh dengan ganas. Askar yang ketakutan ingin melarikan diri apabila melihat kekuatan musuh terlalu kuat,tetapi apabila seorang anak muda berdiri sambil melaungkan slogan "Menang Atau Mati" dengan kuat.
Semua askar lain mendapat rempuhan semangat. Pada waktu semangat membara,pasukan yang diuji mula menjalankan prosedur perang seperti diajar. Emak Geram 3 ditembak dengan laju mengikut trajektori terbaik berdasarkan keadaan semasa. Dalam satu pasukan yang mengendalikan Emak Geram,dua mempunyai komputer bersambung terus dengan AO Judi.
Dari situ,arahan tembakan terbaik akan diberikan oleh Sistem AI yang diisi sendiri oleh Janeral Uzpach Itachi, Pengetua Natasha dan Izra SilverGlow. Dua mereka akan memberikan koordinat diterima pada askar yang mengawal Emak Geram 3. Disebabkan senjata itu sangat panas ketika ditembak,hanya seorang sahaja askar boleh masuk kedalam bongkah dibawah muncung.
Penembak dibawah adalah yang paling bahaya kerana seperti yang diketahui,Emak Geram 3 tidak boleh bergerak. Namun dengan kebijaksanaan manusia,senjata berkenaan diletakkan diatas lori tahan haba,dan pelbagai lagi jentera serta robot bergerak. Tiga orang untuk satu senjata,manakala dua lagi akan bersilang ganti membawa bateri yang membekalkan Mana.
Bateri Mana perlu ditukar setiap satu jam menembak tanpa henti,jadi dua orang akan ditugaskan untuk menjadi jambatan penyambung bekalan. Dalam pasukan lima orang,setiap individu sangat penting. Kerjasama antara mereka akan memudahkan operasi antara satu sama lain.
Pasukan terbaik memang terbukti sangat cekap. Dalam sesi ujian selam lapan jam,tidak ada sekali keadaan dimana tembakan Emak Geram 3 terputus. Tamat sahaja masa ujian,penembak didalam Emak Geram 3 keluar dengan tubuh masih lagi bergegar.
Kejadian itu membuatkan ramai ahli lain tertawa termasuklah Arqam dan Shaylin. Suasana menjadi kurang tegang dan ada kesedaran baharu wujud dalam jiwa anak muda serta askar vateran yang terlibat. Musuh diluar memang sangat banyak dan kelihatan tidak terkalah. Ada antara askar tua yang sudah putus harapan dan menanti takdir.
Tetapi apabila wajah anak muda semangat berperang ditatap,askar tua dan separuh usia mendapat motivasi baharu. Anak muda adalah tonggak masa hadapan. Melihat kegigihan mereka mengejar bahagia,terdetik sedikit rasa dihati golongan tua.
Aku pun nak mati...jadi apa salah aku tolong mereka sampai besar sedikit hehehehehe.. sekurang-kurangnya aku boleh mati dengan bergaya.
Arqam memandang kearah pasukan vateran dan secara tidak sedar dia mengangguk. Orang tua jikalau mampu, memang mahu membantu generasi baharu. Lagi-lagi jika benih dihadapan mata sangat berpotensi dan berjiwa kental.
YOU ARE READING
Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )
AventuraZuran Akubi terpaksa melarikan diri daripada serangan bersepadu Bangsa Syaitan dan Bangsa Hantu. Disebabkan kapal angkasa AO Judi rosak teruk semasa perang dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk di perbaiki,Akubi perlu bertahan sambil bersemb...