00:02

340 53 0
                                    


" ONCE A DREAM, BUT FINALLY I MEET HIM IN THIS REAL LIFE



Pagi yang sungguh memeriahkan, para pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas mereka bagi memulakan pembelajaran mereka.

Tapi seperti tahun sebelumnya, Hanya tiga orang pelajar sahaja yang masih belum masuk ke dalam kelas mereka walhal jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi. Memang sengaja mereka melambat- lambatkan diri untuk masuk ke kelas.

Siapa lagi yang suka melambatkan waktu kelas mereka kalau bukan si kingka terkenal iaitu Kim Taehyung, Park Jimin dan juga Jeon Jungkook yang merupakan antara namja-namja yang kacak lagikan terkenal dikalangan pelajar sekolah itu.

Dah nama pun kingka, tentulah mereka terkenal di sekolah itu.

Mereka memang suka sangat melepak di rooftop sekolah dan tidak langsung menghiraukan tentang pembelajaran mereka pada hari ni.


+++

"Oi Tae, kau taknak masuk kelas ke? Dahlah kita kena pindah masuk kelas baru hari ni. Nanti lambat pulak"

Jungkook yang tadinya hanya duduk termenung akibat kebosanan yang melampau terus menggoncangkan badan Taehyung yang sudah melelapkan mata nya itu.

"Ermm"

"Woi Tae bangun lah setan"

Taehyung membuka matanya perlahan. Baru sahaja nak terlelap sudah ada lelaki sado bergigi arnab mengganggu tidurnya.

Kalaulah tiada peraturan di Kirin Highschool ni, dah lama dah kawan dia ni jadi biskut bakar dekat sini.

"Yaishh anak Jeon, kau ni aku nak tidur pun tak senang. Jimin tu kau taknak kejut pulak"

Taehyung menenyeh matanya dan menguap kecil.

Mata Jungkook meliar kearah Jimin yang sedang duduk bersandar di dinding. Matanya juga kelihatan tertutup rapat. Tidur mungkin..

Dia mula tersenyum sinis dan berjalan kearah Jimin. setelah itu, diusap-usap pipi Jimin dengan lembut.

"Jimin oppa ni, bangunlah oppa.. Min Hyo rindu oppa. Bangunlah"

Jungkook mengeluarkan suara ala-ala perempuan sambil tangannya masih lagi ralit mengusap pipi Jimin yang sedikit tembam itu.

Taehyung pula sudah ternganga mulutnya tetapi cepat-cepat ditutup. Pelik betul tengok si Jungkook ni, Sejak bila dia jadi kunyit?

Jimin ni pulak kalau tak dengar suara perempuan yang panggil dia memang takkan bangun punya. Kena tendang ke, penumbuk ke memang tak lah dia nak bukak mata dia yang sepet tu.

"urmm,chagiya.. Nae oppa bangun ye"

Jimin perlahan-lahan membuka mata dan terlihat seseorang dihadapannya.

"Woii Jebon!!"




B
U
K
K
!
!


Satu tubuh yang tinggi lampai jatuh bergolek dilantai akibat ditolak oleh tangan kecil seseorang.

Annoying Kingka | 김태형 (O.G)Where stories live. Discover now