"HER FACE SEEMS FAMILIAR TO ME BUT I DON'T EVEN KNOW ABOUT HER EXISTENCE IN THIS SCHOOL"↯
K R I N G.. K R I N G.. K R I N G..Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas mereka untuk bergerak ke kantin.
Walaubagaimanapun, hanya ada seorang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas. Baginya,dia masih lagi terasa kenyang dan tidak mahu membazirkan masanya berada di kantin.
Dia benci berada di kantin.
Kebingitan suara pelajar di kantin itu membuatkan dia mahu sahaja lari sekiranya dia ke sana. Sungguh memekakkan telinga.
Jadi,dia mengambil keputusan untuk berada di dalam kelas. Keadaan yang sunyi di situ memudahkan dia menulis tentang perasaannya hari ini di dalam buku diary miliknya.
Ya, buku itu sahajalah yang menemaninya sepanjang hari. Segala apa yang dipendam semuanya diluahkan di dalam buku itu.
Sungguh kehidupannya terasa sunyi. Tapi apa yang boleh buat, sudah dia takdirnya menjadi sebegitu.
"Tak mungkin Kim Taehyung nak berkawan dengan aku. Satu sekolah pandang aku pelik. Mungkin dia pun sama hurm"
Monolog Jihyo sedikit sayu. Masih terasa terhadap sapaannya yang tidak disahut oleh lelaki itu.
"Hmmm"
Tangannya ligat menulis semua perkara yang terjadi kepadanya hari ini. Sungguh gadis polos itu terlihat seperti memerlukan seseorang untuk menceritakan tentang semua yang dipendam olehnya.
•••••
Dear Diary,
Pada tanggal 20 April iaitu hari ini, ada tiga pelajar pertukaran kelas masuk ke kelas aku. Siapa? Mereka ialah kingka-kingka paling terkenal dan menjadi pujaan ramai dekat Kirin highschool ni. Masing-masing ada gelaran yang tersendiri. Tak macam aku, semua orang anggap aku ni misteri hurmm.
Dan Kim Taehyung? Dah beberapa malam aku asyik termimpi dia. Aku sendiri tak tahu kenapa wajah dia sering bermain-main dalam fikiran aku.
Kenapa kau terlalu berharap perkara dalam mimpi tu akan terjadi di realiti Jihyo yahh.. Hurmm
The real,
Jihyo Song•••••
"Mungkin mimpi tu hanya permainan tidur je"
Dia segera menutup buku diary miliknya dan menelungkupkan muka. Walaupun dia sudah terasa lapar,tetap sahaja dia tidak mahu ke kantin untuk membeli makanan.
Baginya lebih baik dia berlapar daripada mendengar suara keriuhan di kantin itu.
🥞🥞🥞
Kantin Kirin Highschool
Taehyung memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Makanan yang dibeli olehnya tidak langsung di sentuh.
YOU ARE READING
Annoying Kingka | 김태형 (O.G)
RomanceTaehyung Kim, Seorang lelaki yang nampak sempurna... Tapi.... Siapa sangka dia terlalu annoying.. "Perangai dengan rupa terlalu berbeza, macam langit dengan bumi!" ▱▱▱ Jihyo Song, Rupa yang cantik, dan terlihat peramah.. Tapi.... Siapa sangka dia pe...