Lelaki dengan antena dikepala berdiri tegap sebelum sebuah lipan besar serba hitam muncul dibelakang. Dari dalam lipan besar itu,beberapa orang lelaki lain sama ciri seperti dirinya keluar menyambut dengan penuh hormat.
"Putera Shakar,putera sulung ingin berjumpa didalam kapal sekarang." Lelaki perkasa yang menyambut Putera Shakar menunduk hormat sebelum dia bergerak ketepi bagi memberi laluan.
Di dalam kapal sebuah bilik sunyi besar dipenuhi buku dan minuman hijau terganggu dengan bunyi tapak kaki deras. Putera Shakar berjalan lalu berhenti dihadapan meja empat segi. Meja ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kertas dan alatan lukisan.
Di seberang sana meja seorang lelaki mempunyai empat sesungut atas kepala memandang dengan mata dipenuhi soal jawab. Lelaki ini kelihatan lebih tua dan gagah daripada Putera Shakar itu sendiri.
"Duduk Shakar...."
Putera Shakar duduk tanpa bicara.
"Mesti ada sebab kenapa kau tutup lubang tu.... bagitahu aku segera..." Suara Putera Sulung ini perlahan tetapi dipenuhi dengan kekuasaan pemerintah.
"Along...saya rasa ada orang luar yang menceroboh masuk ke Dunia Putin...pak cik Sarung Asrin telah dibunuh..."
Mata Putera Sulung terbeliak sebentar dengan wajah semakin merah menahan marah.
"Mustahil....pak cik Asrin adalah askar berkuasa setara dengan puncak ahli kitab Lvl3...bagaimana dia dibunuh oleh makhluk dari dunia terlemah antara lima dunia...." Putera sulung bertanya dengan geram.
"Itu sebab saya menjangkakan bahawa ada penceroboh...buat masa sekarang saya cadangkan supaya kita lupakan dunia ini buat sementara waktu dan fokus kepada proses penaklukan Dunia Arslan."
Kapal angkasa terus bergerak dan setelah beberapa minit berfikir akhirnya Putera sulung bersetuju.
"Betul juga kata kau Shakar...Dunia Arslan semakin tidak terkawal,apabila berita Ibu Permaisuri ditawan oleh kita tersebar,banyak ahli kitab mula datang menceroboh...semalam lagi dua Ahli Kitab terlepas..." Mata hitam Putera Sulung menjadi dingin.
"Gerakkan kapal ke Dunia Arslan..." Kapal angkasa terus memecut mengikuti arahan komander kapal.
"Kita akan datang balik....buat masa nie suruh semua askar kamu berundur dan bersedia untuk maju ke Dunia Arslan..."
"Baik Along..." Putera Shakar mengangguk sebelum dia berlalu pergi. Sedang antena dikepala bergerak,seluruh askar di luar orbit Dunia Putin berundur dan berkumpul membentuk sarang.
Izra,Misha dan Shaylin tiba diatas Kapal Angkasa Tursinar. Setelah memperkenalkan diri dan mengambil senarai pemberontak yang masih hidup,mereka terus berlalu pergi berpecah kepada tiga arah. Manakala Akubi dan Kapal Angkasa Tursinar menuju kearah yang lain. Kerja penghapusan akan bermula dari empat mata angin dan bertemu semula disebelah lain bahagian dunia.
Askar Dungeon Pulau Terbang menyerbu masuk,dengan kelajuan luar biasa akibat mengamalkan Jasad Imaginasi Kegelapan,kawasan seluas mata memandang dijajah dalam sekelip mata. Musuh tidak sempat berbuat apa-apa sebelum tubuh mereka dimamah oleh ribuan peluru.
Sunder Armor menyebabkan jasad tidak cedera,namun nyawa melayang. Seperti rumput disabit,segala jenis pemberontak baik didalam kubu,bawah tanah atau laut,semuanya dimusnahkan tanpa belas kasihan.
Dua minggu berlalu dan empat kumpulan bertemu semula disebuah pekan bernama Pasar. Dari situ,rancangan pembaik pulih dan pembinaan senjata dibincang. Akubi dengan murah hati memberikan Emak Geram 3 yang dibeli dari kedai Dp atas harga seratus orang manusia untuk setiap sebuah senjata.
Mereka tidak diambil terus,hanya perlu berkerja dua belas jam sehari di kilang dp yang baharu sahaja dibina di pesisir pekan Pasar. Jeneral Uzpach Itachi bersetuju dengan gembira. Dia sebelum itu agak keberatan mengorbankan rakyat,tetapi apabila Akubi mengatakan bahawa manusia diberi hanya perlu berkerja selama setahun, pertukaran diterima dengan tangan terbuka.
YOU ARE READING
Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )
Phiêu lưuZuran Akubi terpaksa melarikan diri daripada serangan bersepadu Bangsa Syaitan dan Bangsa Hantu. Disebabkan kapal angkasa AO Judi rosak teruk semasa perang dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk di perbaiki,Akubi perlu bertahan sambil bersemb...