00:07

26 2 0
                                    


"DO I HEAR IT WRONG? SHE SEEMS LIKE A CRAZY GIRL AND A PSYCHOPATH"

Jimin menongkat dagu memikirkan sesuatu. Dah nak habis waktu sekolah tapi bayang-bayang Taehyung pun dia tak nampak dari tadi. Dah berapa jam si anak Kim ni pergi bilik rawatan. Naik bosan dia dibuatnya duduk termenung lama-lama dalam kelas.

"Aduh Tae ni. Dah tak ingat jalan masuk kelas ke apa? Ha yang si biskut hangus tu dari tadi pergi tandas tak balik-balik. Dah melalut ke mana dia berjalan tu"

Keluh Jimin sakit hati. Dua-dua tinggalkan dia sorang-sorang dalam kelas. Makin bosan lah si Mochi ni.

"Saem"

Jimin mengangkat tangan memanggil saemnya. Terus sahaja lelaki separuh usia itu memandang.

"Park Jimin"

"Saya nak ke tandas sekejap"

"Pergilah. Tapi jangan lama-lama ye"

Jimin mengangguk lalu keluar. Matanya melilau mencari bayang-bayang Jungkook di sekitar koridor. Mana pulak si budak jebon ni . Kalau taknak masuk kelas sekalipun ajaklah si budak Jimin ni sekali haih.

"Jeon..ouhh jebon..Jungkook Jeon... Mana kauu oi jebon"

Dia memanggil-manggil Jungkook yang dari tadi tidak muncul. Langkahnya diatur ketangga menaiki tingkat 3 koridor sekolah.

🌼🌼🌼

Jungkook melekapkan telinganya di pintu bilik rawatan, mendengar setiap bait-bait yang dibicarakan oleh orang dari dalam. Dia tersengih sendirian tatkala mendengar ayat-ayat puitis rakannya itu. Sanggup betul Taehyung menjaga Jihyo walhal lelaki itu bukan kenalan rapat gadis itu.

"Taehyung....hisk hisk"

"Shuhhhh, kau selamat dengan aku. Jangan menangis lagi"

Dia menepuk-nepuk dinding dengan perasaan teruja. Patutlah hengko lambat masuk kelas (⁠ー⁠_⁠ー⁠゛⁠) mengendap orang buat drama hindustan rupanya.

"Peh Tae punya ayat mengalahkan ayat gatal Chim. Kau selamat dengan aku, ahahahahah nak kena kencing manis aku"

Monolog Jungkook. Nasib baik lah si Taehyung tak tahu dia ada dekat situ. Kalau tak memang nak kena luku si Jebon ni.

"Jeon..ouhh jebon..Jungkook Jeon... Mana kau oi jebon"

Dari jauh lagi Jungkook dapat dengar suara sumbang memanggil-manggil namanya. Terus dia melilau melihat sekeliling.

Fuhh... Tiba-tiba terasa seram sejuk. Dah lah waktu-waktu senja ni.

"Lupakan lupakan.. na na na aku tak dengar apa-apa.. lupakan"

Terus sahaja dia beredar dari situ. Manalah tahu kalau-kalau ada orang tahu dia tengah mengendap ke kan.

Tak ke naya kalau satu sekolah tahu. Memang kena cop pervert lah seumur hidup dia.

🌼🌼🌼

Jimin memusing-musing koridor di tingkat tiga mencari Jungkook. Matanya melilau lagi memerhati setiap sudut bilik-bilik di tingkat itu. Mana pulak lah si Jebon ni merayap, batang hidung dia pun tak nampak langsung.

"Penat aku cari si Jebon ni. Dia ingat aku rajin sangat ke nak merayau setiap tingkat semata-mata nak cari dia huh? Pabo namja"

Dia berdengus halus. Dah lah Taehyung dari tadi tak masuk kelas, si Jungkook ni pun hilang entah kemana.

"1..2..3.. yahhh!! Kau janji dengan aku 100 000 won kan, asal 30 000 won je?!"

Jerit satu suara mengejutkan pendengaran lelaki itu. Lantas sahaja Jimin menyembunyikan diri disebalik dinding.

"Siapa?"

Dapat dilihat Hongjoong yang sepertinya tidak berpuas hati dengan duit yang diterimanya.

"Kau pukul dia sampai mati ke? Takkan? Jadi perlu ke aku bagi kau bayaran penuh? Buat kerja senang pun gagal!"

Kata seorang gadis yang  membelakangi Jimin. Siapa dia?

"Bwo? Kerja apa?"

Monolog Jimin sendirian memerhati gadis itu yang sedang memeluk tubuh. Wajah Hongjoong juga kelihatan ketat sahaja.

"Aku dah buat dia sampai pengsan kan? Tak cukup lagi ke huh?!"

Jerit Hongjoong yang sudah panas. Jimin dibuatnya mati kata. Siapa yang jadi mangsa mereka berdua? Kenapa perempuan tu beria sangat nak plan dia berjalan dengan lancar?

"Kau ingat aku ni pembunuh ke?! Kau gila nak aku bunuh orang?! Aku yang kena masuk penjara nanti!!"

Gadis itu berlalu pergi meninggalkan Hongjoong yang sudah bengang.

"Yahh!! Song Jihyo tu bukan patung mainan yang kau boleh sesuka hati nak bunuh Taeyeon!! Kau gila!!"

"Jih..Jihyo? Jadinya tadi Jihyo masuk bilik rawatan sebab Hongjoong? dan Taeyeon?"

Jimin dibuatnya bungkam. Bibirnya turut terkelu seketika. Dia mengundur lalu beredar dari kawasan itu.

Tak sangka ada juga yang berdendam dengan gadis itu walaupun dia jarang bertegur dengan sesiapa. Pelik.. lagi-lagi bila yang berdendam dengan dia tu bekas kekasih Taehyung.

"Ahh molla.."

+++

END OF SCHOOL DAY

Mata Jimin tercerlung ke Jungkook yang dari tadi tersengih-sengih sendirian memandang langit. Dah kena sampuk agaknya si biskut hangus ni lepas ponteng kelas tadi.

"Oi Jebon, asal kau sengih-sengih macam orang gila ni? Kau salah makan ubat ke macamana?"

Kata Jimin menyampah. Macam nak lempang je muka si Jebon ni. Dah lah tak rasa serba salah langsung bila tinggalkan Jimin sesorang dalam kelas. Penat si budak mochi ni cari dia kehulur kehilir. 

"Kalau kau dengar apa yang aku dengar masa aku berjalan tu mesti kau pun jadi macam aku Chim HAHAHAHAH"

Jungkook gelak besar. Lah kau biskut suka suka ya gelak tak ingat dunia. Lagi lah menyampah Jimin dibuatnya.

"Apa yang kau dengar Jebon?"

Tanya Jimin ingin tahu. Ia lah kan benda apa yang si budak jebon ni sukakan sangat sampai gelak tak ingat dunia.

"Kau nak tahu tak, aku tadi pergi tandas. Alang-alang tu jalan-jalan lah kejap. Lepastu lalu lah bilik rawatan. Aku dengar tadi si Tae tu...

"Aku apa?"



















T O  B E  C O N T I N U E

SHORT NOTE HERE - VOTE MY STORY AND ALSO GIVE A COMMENT IF YOU WANT TO COMMENT ANY SUGGESTION OR CORRECT THE ERROR. I HOPE THAT ALL THE READERS AND ALSO A SILENT READERS LOVE TO READ THIS STORY. THANK YOU.

VOTE! TEKAN STAR TU SEKARANG!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Annoying Kingka | 김태형 (O.G)Where stories live. Discover now