"IS THIS A BEAUTIFUL DREAM OR A BAD ONE?"
↯
Seorang gadis berjalan sambil menundukkan kepala menuju ke bilik guru yang berhampiran.
Wajahnya sudah kelihatan seperti tidak bermaya dan pucat sahaja disebabkan terlampau penat seharian dengan aktiviti sekolah yang disertainya.
Lumba lari? Sudah semestinya dia melibatkan diri dalam acara itu.
Dia juga terlampau mengantuk kerana sudah beberapa hari ini dia tidur lewat dan tidak sempat untuk merehatkan diri.
"Fuhh"
Keluhan perlahan dilepaskan. Matlamatnya hanya satu, iaitu inginkan pelepasan cuti satu hari dari guru kelasnya bagi merehatkan diri.
BUKKK!!!
Masa seakan terhenti seketika. Bagaikan terasa dirinya di awangan. Sudahlah dia terlampau kepenatan, ditambah pula dengan pelanggaran yang berlaku secara tidak sengaja itu lagi lah membuatkan dia mahu pengsan disitu.
"AUCHH!!"
"ERHHH!"
Jerit mereka berdua serentak. masing-masing sudah mengaduh kesakitan akibat pelanggaran yang berlaku tanpa sengaja itu.
"Yahh,hati-hatilah kalau nak jalan tu haish"
Lelaki itu berdengus. Mata hazelnya terpana kearah si gadis. Lututnya sudah berdarah tanpa disedari.
"ahh nae mianhaeyo mianhaeyo.. saya pergi dulu"
Gadis itu bingkas mahu bangun tapi tidak berjaya. Nak sahaja dia menangis disitu. Mungkin sudah tak berdaya akibat kepenatan beberapa hari ni.
"Tunggu kejap"
"Eo.."
Terus sahaja lelaki itu bangun dan mengangkat si gadis. Dia dibuatnya bungkam, terasa menyusahkan lelaki itu.
"Tapi saya ok je..."
"Shhhh.. pegang kuat-kuat kalau kau taknak jatuh"
Habis kemerahan wajah si gadis. Dia hanya diam membisu membiarkan lelaki itu berbuat demikian.
"Kau nampak pucat"
"Sa..saya?"
"Tak..Kajja kita pergi bilik rawatan sekolah...aku rawat luka kau"
Terus sahaja dia dibawa ke bilik rawatan. Suasana yang sedikit tidak selesa menyelubungi antara mereka. Mungkin masih tidak mengenali sesama sendiri lagi.
+++
Bilik rawatan Kirin Highschool
"Aku nak sapu ubat pada lutut kau tu. Jadi tahan sikit"
Si lelaki memandang si gadis yang dari tadi menunduk. Pucat sahaja wajahnya. Lututnya yang luka serta sedikit berdarah itu disapu dengan sedikit iodin.
"Erkkk"
Si gadis menahan sakit akibat dari sapuan ubat itu. Lelaki itu sudah tersenyum melihat gelagatnya. Haihh...comel.
YOU ARE READING
Annoying Kingka | 김태형 (O.G)
RomanceTaehyung Kim, Seorang lelaki yang nampak sempurna... Tapi.... Siapa sangka dia terlalu annoying.. "Perangai dengan rupa terlalu berbeza, macam langit dengan bumi!" ▱▱▱ Jihyo Song, Rupa yang cantik, dan terlihat peramah.. Tapi.... Siapa sangka dia pe...