Hazwan POV
Dua bulan sudah berlalu semenjak manusia Dunia Putin berkerjasama dalam proses membina senjata besar pemusnah planet. Pada permulaannya,Mak Geram 3 sudah dikira mencukupi,tetapi apabila maklumat mengenai empat lagi planet diterima,Akubi dapat merasakan bahawa akan ada perkara luar biasa mungkin berlaku.
Perkara tersebut boleh melibatkan perang yang mampu memusnahkan planet. Hazwan duduk didalam bilik sambil jemari laju menaip arahan kod kedalam sistem senjata bersaiz negara. Dalam kehidupan sebelum ini,dia pernah membina senjata sebesar itu,tetapi waktu itu,alatan dan bahan dimiliki amatlah terhad. Sekarang,Hazwan sendiri takut untuk memikirkan kesan letusan senjata seluas mata memandang.
Hazwan memerhati permukaan bumi daripada atas kapal kecil yang terapung diatas permukaan air. Puluhan Bangsa Langit dan Pawani mengelilingi kawasan tengah laut. Disini,air berjuta tan dibelah dan diangkat sehingga ke dasar. Sepatutnya perkara sedemikian adalah mustahil,tetapi apabila Akubi sendiri masuk campur dan membantu menyalurkan Mana,maka lautan seluas mata memandang terbelah.
Semasa lautan diangkat,kepingan tiang besi gergasi dipacak kepermukaan dasar laut sehinggalah mencapai kedalaman beberapa kilometer. Seperti bebola mata ditebuk,sebuah lubang besar berwarna hitam dapat dilihat daripada luar Planet Putin. Air laut tertahan dek dinding besi menyebabkan kawasan bulat tengah menjadi kosong.
"Encik Hazwan....boleh kita mulakan sekarang..??" Salah satu dari puluhan ketua mekanik pelbagai bahagian bertanya dengan gemuruh. Sejujurnya,projek mega ini adalah paling agung pernah mereka lakukan. Seperti membina robot gergasi,mereka semua teruja untuk mula bertindak.
Ada seratus lima puluh bahagian perlu dilakukan serentak agar projek ini dapat siap dalam masa dua bulan. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua mekanik dan bahagian di rangkuman kepada puluhan zon. Ketua zon adalah mereka yang berada dalam kapal bersama Hazwan sekarang.
Hazwan menarik nafas untuk bertenang. Dia sendiri agak teruja kerana sistem senjata gergasi ini akan menggunakan teknologi baharu bahan letupan yang telah distabilkan oleh Akubi.
Sedang Hazwan termenung,dia teringat kembali akan wajah lelaki berambut Perak yang selamba sahaja mengarahkan agar seluruh Lautan Tengah ditukar segala menjadi muncung senjata mega. Pada mulanya Hazwan terkejut,tetapi setelah dua hari memikirkannya,dia bersetuju.
Tidak cuba mati,cuba dan gagal mati juga,jadi Hazwan bertekad untuk memperjudikan segalanya.
"Hmmm....baik lah kita mulakan operasi,segalanya perlu mengikut lukisan awal,jangan ada perubahan dan berdasarkan perkiraan Alpha,segala teori serta susunan adalah sempurna...baiklah komrad...jom kita mulakan."
Semua ketua mekanik keluar menaiki kapal kecil masing-masing dan menuju kearah destinasi tempat mereka bertugas. Setiba dikawasan mereka,puluhan ribu mekanik lagi sudah sedia menanti bersama ratusan Dungeon Master Dan wakil mereka.
Disebabkan mekanik Dunia Putin tidak mempunyai akses kepada kedai dp,mereka perlu menggunakan orang tengah untuk mendapatkan bahan. Jadi ahli Dungeon Pulau Terbang diletakkan sebagai vendor kawasan.
Hazwan pula terus kembali kepada AO Judi. Kapal besar ini juga masih belum siap diperbaiki,dan sebenarnya perkara ini adalah lebih utama. Cuma Hazwan tidak faham,mengapa Akubi sanggup memilih memberikan perhatian untuk membantu planet tidak tahu asal usul daripada bersembunyi memperkasakan diri.
Namun dia tidak mahu bertanya,diwaktu sekarang,lelaki ketua Dungeon ini sudah mempamerkan banyak perkara luar biasa. Jadi Hazwan merasakan bahawa lebih baik dia fokus terhadap tugasan diberi sebagai Pakar Senjata.
Selain itu,biar masa dan keadaan yang menentukan.
YOU ARE READING
Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )
AdventureZuran Akubi terpaksa melarikan diri daripada serangan bersepadu Bangsa Syaitan dan Bangsa Hantu. Disebabkan kapal angkasa AO Judi rosak teruk semasa perang dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk di perbaiki,Akubi perlu bertahan sambil bersemb...