Luar Dunia dimana lima planet termasuk Planet Putin berada.
Tiga koloni Syaitan dan beberapa buah bahtera hijau usang memerhati lipan pembawa dunia yang sedang menjaga lima planet ditengah. Mereka sudah tahu bahawa Akubi berada di salah satu daripada lima planet yang dijaga oleh lipan besar. Namun penjaga dunia berkenaan digelar Sejuta Cebisan itu benar-benar membuatkan mereka menelan air liur seram.
Ahli Kitab Lvl6,salah satu dari lima Ahli Kitab terkuat dibawah Makhluk Agung Arahalian. Bukan sahaja dia secara individu sangat kuat,malah Arahalian sendiri mungkin akan menghantar Kesedaran Khas untuk membantu jikalau Janeral dibawahnya ini diserang.
Jika Janeral lain menyerang Arahalian mungkin tidak akan masuk campur,tetapi jikalau Bangsa Syaitan Atau Bangsa Hantu mahu mengganggu ketenteraman,maka bala bencana akan menimpa.
Maharaja Syaitan dalam salah satu koloni besar berkata dengan mata hitam berapi.
"Dia boleh bersembunyi,tapi sampai bila,panggil semua Koloni dibawah aku dan kita akan tunggu disini." Maharaja koloni berkata dengan tegas dan arahan ringkas berkenaan disebarkan keseluruh pasukan yang bertebaran di setiap ruang jajahan Arahalian.
Bukan dia sahaja malah puluhan lagi Syaitan ditahap Maharaja memangggil koloni mereka untuk menyertai ekspedisi menangkap Zuran Akubi. Makhluk Agung Baalzebub telah mengeluarkan notis menghapus tertinggi terhadap lelaki ini. Dalam beberapa bulan yang berlalu,kesan Punca Mana disedut daripada Baalzebub semakin ketara.
Meskipun perlahan,seperti selsema,perkara ini tidak berhenti malah terus berterusan. Jadi ketua segala Syaitan berkenaan menghentikan majoriti aktiviti ketenteraan dan membenarkan Maharaja Syaitan menggunakan askar dibawah naungan mereka sesuka hati. Ditambah lagi dengan ganjaran besar dan lumayan ditawar,tidak hairanlah ramai Maharaja menyahut seruan tanpa bicara.
Bagi Bangsa Hantu pula,mereka datang sebagai askar upahan,ribuan bangsa diseluruh alam telah mendengar berita tentang lelaki yang berani mencabar kekuasaan Baalzebub. Mereka yang kaya dan berkuasa sudah tidak tahan mahu mendapatkan maklumat tentang lelaki terlibat,namun Kawasan Arahalian bukanlah kawasan bebas tanpa tuan.
Mereka mahu tahu,tetapi tidak mahu mencari fasal dengan Arahalian. Jadi hanya satu pilihan yang tinggal iaitu mengupah pengintip upahan. Siapa lagi yang lebih pakar dalam tugasan mengintip dan mengumpul maklumat melainkan Bangsa Hantu. Bayangkan dari seluruh alam berdekatan,mereka menghantar wakil dan secara tidak langsung puluhan ribu bahtera membawa nama masing-masing belayar di angkasa menuju Dunia yang dijaga oleh Lipan Bara gergasi.
Dalam sebulan,seluruh ruang angkasa di keliling Lipan Bara Gergasi sudah dipenuhi oleh Syaitan dan Hantu seperti koloni semut menghurung gula.
Mereka menanti tanpa berbuat berani berbuat apa-apa. Permaisuri Sejuta Cebisan masih diam membisu meskipun beberapa cubaan komunikasi dilakukan.Mereka semua berani,tetapi tidak bodoh,tiada siapa mahu membuang nyawa dengan menyerbu kearah Ahli Kitab Lvl6. Jika lipan itu mahu,satu sihir gergasi sahaja sudah cukup untuk meleburkan semua Maharaja Syaitan Dan Paderi Hantu disekelilingnya.
Ketakutan itu menyebabkan mereka menanti dengan sabar tanpa berbuat apa-apa. Sebulan berlalu dan jumlah mereka bukan semakin menurun,malah bertambah.
Kali ini banyak Bangsa lain turut datang untuk melihat akan mengapa Ahli Kitab Lvl6 sanggup menjaga manusia kerdil yang mengikut data tidak mencapai Lvl2 pun.
Kehadiran mereka diluar tidak disedari oleh mereka didalam. Permaisuri Sejuta Cebisan sedar dan dia sengaja menutup pandangan penduduk dunia daripada melihat ancaman diluar.
Saat ini,penjaga dunia dan Ahli Kitab Lvl6 ini sedang disumpah dan hanya ada sedikit kekuasaan sahaja tersisa bocor daripada kurungan yang mengurung dirinya. Dia sangat sedih dan kecewa dengan tindakan lima putera yang dilahirkan,namun taktala ini ibu lipan tidak berdaya bergerak.
Dia tahu bahawa Akubi menceroboh masuk dan mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja. Mungkin lelaki yang terkenal dengan keajaiban ini boleh menjadi faktor yang dapat membebaskan dirinya daripada kurungan.
Mata oren pada jasad sebenar Ibu Lipan bersinar seketika sebelum kembali kabur. Sebuah tubuh menawan wanita terpapar beku didalam sebuah dinding kaca. Dinding berkenaan berwarna biru dengan lima parameter sebesar kepala manusia dewasa terlukis pada lima penjuru.
YOU ARE READING
Aku Dibawah ( Buku Kedua Dari Siri [Resipi] )
AdventureZuran Akubi terpaksa melarikan diri daripada serangan bersepadu Bangsa Syaitan dan Bangsa Hantu. Disebabkan kapal angkasa AO Judi rosak teruk semasa perang dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk di perbaiki,Akubi perlu bertahan sambil bersemb...